Friday, April 27, 2012

hidup sekadar hidup

Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.


Kata-kata Pak Hamka ini sangat menikam kalbu. Pada mereka yang hidupnya hanya sekadar hidup, tak tahu kenapa mereka diciptakan, atau tahu tapi tak melaksanakan tugas sebagai manusia yang sebenar, bolehlah dikatakan sebagai binatang yang disebutkan Pak Hamka di atas.

Juga, kalau hidup kita dari pagi ke petang bekerja mencari duit mata wang dunia, tanpa mengendahkan langsung untuk mencari pahala untuk mata wang akhirat untuk kita guna di akhirat kelak.

Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa, hidup kita hanya belajar, tak langsung menjalankan tugas lain kita sebagai khalifah dan menjalankan amanah kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Sombong dan angkuh kan kita? Hidup kita hanya untuk kepentingan diri kita sahaja. Kera juga bekerja, kalau hidup kita sekadar bekerja dari petang ke malam, samalah kita seperti binatang tersebut.

Cuba kita renungi balik kenapa kita diciptakan;
1) Untuk beribadat kepada Allah. Cuba refer Surah Az-Dzariyat ayat ke 56. Kalau orang yang biasa join usrah, ayat ni ayat basic kan. Sape tak join usrah tu sila la join usrah, Usrah best kot :)

2) Menjadi khalifah di muka bumi. Cuba refer Surah Al-Baqarah ayat ke 30. Khalifah ni tugasnya besar, bukan main-main. Dan tugas khalifah ni merupakan tanggungjawab semua pihak, bukan tanggungjawab ustaz-ustaz, orang yang pakai kopiah, ustazah-ustazah, dan mereka yang pakai tudung labuh je. Kita semua nanti akan ditanya di akhirat kelak sama ada kita jadi khalifah yang baik atau tak.

3) Melaksanakan dan menunaikan amanah. Cuba refer Surah Al-Ahzab ayat ke 72. Amanah ni benda yang berat kan, dengar pun kita dah takut sebab setiap amanah yang kita pegang, akan disoal di akhirat. Amanah ini, jika engkau taat, engkau dapat pahala, tetapi jika engkau ingkar, engkau beroleh dosa. Fikir-fikirkan sedalam yang boleh ye sahabat-sahabat.

Tak nak kan jadi macam babi dan kera seperti kata Pak Hamka, jadi marilah kita sama-sama mulai dari hari ini jadi manusia yang berguna dan berbakti untuk Islam. Hidup kita bukan untuk kita sahaja, tetapi hidup dan mati kita untuk Islam!

Maaf ye saya boldkan perkataan dua binatang di atas. Sebenarnya untuk menunjukkan betapa hinanya manusia yang tak tahu mengapa mereka ini diciptakan.


notakaki :: Kalau dulu pergi bersama dengan abah dan 2 adik lelaki yang setia menjaga saya semasa berada di sana, tapi kali ini memberanikan diri untuk pergi bersama sahabat-sahabat seperjuangan tanpa ada kaum Adam yang menjaga saya di sisi. Sabtu ini hari bersejarah :)

Friday, April 20, 2012

pesanan menusuk kalbu

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


notakaki :: Jangan lupa baca Al-Kahfi dari awal hingga akhir taw kawan-kawan :)

Friday, April 13, 2012

pandanglah dengan pandangan rahmat


Salam sayyidul ayyam. Pagi ni kelas cancel, jadi mengambil masa untuk update blog. Cuma berkongsi apa yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Pointnya di sini, jangan pernah menghukum, tetapi syukurilah keimanan yang Dia kurniakan kepadamu dengan menarik dan mengajak mereka yang lain bersama denganmu.

*************************

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.


Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga


notakaki :: Jangan buat-buat tak ingat baca Surah Al-Kahfi ye! Kejap je pun baca. Sape tak baca dialah yang paling malas.

Friday, April 6, 2012

jumaat mubarakah


Kalau dulu, malam Jumaat, mak cik dan pak cik mesti suruh baca Surah Yasin. Memang tak pernah tahu pun yang sunnah untuk baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Tak tahu pun hari Jumaat inilah yang digalakkan untuk kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah yang tercinta.

Kalau dulu, tak sabar nak tunggu hari Jumaat, sebab hari Jumaat dah mula cuti sekolah untuk hujung minggu. Bukannya tak sabar menunggu kedatangan sayyidul ayyam untuk banyakkan amalan.

Itu dulu. Dan harapnya bila sekarang ni bila kita tahu yang betapa banyaknya sunnah-sunnah untuk kita amalkan pada hari Jumaat, kita akan amalkan. Dan, istiqamah dalam mengamalkan.

Marilah kita sama-sama jadikan hari Jumaat ini dalam minggu kita sebagai hari yang dikhususkan untuk akhirat. Sesungguhnya, kematian itu makin menghampiri kita.

Juga jangan kita lupa, ingatkan juga kawan-kawan kita. Jangan kita sorang je nak jadi baik, ajak semua kawan-kawan kita jadi baik jugak!

Ringan-ringankan tangan anda nak mesej-mesej remind orang-orang yang kita sayang untuk baca Surah Al-Kahfi ke, banyakkan selawat ke dan banyak lagi sunnah-sunnah lain di hari Jumaat ni kan. Kadang-kadang kita ni bila dapat reminder macam ni baru nak buat kan.

Ni ada terjumpa gambar kat page Fattabiouni. Nice pic. Sila klik untuk tumbesaran ye!


Hari Jumaat macam ni, serius rindu hari Jumaat di Kelantan. Pagi Jumaat, pergi ke kuliah Tok Guru di Medan Ilmu. Rindunyaaaaa~~

Wednesday, April 4, 2012

20 tahun


Kalau masa kecik-kecik dulu, dialah teman main sama-sama. Dialah juga teman pergi tadika. Kalau main dan gaduh, ada sorang nangis, mesti abah cubit paha kakak dulu sebab kakak yang paling sulung.

Kalau dulu, dialah yang paling mudah nak marah. Sikit-sikit marah. Tension kakak. Tapi sekarang dia dah makin besar, dah makin matured. Tak mudah nak marah-marah lagi.

Hari ini, 4 April 2012, genap umurnya 20 tahun.

Sanah helwah my dear brother, Amir Ariffin. Moga berjaya dunia akhirat.

Satu kata-kata yang kakak paling suka, kata-kata dari Ibnu 'Atha illah Askandari,

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

Balik malaysia nanti beli kakak barang best2x okeh! Can't wait to see you! Kata nak belanja tiket flight ke Canada, bila nak bagi? Hehe :)



notakaki :: Sori tak dapat skype. Jadi kakak post kat blog je ok. Kakak exam esok!

Tuesday, April 3, 2012

solehah dengan gaya tersendiri


Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Kak Noraslina Jusin, isteri kepada Ustaz Zaharuddin.

Jom baca :)

Mnjadi solehah bukan bermakna kita harus mengubah seratus peratus karektor kita. Setiap orang ada ciri-ciri dan sifat diri yang tersendiri. Selagi ia tidak bertentangan syari'at, maka Islam tidak memerintahkan penganutnya mengubah sifat khas dirinya ketika dia mengambil keputusan untuk melaksanakan Islam seluruhnya.

Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah juga memiliki karektor yang berbeza? Abu Bakar seorang yang lembut peribadinya, mudah belas dan lunak jiwanya; manakala Umar seorang yang tegas, keras dan pernah membuat empat orang makmum jatuh terlentang kerana bersinnya sewaktu memeriksa saf sebelum menunaikan solat :))

Khadijah sangat keibuan sifat dirinya, Aisyah pula sangat manja dan ceria orangnya, Nusaibah seorang pahlawan wanita yang siap sedia melindungi Rasulnya, manakala Ummu Salamah wanita yang berani berhijrah seorang diri di belantara padang pasir...semuanya unik dan istimewa!

Oleh itu, bukan bermakna anda mahu menjadi solehah, anda tidak lagi boleh menjadi seorang yang ramah tamah, bukan beerti menjadi solehah tidak membenarkan anda bergembira dengan pertemuan yang diisi tertawa dan jenaka gembira. Dan bukan bermakna wanita solehah itu perlu selalu serius dan masam muka. BUKAN BEGITU!

Apa yang penting ialah anda tahu batas, kadar keperluan dan kesesuaiannya.

Indahnya pelangi kerana ia terdiri dari warna warni yang saling bersinergi. Justeru, tidak perlu membuang keunikan diri walaupun kita mahu menjadi wanita yang solehah. Teruskan menceriakan suasana dengan pelangi akhlak sesama kita :))


notakaki :: exam hari kamis ni tapi saya sangat malas. huh!

Friday, March 23, 2012

pemuda pemudi


Hari ini pemuda pemudi kita lebih kenal penyanyi daripada kenal ulama'.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih peka isu bola sepak daripada isu umat Islam.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau diri sendiri tak dapat makan best-best daripada risau orang miskin yang sentiasa kelaparan.

Hari ini pemudi kita lebih cemburu tengok orang pakai shawl lagi lawa daripada dia, berbanding cemburu tengok orang ada ilmu lebih daripada dia.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih risau Justin Bieber masuk hospital daripada risaukan saudara Islam yang setiap hari terkorban.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih sibuk mengedit gambar untuk di upload ke facebook daripada sibuk update tentang perihal Islam dan umatnya.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih gemar menghias tubuh dan wajah dengan aksesori mahal daripada menghias hati dan jiwa dengan iman dan taqwa.

Hari ini pemuda pemudi kita lebih takut kepada orang yang zalim berbanding Tuhannya sendiri.

Hari ini pemuda pemudi kita dalam hatinya banyak perasaan takut. Takutkan macam-macam kecuali Tuhannya.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu melihat kemungkaran lalu bercakap-cakap belakang, daripada mencegahnya.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu menyatakan rasa kasihan terhadap kesusahan yang menimpa orang lain, tidak sama sekali membantu.

Hari ini pemuda pemudi kita hanya mampu mengambil tahu, tetapi tidak berfikir dan bertindak.

Hari ini pemuda pemudi kita hidup bagaikan dunia ini kekal, seakan-akan lupa kewujudan akhirat.

Hari ini pemuda pemudi kita menyesakkan hati dengan perkara-perkara melalaikan, sedangkan hati itu hanya untuk Tuhan.

Hari ini pemuda pemudi kita hidup tanpa roh. Roh Islam yang hilang dari diri masing-masing.

Pemuda pemudi itu siapa?

Kita semua!

Lalai, lalai dan terus lalai...............

Wednesday, March 14, 2012

you + me = friendship


Baru je lepas tengok video pemberian sahabat tersayang. Video ini sempena birthday yang lepas. Dia dah letak dalam pendrive dah 2 hari tapi tak ingat-ingat nak tengok. Hari ni dia remind balik barulah tengok video yang sangat sweet itu.

Izzati + Athirah = Friend Forever!

Terharu okeh! Masuk habuk dalam mata sampai nangis-nangis!

I love the last part of the video.

Tulis dalam blog ni pun semata-mata untuk ucapkan terima kasih banyak-banyak pada dia.

Dia yang selalu teman saya pergi mana-mana saya nak, dia yang sanggup layan karenah saya bila-bila masa sahaja, dia yang saya kenal sejak dari Tingkatan Satu lagi, dia yang dulu masa sekolah pernah nangis sama-sama walau kami tak satu geng pun (dia budak baik, saya jahat sikit) dan dialah yang bersama saya dari sekolah menengah hinggalah tika ini, di UIA Kuantan yang tercinta, dalam satu course.

Nur Izzati Johari namanya.

Itulah dia sahabat saya :)

Moga bersahabat hingga ke syurga ye!


notakaki :: Phone saya rosak. Maaf pada mesej yang tak berbalas selama 2 hari. Sekarang pun pinjam phone kawan. Nantilah nak beli phone after exam nanti. Ada sesape nak kasi hadiah phone tak ni? Tak nak yang biasa-biasa, nak yang touchscreen jugak. BB pun ok!

Sunday, March 11, 2012

jilbab itu


Jilbab belum menjadi kebiasaan bagiku.
Mulanya aku harus sedikit memaksakan diri pada hal yang tidak biasa kulakukan ini.
Aku membiasakan diri melihat wajahku yang baru dengan jilbab.
Awalnya, ketika berkaca (bercermin), aku tidak begitu percaya diri.
Aku kelihatan... jelek!
Terkadang tergoda juga hati ini untuk membuka jilbab.
Sebuah bisikan di telingaku merayu, "Yang penting, baju masih sopan dan tingkah laku tak macam-macam... jilbab tidak perlu dipertahankan..."
Tapi, di sisi lain hati ini berbisik, "Sesungguhnya apa yang kau cari di dunia ini? Mengapa kau tak mempertahankan hidayah yang kau dapatkan, sementara jutaan wanita di luar sana belum seberuntung dirimu? Sungguh hidayah itu sangat mahal harganya bagi mereka yang mau merenungi dan mensyukurinya."

(Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi.)


Maaf lah dua tiga hari ni post pasal Oki je sebab kat FB tu Oki dah jadi macam fenomena pula. Terima kasih kerajaan Kelantan kerana membawa masuk satu ikon Muslimah yang baik unruk menjadi ikutan remaja-remaja di luar sana.

Status Wardina Safiyyah sangat menarik, Juga tentang jilbab / tudung. Renungan buat mereka yang masih lagi tak bertudung / tudung yang nampak rambut pendek ke panjang (tudung nipis la maksudnya ni).
~Special nya bila suami kita yg sah membuka ikatan tudung & melihat rambut buat kali per1. Sweetkan! Dari mrk yg dah nampak segalanya.~


notakaki :: Dua tiga hari ni banyak copy paste kata-kata untuk dimuatkan dalam blog.

Saturday, March 10, 2012

negeri Kelantan seindah namamu

Tadi pergi library nak siapkan assignment Molecular Biology. Alhamdulillah dah siap akhirnya. Sempat download banyak video kat YouTube sebab internet kat library memang laju sangat.

Buat yang tak tahu, sebenarnya Oki Setiana Dewi ada datang Kelantan untuk menjadi panelis Bicara Selebriti 4. Sempat tengok video puisi Oki Setiana Dewi di Kelantan. Subhanallah, bila dengar terus rasa bersyukur jadi rakyat Kelantan. Sungguh, saya merindui Kelantan saat dan ketika ini.

Tadi ada juga terbaca satu artikel tentang Oki ni, rupanya dia dulu pernah tidak bertudung. Siapa sangka kan dulu tidak menutup aurat tapi sekarang ayu, manis dan sopan dengan pakaian Muslimahnya.

Kalau anda yang terbaca post saya ni seorang yang masih lagi tak bertudung saat dan ketika ini, mari dengarkan apa yang dikata Oki, "Pengalaman diri saya yang sebelum ini tidak bertudung, akhirnya Allah permudahkan kerana ianya janji Allah untuk kita"


Memang bukan mudah untuk berubah dari tidak bertudung kepada bertudung litup. Tapi, andai kita ikhlas mekakukan keranaNya, insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita kan. Pesannya lagi, anak remaja agar jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan memberi kenikmatan yang amat berharga.


Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup Indah Namamu Seindah Negerimu

Duhai Wajahmu Yang Indah Persis Jeddah
Yang Pernahku Lewati
Taat Menjunjung Al-Quran
Teguh Menggalas Syariat Yang Tidak Pernah Goyah
Tersentuh Hati Kudusku Lantaran Aku Disini
Biar Tidak Pernah Kuduga
Bertemu Dengan Seorang Ulama Yang Cintai Rakyatnya
Lalu Kuntum Rindu Yang Lama Tersimpan
Terubat Jua Akhirnya Biar Sekelumit Cinta

Beruntung Rakyatnya
Menumpang Teduh Seorang Ulama Yang Lembut
Tapi Tegas Beribadah
Yang Pengasih Namun Tidak Goyah Pada
Percikan Kealpaan Dunia
Pasti Aku Merinduimu Lagi
Etah Kapan Bisa Diubati
Cuma Setitis Doa Bisa Aku Titip Buatmu
Memacu Membangun Islam Bersama
Semoga Kita Bertemu Kembali

Oki Setianan Dewi
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu,
Kelantan.

9 Mac 2012


Kata athirahariffin setelah selesai mendengar puisi ini di YouTube, "Alhamdulillah, diriku anak Kelantan. Moga terus di bawah pimpinan barisan ulamak"


notakaki :: Exam bakal menjelma lebih kurang seminggu lagi. 4 subjek bermula 19 hingga 22 Mac dan 1 subjek lagi 4 April 2012. Moga Allah berikan yang terbaik :)

alahai muslimin muslimat yang comot dan selekeh

Pernah terbaca artikel ni di iluvislam. Hari ni, terjumpa tuan empunya blog yang menghasilkan tulisan ini. Masa first time baca artikel ni dalam minggu lepas, terus saya teringat akan kisah Rasulullah yang selalu membawa bersamanya sikat rambut. Kerana apa? Untuk memudahkan baginda menyikat rambutnya. Kemas dan segak kan Rasulullah.

Oleh itu wahai muslimin muslimat sekalian, ikutlah sunnah baginda dalam berpakaian. Jangan jadi comot dan busuk.Islam itu indah, biar mereka yang di luar sana tu ter'fascinated' dengan kita semua, tak kira la kita kaum adam atau hawa. Tapi AWAS, buat kaum hawa, pastikan TIDAK BERTABARRUJ dan juga pastikan MENUTUP AURAT okeh!

Jom baca artikel ni. Saya copy paste di sini pun buat tatapan saya di masa hadapan.


Bismillahhirrahmannirrahim.

Kontroversi betul tajuk entri kali ni. Maaf kalau ada yang tak suka. Dinasihatikan pada yang ada masalah dengan post berbentuk provokasi, boleh klik butang pangkah pada bahagian atas sebelah kanan.

Al-kisah muslimat.

Ada yang memakai tudung yang sama selama seminggu tanpa cuci. Bekas minyak dari sambal ikan bilis minggu lepas pun ada lagi.

Ada yang memakai baju dan tudung yang ronyok seribu. Bukan trend masa kini pun, cuma memang malas nak gosok baju agaknya.

Ada yang memakai tudung dan baju yang sudah lusuh warnanya hingga kain berbulu-bulu. Nak kata tak mampu beli tudung baru tidak jugak. Telefon bimbit tak kurang MP3, WIFI & kamera 3.2MP.

Ada yang memakai stokin dan handsock yang tercarik-carik, menanti masa untuk koyak. Apalagi yang tak kisah memakai stokin dan handsock koyak.

Ada yang setiap hari ke kuliah dengan muka pucat tak bermaya dengan tahi mata setepek.


Al-kisah muslimin.

Ada yang memakai seluar yang dipilih dari bakul baju kotor. Seluar yang paling tidak masam di antara yang masam dipakai untuk ke kuliah.

Ada yang keluar dari rumah tanpa menyikat rambut, sama sahaja dari bangun tidur. Apalagi yang memang tiada sikat pun.

Ada yang memakai kemeja dan t-shirt yang ronyok seribu. Sekali lagi, ini bukan trend tapi memang malas nak gosok agaknya.

Ada yang memakai handphone tercanggih abad ini dengan aplikasi Whatsapp, Viber, Angry Bird. Tetapi setiap hari ke kuliah dengan selipar jepun.

Ada yang sanggup habiskan beribu untuk sebiji kamera DSLR, tapi tidak mahu keluarkan wang kurang dari RM10 untuk beli deodrant. Bau badan, masyaAllah.

Ada yang setiap hari ke kuliah dengan muka berminyak sampai boleh melekat kertas di muka dengan tahi mata setepek.


Alahai muslimin & muslimat. Sama saja comot dan selekehnya.

Ada yang membiarkan pinggan dan cawan di sinki selepas makan. Lagi teruk ada yang membiarkan saja pinggan di atas meja sampai esoknya.

Ada yang biliknya selalu sahaja disinggahi lipas kerana tong sampah penuh dengan sisa makanan.

Ada yang cadar katil dan sarung bantal tidak bertukar selama 3 bulan hingga peta Malaysia hampir sahaja lengkap terbentuk. Apalagi yang tidak bertukar setahun, peta dunia agaknya.

Ada yang mulutnya berbau.

Ada yang busuk kakinya, stokin dan kasut tidak dibasuh.

Ada yang kukunya hitam.

Kenapa muslimin dan muslimat? Kenapa bukan perempuan dan lelaki sahaja?

Muslimin dan muslimat, bila sudah Islam, bukankah kita membawa imej Islam itu sendiri? Jangan pula disebabkan kita, Islam itu menjadi buruk. Bagaimana kita mahu menarik mad'u untuk menutup aurat dan memakai tudung jika kita membawa imej comot dan selekeh?

"Eee, tak naklah pakai tudung labuh. Selekeh betul lah. Kau cuba tengok kakak tu. Kau nak aku jadi macam dia?"

"Eee, tak naklah ikut usrah petang ni. Aku tak selesalah duduk dengan abang tu, bau badan kuat betul."

Saya setuju bahawa pandangan manusia itu tak penting, pandangan Allah sahaja penting. Ya, memang betul. Saya bukannya menyeru agar muslimin dan muslimat bertukar kepada bergaya, trendy & vogue. Cumanya saya memohon muslimin dan muslimat menjadi lebih kemas, bersih dan menjaga penampilan. Bukankah Allah suka akan kecantikan dan kebersihan?

Mungkin ada yang tidak puas hati dan menimbulkan tentang zuhud dan tawaduk. Ya, Rasulullah juga zuhud dan tawaduk tetapi baginda sangat menjaga kebersihan dan penampilan diri. Rambut baginda diminyakkan dan disisir rapi, janggut baginda dikemaskan, jubah baginda sentiasa bersih. Ada beza antara zuhud dan selekeh *gayamatluthfi*.

Apabila bercakap tentang baitul muslim pasti kita akan memilih calon yang mempunyai agama dan iman yang mantap. Di dalam jemaah sendiri, bilamana kita melalui proses tarbiyah yang hampir sama, ada muslimat yang mengadu muslimin hanya akan takdim muslimat yang comel. Jadi yang kurang comel ni bagaimana? Ada muslimin yang merungut, muslimat hanya akan menerima muslimin yang hensem. Jadi yang tak berapa hensem ni bagaimana?

Muslimat, jangan salahkan muslimin kalau memilih yang comel jika anda sendiri memang comot. Muslimin, jangan salahkan muslimat jika menerima yang hensem jika anda sendiri selekeh. Allah menjadikan setiap manusia itu comel, cantik dan hensem. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membawa penampilan bagaimana.

Ada yang mengatakan biarlah sekarang ni comot dan selekeh tapi depan suami/isteri nanti pakailah cantik-cantik dan lawa-lawa. Kalau sekarang ni, sebelum kahwin ni, dengan masa yang banyak terluang ni pun kita tidak belajar menjaga penampilan, apatah lagi apabila sudah berkahwin nanti. Masa itu sudah terlambat untuk belajar, cuma ada masa untuk aplikasikan.

Wallahu'alam.


notakaki :: Family datang Kuantan minggu depan. Mood : excited dan happy okeh!

notakaki :: Gambar atas tu ialah gambar Oki Setiana Dewi di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Saya memang suka dia. Muslimah yang sangat sopan dan ayu.

Monday, March 5, 2012

3 cara membuang sifat mazmumah


Alhamdulillah, hujung minggu di isi dengan menghadiri majlis ilmu. Banyak input yang saya dapat, tapi tak boleh lah nak share semua kan.

Sekadar berkongsi intipati ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz dalam satu majlis ilmu yang saya hadiri berkenaan dengan cara-cara membuang sifat mazmumah, terutamanya sifat sombong, riak dan sewaktu dengannya menurut Imam Ghazali. Menurut ustaz, banyak dah kitab yang dia telah rujuk membicakan mengenai 3 cara ini ;

1. perlu mengeluarkan modal untuk beli penyapu, MENYAPU dan juga MEMBUANG SAMPAH.
2. hendaklah biasakan diri MAKAN di atas LANTAI
3. biasakan diri MENCUCI TANDAS

Mulanya saya pun pelik bila dengar, macam tak percaya je, tapi bila ustaz tu cakap dia dah rujuk banyak kitab yang membicarakan tentang perkara ni, saya terus percaya.

Nampak simple kan, tapi inilah yang dianjurkan oleh Imam Ghazali. Kata ustaz, biasanya ini dilakukan oleh kaum hawa, patut kaum adam pun biasakanlah diri untuk buat amalan ni terutamanya yg no 1 dan 3 tu kan. Macho kan kalau lelaki rajin buat yang no 1 dan 3 tu kan. Setuju tak? :)

Jadi marilah sama-sama kita amalkan, tak kira anda kaum adam atau hawa okeh!


notakaki :: Buat adik-adikku yang baca post ini, silalah merajinkan diri anda tolong kakak yep!

Saturday, March 3, 2012

alfatihah

Terkilan sebenarnya sebab tak dapat melihat wajah atuk tersayang buat kali terakhir.

Masa tu tenagh tidur, umi call, "Kakak sabar deh, sabar banyak-banyak. Ayoh tak dok doh". Berderai air mataku. "Kakak hari tu balik minta maaf dah kan dengan Ayoh. Kakak tengok Ayoh, kakak jago Ayoh, kakak tak balik pun tak pe sebab kalau naik bas sampai petang tak de (sempat) jugak jumpo Ayoh"

Sedih sangat.

Umi pesan lagi, "Kalau kakak sayang Ayoh, banyakkan doa buat Ayoh. Biar dia bahagia di alam sana".

Terkilan sangat-sangat sebab tak balik. Balik pun tak sempat lihat wajahnya buat kali terakhir. Saudara-mara tak ada kat Kuantan, jadi kalau balik dengan bas, paling awal pukul 9 pagi. Kenapala tak ada direct flight dari Kuantan ke KB ye?

Cucumu yang di Kuantan ini hanya mampu buat solat jenazah ghaib dan berdoa buat Ayoh :(

Buat sahabat yang membaca post ini, sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ayoh. Doakan moga Ayoh selamat di alam sana. Sungguh, saya amat sayang pada susuk tubuh yang menjaga saya tika kecil ini.

Bila teringat memori waktu kecil dan waktu bersamanya, air mata pasti berderai.

Buat Amir, Umi cakap, ada hikmah atas segala yang berlaku. Ajal maut sudah ditentukan Allah. Sekarang, kita jaga mek baik-baik ye.


Sungguh, kematian itu menjadi muhasabah buat kita yang masih hidup ini untuk mencari bekal sebanyak mungkin sebelum nyawa kita juga diambil.

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka. Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyayang.”


notakaki :: Hari ini 3 Mac 2012. ‎3 Mac 1924 adalah tarikh kejatuhan khilafah. Sudah 88 tahun. Khilafah pasti akan muncul dengan versi baru.

Thursday, March 1, 2012

sulitnya bangun sebelum azan subuh

Terbaca artikel ini di SINI. Sungguh menikam kalbu. Lagi-lagi bila terbaca ini, "Islam tidak diperjuangkan & dibangunkan oleh pemuda-pemuda yang bangun tidur selepas azan Subuh!"

Jom sama-sama kita hayati artikel yang sangat bermanfaat ini. Buat penulis, jazakallu khairan kathira atas perkongsian ini.


Ada sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ,
sehingga menyebabkan kita sukar untuk bangun daripada buaian lena yang panjang.

Bismillah, saya kongsikan catatan ini.

Sahabat pembaca, perasan atau sedar kah kita – kadang-kadang kita begitu sukar dan sulit untuk bangun awal di sepertiga malam? Mudah kata, bangun dan terjaga dari tidur sebelum azan Subuh dilaungkan dan dikumandangkan.

Walhal, ada saatnya kita begitu mudah bangkit daripada lamunan tidur yang nyenyak dan melenakan kita.

Selimut yang ringan itu, terasa begitu berat seperti besi yang mengeras.

Kepala sendiri bagaikan ditolak sesuatu yang memberatkan. Seolah-olah ada konkrit seberat 100 tan menghempas ke muka kita.- Ia melekat erat berbekas di wajah.

Mata yang terpejam itu, bagaikan di”gam” kan oleh gam cap gajah buatan tahi “mata” sendiri.

Pernah kah kita mengalami keadaan dan situasi sebegini?

Jika saya – sejujurnya, pernah bahkan sentiasa dan selalu. Hambatan, kekangan dan ujian untuk bangkit dan bangun daripada tidur adalah mujahadah dan perjuangan yang terbesar saya di awal pagi yang dingin dan hening itu!

Itulah yang saya alami. Saya mencari-cari apa sebabnya, apa puncanya dan kenapa boleh jadi sebegini ? Mungkin tidur lewat sangat kot. Tetapi tidak juga, kerana saya selalu tidur awal, sekitar jam 11.30 sehingga 12.00 tengah malam biasanya, saya sudah “kaku” di atas katil.

Tidur dengan tenang dan nyaman sekali.

Saya, membelek-belek sebuah buku mencari sesuatu dalam kitab,Tazkiyah hasil tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri. Buku yang penuh dengan taujih untuk jiwa. Buku yang mereka rumuskan daripada sebuah kitab “ Al Bahrur Ra’iq fiz Zuhdi war Raqa’iq” karya Dr Ahmad Farid.

Perkongsian yang ingin saya petik dan kongsikan di sini ialah berkisar, - kenapa begitu sulit, payah dan sukarnya untuk kita gerakan diri untuk bangkit di awal pagi yang hening untuk mendirikan qiamullail dan melaksanakan munajat khusus kita dengan rabb kita.

Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud RA :

“ Kami tidak mampu dan boleh bangun malam.”

Jawab Ibnu Mas’ud :

“ Ini kerana, dirimu dijauhkan oleh dosa-dosamu.”

Kisah lainnya, ada orang berkata kepada tabiin yang soleh lagi warak iaitu Hassan al-Basri :

“ Saya tidak boleh bangun malam. Berikanlah aku penawarnya!,”

Kata Hassan al-Basri dengan tenang :

“ Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah SWT di siang hari, nescaya Dia akan membangunkan kalian di hadapan-Nya di malam hari.”

At-Tsauri pernah berkata :

“ Saya terhalangi untuk melakukan qiamullail selama lima bulan kerana suatu dosa yang telah saya kerjakan.”

Apa yang boleh kita simpulkan? Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kita dalam usaha menghidupkan sunnah mengimarahkan malam bersama Allah SWT?

Jelas. Jawapannya ialah kerana hati kita kotor, hitam, jijik dan rosak. Ini semua lantaran dan asbabnya ialah dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda yang kita buat berulang kali kepada Allah SWT!

Lantaran itu, antara nasihat yang berbekas dan menyentuh hati saya ialah :

“ Janganlah memperbanyakan dosa di siang hari, sebab perbuatan dosa akan menyebabkan hati keras dan terhalang untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT.”

Jauh mengaudit diri, merenungi akan perjalanan waktu dan hari-hari yang telah berlalu. Persoalannya, bagaimana dengan kita semua? Terlalu, jauhkan kita daripada kasih sayang Allah SWT sehingga kita tidak terdetik dan tersedar langsung untuk berazam dan bertekad untuk menjadi ahli malam dan perindu syurga?

MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir :

“ Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”

Catatan Seorang Hamba

(1) Bagaimana dengan kita? Soal untuk bangun awal pagi bukannya bergantung kepada kekuatan luaran dan fizikal kita semata-mata, tetapi ia bergantung kepada keadaan dan kekuatan dalaman kita iaitu kondisi hati kita. Bersihkan ia, jernihkan ia dan bagaimana hati ini hidup berhubungan dengan Rabb-Nya ? – Dan, inilah fokus kita apabila berbicara dengan soal kekuatan.

(2) Amalan bangun awal sebelum Subuh, adalah amalan para Rasul, para sahabat salafusoleh, para tabiin, para alim ulamak dan pejuang-pejuang agama Allah SWT daripada dahulu sehinggalah sekarang. Dah, ketahuilah ia menjadi kayu ukur kekuatan dan prasyarat untuk meraih bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT.

(3) Jika kita, menyatakan kita adalah individu yang tegar dalam perjuangan deen, perjuangan agama dan perjuangan demi perjuangan – perhalusi hal-hal ini. Berwaspadalah, tentang hakikat kekuatan sebenar dalam perjuangan ini. Kuantiti, kualiti, angka, nombor dan sebagainya – harus diteliti sedalam-dalamnya dalam membicarakan tentang “akar” perjuangan. Ini kerana, sesebuah perjuangan akan rapuh jika tidak ditunjangi oleh akar kekuatan yang benar-benar utuh, kukuh dan mantap.

BroHamzah
Kampung Paya Batu, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com