I thought most of us had already heard about the riots in Mesir rite?
Tadi bercakap bersama roomate berkenaan hal ini. Menarik, tapi kami berdua masing-masing takut dan risau akan keadaan rakyat Malaysia di sana, lebih-lebih lagi terhadap rakan sekolah masing-masing. Tak tahu la macam mana kerisauan dan kebimbangan ibu bapa yang anak mereka masih berada di sana. Biasalah, orang Malaysia mana biasa hidup susah macam orang Arab. Bukanlah nak kata orang Malaysia biasa hidup senang, cuma situasi di negara kita belum jadi seteruk atau seganas di negara-negara tertentu.
Rasa geram juga akan kerajaan Malaysia yang masih lagi tak melaksanakan kerja-kerja evacuate student Malaysia. Dengar kata nak hantar pasukan penilai dahulu? Allahurabbi, student Malaysia ada dalam lebih kurang 11,000 orang. Takkan la mereka nak tipu fakta ini di saat-saat genting macam ni. Memangla kos untuk evacuate mereka mahal, but i guess it wont be as costly as expanding mansions or as expensive as certain people's shopping alowances. Remember, the money is taxpayers' money, so use it for the right things!
Moga pemimpin itu bisa dijatuhkan. Moga Husni Mubarak berundur.
Cuba bayangkan, jika kerajaan Husni Mubarak jatuh, menaikkan pemimpin yang layak. Pintu di sempadan Rafah (Mesir-Palestin) akan dibuka, bantuan dihulurkan kepada rakyat Gaza, dan akhirnya Gaza akan bangkit!
Ia tak mustahil bukan?
Moga ia jadi kenyataan.
Juga, risau akan keadaan Nur Atikah tersayang yang berada di Mesir. Tak tahu dia di mana sekarang. Harapnya dia selamat. Doakan dia selamat. Doakan juga keselamatan sahabat Naim di sana dan juga student Malaysia yang lain.
notakaki :: Mesir; kebangkitan rakyat vs kezaliman pemimpin. *snff.. snff.. Bau apa ni? Bau Malaysia*
notakaki :: Umi abah datang KL hari Khamis. Cant wait to see them!
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment