Thursday, June 9, 2011

kisah dia dan stokin


Ini cerita copy paste. Tapi suka dengan kisah dia. Dia yang saya pun tak tahu siapa. Cerita hidupnya lebih kurang macam saya le kot.

Stokin. Ramai yang tahu WAJIB untuk tutup kaki. Tetapi seramai mana yang kuat untuk istiqamah menutup aurat mereka. Kita seolah-olah merasakan yang menutup kaki itu tidak sepenting menutup kepala. Girlsss, ia sama penting! It is parts of your aurah! Then, you should cover it.

Jangan pandang enteng. Mungkin kerana kaki yang didedahkan itu akan menarik kita ke neraka. Nauzubillah..

Jom layan cerita dia dan stokin. Moga ada manfaatnya.

Doakan juga moga aku, dia, dan kamu-kamu semua agar kita sama-sama kuat untuk istiqamah menutup aurat!

***********************************

Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.

Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.

Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad.

Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.

Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.

Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.

Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.

Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Teruskan berdoa dan teruskan beramal,
semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.

Wednesday, June 8, 2011

a candle


Don't feel bad if people remember you only when they need you.
Feel privileged that you are like a candle that comes to their mind when there is Darkness

Candle. Lilin.

Lilin, membakar dirinya untuk orang lain. Menerangi alam tatkala keadaan gelap. Harus rasa bertuah kerana punya tempat yang begitu istimewa, yakni menerangi kegelapan, membawa orang lain keluar dari kegelapan. Biarlah kadang-kadang kita hanya diingat tatkala mereka memerlukan.

Komen roomate saya, Najah Solihah bila saya buat status ni kat FB, katanya,

"Think positive will make us feel great"

Yup. itu yang penting. Always think positive. Just like a candle, it has its own positive and negative aspects. But never think about the negative side, look at the bright and positive side.

life like a candle
waiting to be lit
burning so slowly
so dont waste any second of your life
live your life
with the people you love
because maybe you will wakeup one day and you will not find them

Pesan ulama tasawuf, jika seseorang ingin merasa kamanisan iman, maka hendaklah dia berusaha mengingati 2 perkara dan melupakan 2 perkara.

Ingatlah 2 perkara:
-kebaikan orang pada kita
-kesalahan kita kepada orang

Lupakan 2 perkara:
-kebaikan kita pada orang
-kejahatan orang pada kita

Sayangnya, manusia ni terbalik. Selalu ikut nafsu. Sebab itu pesanan ahli tasawuf untuk sucikan hati ialah ingat 2 perkara ini dan lupakan 2 perkara ini agar kita dapat merasa kemanisan iman.

Allah, lemahnya aku. Lemahnya aku dalam mengendalikan hati ini. Lemahnya aku dalam melawan nafsu batin.

Kerana kita bertindak songsang inilah, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan.

Allah, berikan aku hambaMu yang lemah ini kemanisan iman. Nikmat iman dan islam telah aku kecap. Aku mahu merasa nikmat dan kemanisan kedua-duanya.


notakaki :: Buat Izzati, jom jadi candle!

Tuesday, June 7, 2011

perlu kreatif


Dalam menyampaikan mesej Islam, kita perlu kreatif. Kita perlu berdepan dengan pelbagai golongan, jadi kita tak boleh menggunakan cara yang keras dan kasar, dan agak menekan.

Kita perlu kreatif dalam menyampaikan mesej. Bukan hanya pandai menghentam. Kita agen pendorong. Dorong mereka untuk membuat kebaikan, untuk amalkan Islam yang sebenar.

Kadang-kadang, dalam kalangan kita, kita pandai bercakap. Bercakap soal dakwah, bercakap pasal cara kembangkan Islam. Tapi dalam masa yang sama, kita hanya berkawan dengan golongan 'baik-baik', golongan yang sudah sedia faham tentang Islam. Dalam masa yang sama juga, kita memandang prejudis terhadap mereka yang kita anggap 'jahat' dan 'tak baik'. Dalam masa yang sama, kita hanya pandai menghentam dan cakap belakang. Bukan berkawan dan secara halus membawa mereka ke jalan yang betul.

Contohnya dalam isu couple dan isu aurat. Mereka ramai yang sedar couple itu bobrok, rosak, negatif, tidak molek, mendekati zina dan seribu satu keburukan yang lain. Begitu juga isu aurat. Mereka tahu yang hanya muka dan tapak tangan yang dibenarkan dizahirkan pada umum. Mereka tahu yang berdosa kiranya mereka membuka aurat mereka. Mereka tahu kedua-duanya adalah dosa, dan dosa ini akan dibalas di akhirat sana.

Tetapi untuk bertindak, mereka naif. Lemah. Tak mampu. Adakala, perlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan berubah.

Justeru, beri dorongan. Jangan hanya tahu menghentam.

Kita sebagai golongan yang tahu, beri dorongan pada mereka. Jangan hanya tahu menghentam kerana dengan ini mereka mungkin lebih akan tersasar lebih jauh dari landasan yang sebenar. Jangan hanya reti menghentam, tanpa langsung kita mendekati mereka.

Tertarik dengan apa yang diucap oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, yang ada menyebut tentang kreatif dalam berdakwah ini. Beliau memberi contoh Ustaz Azhar Idrus, yang mendapat anugerah Tokoh Anak Muda baru-baru ini. Cara dakwah Ustaz Azhar memang tersangat kreatif, hinggakan boleh menarik golongan mat rempit, golongan free hair, dan bermacam golongan lagi yang kita anggap 'jahat' untuk duduk mendengar ceramah ustaz. Ceramah ustaz juga dilihat oleh ribuan orang di YouTube.

Kalau anda selalu buka wall Facebook Ustaz Azhar, ratusan orang akan bertanyakan soalan di wall ustaz. Dan, apa yang menarik, ustaz akan menjawab persoalan tersebut, even tak semua sebab mungkin ustaz busy. Siapa kata Fcebook tak bermanfaat? Cuma cara kita mengendalikan la yang membezakan ia bermanfaat atau tidak.

Secara peribadi, memang saya amat mengagumi cara yang digunakan Ustaz Azhar. Satu cara yang mampu menarik pelbagai golongan serta lapisan masyarakat untuk mendengar, sekaligus menyentuh hati-hati yang mendengar. Ceramah Ustaz Azhar juga mampu menarik ribuan pendengar untuk setiap sesi ceramah. Saya dan keluarga sudah 2 kali berkesempatan mendengar ceramah ustaz secara live, satu di Masjid Kg. Chekok dan satu di Masjid Kg. Sireh. Ribuan yang hadir. Hinggakan jalan jam serta perlu parking kereta jauh-jauh.

Sangat suka melihat fenomena seperti ini. Ramai yang menghadiri majlis ilmu, yang mana kita sudah sedia maklum, melawati majlis ilmu umpama melawati satu daripada taman-taman syurga.

Satu lagi saya suka cara yang digunakan oleh Aiman Azlan, dengan menyebarkan mesej dakwah melalui vlognya. Di YouTube, videonya dilhat oleh puluhan ribu orang. Memandangkan dia menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium, videonya juga boleh ditonton dan difahami oleh non-Malay. Walau usaha ni nampak kecil, tapi pada sesetengah orang, ada impak besar pada diri mereka. Antara videonya adalah seperti yang di bawah. Jom la tengok!


Sama juga dengan video-video yang dihasilkan oleh Productive Muslim. Anda boleh lihat sendiri di YouTube. Mungkin ini lebih kepada cara dakwah alam maya. Ia penting. Sama penting dengan kita berdakwah pada keluarga dan juga sahabat secara face to face.

Berbalik pada tajuk asal. Dalam kita mendekati pelbagai golongan, cara pendekatan yang berbeza perlu digunakan. Lain orang, lain latar belakang. Mereka mungkin dari keluarga yang langsung tak mementingkan agama. Lalu kita datang dengan menghentam mereka kerana tidak mengamalkan agama, bukan sebagai agen menyebarkan mesej, pemberi semangat dan dorongan. Jadi, sampai bila mereka boleh berubah?

Berubah. Bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara drastik dan mendadak. Jadi, sebagai orang yang faham, kita berperanan sebagai pendorong serta pemberi motivasi.

Its all about attitude and perception. Jangan pernah rasa kita ni terlalu baik hinggakan memandang orang lain jahat. Kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana, husnul khotimah atau su'ul khotimah (nauzubillah). Mungkin orang yang kita nampak jahat akan bertaubat dan berubah menjadi baik di hujung usianya dan mati dalam husnul khotimah. Dan orang yang kita nampak baik akan berubah dan menjadi jahat di akhir usianya dan mati dalam su'ul khotimah.


Siapa kita untuk menilai orang lain. Pegang prinsip ni, 'Hate the sin, not the sinner'. Sebab kita benci 'the sin' itulah, kita tidak mahu dia teruskan dosa itu. Sebab kita sayang 'the sinner' itulah, kita tidak mahu saudara seakidah kita ini diazab di akhirat kelak. Bukan membenci 'the sinner', lantas membiarkan dia terus dengan 'the sin' yang dilakukan.

Jom jadi agen perubah! Walau usaha kita mungkin kecil, tapi insyaAllah usaha yang kecil inilah yang akan dikira kelak.

Mungkin tak layak bercakap soal ini, tapi sebenarnya tulisan ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri.

cuti lama



Kelmarin mak saudara sekeluarga dari KL datang lunch kat rumah. Masa tengah bersiap kat dapur sempat berbual dengan dia.

"Bila kakak masuk degree?" tanya Cik Noi.

"Bulan 9 nanti, after raya" saya jawab.

"Laa, lamanya cuti. Mesti boring kan cuti lama-lama ni," kata Cik Noi.

"erk....," mumbling.

"Amir pergi Canada bulan berapa?" tanya Cik Noi lagi.

"Tengah-tengah bulan 8. Tak sempat raya kat Malaysia kot," jawab saya dengan sedih.

"ooooo..." jawab Cik Noi lagi.

Ok, memang akan bercuti lama. Satu lagi, memang adik saya akan buat degree dahulu dari saya, even dia muda setahun dari saya.

Cuti lama-lama kat rumah, pada sesetengah orang akan boring. Tapi pada saya, bila di rumah, tak akan ada istilah boring. Cuti lama-lama ni, kalau pandai manage masa, kita akan dapat buat banyak benda yang bermanfaat. Juga, akan dapat tambahkan skill-skill untuk diri di masa hadapan. Cuti lama-lama ni, kalau kita rasa masa itu penting, kita akan hargainya sebaiknya. Cuti lama-lama ni, manfaatkan masa untuk rapatkan hubungan dengan si DIA.

Allah, lemahnya aku!

Sekarang, masih rasa tak pandai lagi urus masa. Selalu main dengan adik-adik, bergalok sana sini, sentuh-sentuh buku tapi tak ada satu pun yang khatam. Ingat cuti ni nak khatam Al-Quran beserta dengan maksudnya, tapi sekarang ni, setakat mana yang mampu dilakukan? Ingat cuti ni nak kaji sirah Nabi serta para sahabat, tanda cintakan Rasulullah. Tapi sampai sekarang, berapa buku sirah yang telah dihadam? Ingat cuti nak nak baca buku motivasi untuk tingkatkan keyakinan diri. Tapi dalam banyak-banyak buku yang dibeli, banyak yang tak disentuh.

Nak buat itu dan ini, tapi semua tak terlaksana.

Dan, banyak, banyak, banyak sangat lagi perancangan yang tergendala.

Mujurlah saya bukan jenis yang suka tengok movie itu dan ini, campur cerita korea yang berpuluh-puluh episod tu. Kalau tak, memang rasa wasteful. Pagi, petang, siang malam tengok cerita, apa kejadahnya? Maaf la, tapi memang saya tak suka. Sebab dulu dah ada pengalaman tengok cerita korea ni, memang rasa buang masa sangat.

Sekarang ni cuti sekolah, maknanya adik (baca: Najihah) ada di rumah. Lepas ni dia kan pulang ke asrama MTS. Imran pula, 28 haribulan akan masuk KMB. Maka, tinggallah saya dan dua beradik yang lain (baca: Hanif dan Lutfi). Kiranya, dalam waktu yang tinggal inilah, akan manfaatkan masa untuk bergalok bersama mereka. Satu lagi, Amir hanya ada beberapa hari sahaja sebelum dia ke Canada. Sedih :(

Minggu depan baru nak start laksanakan SEMUA perancangan yang ada dalam kepala ni. Semua ye athirah, bukan separuh-separuh. Pastikan!

Kenapa baru minggu depan? Sebab minggu ni minggu pertama saya berada di rumah. Minggu lepas seminggu di Kuala Lumpur. Minggu ni juga minggu cuti sekolah. Yakni saya rasa nak bermain-main dengan adik-adik masa cuti sekolah ni. Mereka ni memang 'gila' kalau bab-bab ni. Logikkah alasan ni? Alasan, alasan..

Minggu depan, start dari pukul 6.45 pagi hingga pukul 5 petang, saya akan keseorangan di rumah. Kiranya, waktu inilah akan manfaatkan masa untuk buat segala perkara yang bermanfaat.

Satu lagi, kalau malas buat lesen kereta boleh tak? Malas la nak ke kelas memandu tu.

Pesan Habib Umar yang akan saya pegang,

"Sibukkan diri dengan benda yang bermanfaat,
agar dirimu tidak sibuk dengan benda tidak bermanfaat."

The time goes by and never turn back, so think before act, because (unfortunately) the mistakes can't be corrected.

Sunday, June 5, 2011

walk with me 2011





Petang semalam kami sekeluarga sempat join walkaton bersama Tengku Muhammad Faris Petra.

Seronok bila dapat berpeluh sebab dah lama tak beriadah. Yelah, kalau dok CFS mana la rajin nak bersenam ni. Cuti ni berazam untuk jadikan bersenam sebagai satu amalan. Kita ni makan je reti, tapi tak reti nak keluarkan toxic dalam badan. One more thing, i need to loose my weight. Makan tak ingat dunia, padan muka kalau badan naik.

Abah selalu pesan, sesibuk mana kita pun, jangan lupa untuk bersenam. Bersenam untuk kesihatan. Abah memang seorang yang health concious. Maybe because he works at hospital and always dealing with patients. Mungkin fobia bila nampak patients yang pelbagai penyakit kat hospital tu.

Cuma satu scene saya paling tak suka semalam ialah bilamana anak-anak gadis Kelate ni bersenam dengan pakai baju yang tak tutup aurat. Short sleeve t-shirt is provided. So what they need to do is to wear the long sleeve shirt inside, before they wear the t-shirt that is provided. Ini lebih proper. Ni hentam terus pakai baju t-shirt lengan pendek tu, dah la baju tu singkat. Saya dan adik kena pakai baju labuh kat dalam before pakai baju yang disediakan. Tak ada masalah pun dengan baju t-shirt tu. Tapi pandai-pandai la jaga diri wahai gadis sekalian.

Ok, just sharing the activity with my family this weekend.

The main point is, lets stay healthy.

Saturday, June 4, 2011

bermusafir cara Rasulullah


Subhanallah, indahnya Islam, indahnya menjadi ummah Baginda S.A.W, setiap apa yang dilakukan pun, punya adabnya yang tersendiri, dan pastinya, jika diniatkan hanya kerana Allah serta lurus perlaksanaannya, insyaAllah akan diberi ganjaran yang besar disisiNya

Terima kasih pada sahabat yang berkongsi video ini di laman Facebook. Sangat menarik. Video ini tentang cara-cara bermusafir mengikut sunnah.

Saya baru balik Kl hari Rabu yang lalu, untuk sesiapa yang ingin bermusafir, almaklumlah sekarang tengah cuti sekolah, jomlah amalkan sunnah Rasulullah ini tika kita bermusafir.

28 Jun ini, akan ke Selangor, specifically, kami sekeluarga akan ke Kolej Mara Banting untuk hantar Imran belajar di sana. Sekali lagi, akan travel jauh bersama family. Berazam untuk amalkan sunnah Rasulullah ini sebab masa travel dulu tak amalkan semuanya.

9 Julai ini, akan turun KL lagi. Abah ajak saya dan Amir ke perhimpunan B****H. Padan muka Imran x leh join. Sape suruh masuk KMB heh. Haha, sensor sikit, yang faham tu faham la, yang tak faham buat tak endah sudah.

Jom hidupkan sunnah Rasulullah. Islam is the way of life.

Friday, June 3, 2011

Rejab

Tengah-tengah malam ni saya baru siap memasak juadah untuk santapan sahur esok hari. Agak lewat, yelah, kalau dah start masak lewat tak ke siap lewat lauk tu. Lepas masak, update blog, saat mereka semua ahli keluarga sudah lena dibuai mimpi.

Umi letih, mungkin sebab kami baru sampai dari KL semalam. Almaklumlah, umi tidak akan tidur dalam kereta sepanjang perjalanan, untuk menemani abah bawa kereta. Iyelah, kalau bawa kereta sorang-sorang tak ke mengantuk. Abah pula, balik KL je, pagi tu terus ada meeting di Hospital Kota Bharu rasanya. Letih oh, baru balik travel tetiba pagi-pagi kena meeting.

Rejab mendatang, insyaAllah kami sekeluarga bercadang menyambut kedatangan Rejab dengan berpuasa di 1 Rejab, biiznillah.


Rejab, Syaaban, Ramadhan. Alhamdulillah, kini kita memasuki Rejab. Beberapa puluh hari lagi, Ramadhan bakal tiba. Ya Allah, semoga kami berpeluang mendapatkan rahmahMu dalam Ramadhan. Ramadhan kali ini, bakal berpuasa penuh bersama keluarga tercinta di teratak kelahiranku ini.

Rejab, bulan yang penuh keberkatan. Maka, sama-samalah kita banyakkan istighfar, puasa, sembahyang sunat, membaca Quran dan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kita denganNya.


Sekadar ingin berkongsi dalil sunat puasa bulan Rejab, yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus di facebooknya. Syukran ustaz!

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (sehingga Rasulullah tidak mengecamnya).

Lalu ia bertanya Rasulullah;Tidakkah kamu mengenali saya?”.
Jawab baginda; “Siapakah kamu?”.
Ia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”.
Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”.
Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”.
Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyiksa diri engkau”.
Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”.
Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”.
Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”.
Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”.
Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”.
Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”.
Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) bulan-bulan haram dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”.

Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali”.

(Riwayat Imam Abu Daud)

Hadis ini menjadi dalil bahawa disyari’atkan berpuasa pada bulan-bulan Haram , namun demikian hendaklah jangan berpuasa pada keseluruhan hari atau sebulan penuh.


Sama-sama hidupkan Rejab, saat kita masih lagi diberi nafas olehNya.
Syair Arab ada menyebut: "Jangan katakan, umur masih muda... masih banyak kesempatan... tetapi renungkanlah berapa banyak anak kecil yang telah dikuburkan...?"

Friday, May 27, 2011

akan rindu


Tadi dapat message dari roomate, "I'm leaving our room, 129 A just now. Bilik clear, cuma ada 3 gelas yang tinggal".

Dia yang baru hari khamis baru nak balik, kesian kat dia yang ditinggalkan kami bertiga yang pulang ke Kelantan malam semalam.

Teringat balik masa angkut barang hari rabu yang lalu, lepas angkut barang, tunggu pak cik Fuad datang untuk bawa kami ke stesen Putra.

Akan rindu masa-masa bersama kalian.

Akan rindu untuk solat jemaah bersama teman-teman yang juga punya tujuan yang satu. Bila solat, ada yang selalu akan ditolak jadi imam, dek kerana dia seorang yang hafal Quran. Lepas solat, akan ada yang duduk lama-lama di surau untuk menghafal dan baca Quran. Sejuk perut ibu mengandung.

Lepas solat subuh dan asar, baca ma'thurat sama-sama. Doa rabithah yang dibaca, moga ia menjadi pengikat hati-hati ini.

Ingat lagi tak jadual sufi, haraki, thaqafi dan syakhsi yang dibuat? Memang pelaksanaannya tak sampai habis sem, tapi at least kita mencuba memerah idea dan cuba untuk lakukannya.

Bila masuk hal makan, perlu ada seorang yang kena rajin turun bawah beli makanan, kalau tidak, nanti semua akan kebulur. Makan sama-sama, tunggu cukup 4 orang baru makan. Akan ada seorang yang buat air untuk kongsi 4 orang. Akan ada juga pahlawan yang selalu menghabiskan makanan si loser yang selalu makan sikit.

Dalam bilik, ada seorang yang suka bercerita, hinggakan kenal rakan-rakan sekolahnya dan zaman nakalnya semasa di sekolah. Disebabkan dia banyak ilmu, dia selalu berkongsi ilmunya. Rindu untuk dengar dia bercerita. Dalam bilik, akan ada yang selalu bangun awal untuk kejut subuh. Dalam bilik, akan ada yang gaduh-gaduh berebut tempat tidur.

Setiap hujung minggu, akan ada yang rajin mengumpul semua baju untuk 4 orang dan basuh sekali. Almaklum, mesin menjadi rakan karib setiap hujung minggu. Akan ada yang perlu rajin untuk ambil semua baju yang dijemur bila kering. Akan ada juga yang wajib lipat baju untuk 4 orang. Banyak, tapi bila lipat dengan rasa kasih sayang, sambil melayan karenah semua, seronok!

Bila time midsem, akan ada yang isolatekan diri dari bilik. Sebab suka bercakap, bila dalam bilik dia tak dapat fokus study, sebab mulut selalu nak bercakap. Duduk sorang-sorang dalam surau, lebih praktikal dan efektif untuk study.

Akan ada juga yang selalu buat bising. Akan ada juga yang selalu menjerit sebab memang dah habit dia menjerit. Rindu kebingitan suara 4 orang dalam bilik.

Sungguh, akan rindu saat ini. Bila di maincamp nanti, mungkin susah untuk ulangi memori ini lagi.

Memori yang banyak terpahat di minda, tapi setakat ini yang boleh dikongsi di malam hari ini.

InsyaAllah, akan update blog mengenai kenangan hari-hari terakhir di CFS.

Moga bersahabat hingga ke syurga ! Sayang kalian fillah......


notakaki :: Suka tengok ramai sangat datang ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kampung Sireh tadi.

notakaki :: Jauhari dekat di hati ;p

Sunday, May 15, 2011

kenangan di tasik itu

Melihat roomate mengupdate blognya mengenai INI, tergerak hati untuk mencoret sedikit kenangan kami di tasik itu di blog ini.

Pagi itu, kami seroomate, juga Ilyana dan Shahirah, pergi ke tasik berdekatan dengan Amcorp Mall. Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini. Kali pertama membawa adik-adik 1st year, dan buat kali kedua, tasik ini mencoretkan kenangan saya bersama roomate tersayang sebelum kami semua meninggalkan bumi Petaling Jaya ini dan meneruskan perjuangan di bumi Kuantan.

Serius, sampai je di tasik ini, melihat ramai orang yang beriadah bersama family, saya teringat family saya. Biasanya, kami sekeluarga akan beriadah di Taman Tengku Anis, yang memang sangat dekat dengan rumah. Selalu compete dengan adik-beradik siapa yang dapat habiskan satu pusingan tempat jogging. Kadang-kadang kami sekeluarga berbasikal ke taman itu. Oh, rindu, rindu~

Ya, sekarang memang saya sangat rindu mereka-mereka yang ada di rumah. Dan, ya, saya tahu, saya akan bertemu mereka semua hanya lebih kurang seminggu lagi. Yakni, hanya tinggal seminggu lebih lagi, saya akan meninggalkan bumi PJ ini setelah 2 tahun berkelana menimba ilmu disini.

Kenangan bersama Heidi

Berpicnic di sini buat yang kedua kalinya. Kali ini, di pagi hari. Orang lain tengah jogging menghilangkan lemak, kami melahap nasi lemak dan sandwich di pagi hari menambah lemak. Hee~~ Selepas makan, kami ke playground dan ternampak si comel ni. Dalam hati, "Anak orang putih mano pulok sesat ni? Comel sangat2x". Her name is Heidi, she's coming there with her maid. Her maid informed us that Heidi is an Australian. Patutla, muka putih semacam, dah la pipi pinkish gitu, geram betul nengoknyer. Seriously, she's a very friendly girl, plus she's a very cute, cute, cute little girl.

Nampak sangat kegelapan saya bila
mendukung si comel ini

Cuma satu yang saya rasa tak suka. She's coming here with her maid, not with her family. Maybe her parents are busy with their job. Bagi saya, untuk budak-budak yang sekecil ini, lagi-lagi di waktu weekend ini, its better for the parents come to the playground with the children and spend time with them, no matter how busy they are. Kan, kan...

Bertemu Uncle Malvin

Tengah kami berseronok meneroka playground yang satu lagi, yang mana memang lebih besar dari playground tempat kami bertemu Heidi, ternampak seorang budak cina bersama ayahnya. Tengah saya dan Najah duduk bermain ni, tetiba budak cina comel tu datang bersama dengan bolanya, dan ayahnya memberi respons yang sangat baik untuk kami bermain dengan anaknya. Its rare for a Chinese to let their child to play with the Malay, but this uncle is so kind to let us play with his son.

Uncle Malvin namanya. Sangat baik. Katanya, dia membawa anaknya ke playground ni semata-mata untuk meluangkan masa dengan anaknya dan agar anaknya kenal siapa ayahnya sebab menurut Uncle Malvin, dia banyak kerja outstation, contohnya, kalau pergi US, atas sebab urusan kerja, memakan masa berbulan lamanya.

Oh, lupa cakap, anaknya yang comel itu namanya Hang. Dan Hang merupakan anak tunggal Uncle Malvin.

Terdetik di hati saya untuk bertanya, "What's your job?" dan dia menjawab, "Oh, i'm a software engineer, working with Microsoft". Ok, memang saya terkejut pada mulanya sebab uncle ni memang sangat humble, melihat dia memakai baju T-shirt lusuh dan berselipar jepun, tak sangka yang dia merupakan seorang yang sangat hebat, i mean, seorang engineer yang kerja dengan Microsof tuuu...

Uncle Malvin sangat baik dan bermurah hati berkongsi pengalamannya serta ilmu yang dia ada. Dia berkelulusan degree dari Unversity of Adelaide, Australia, mengambil master di US dan seterusnya menyambung PhD di UK. Oh, memang hebat la Uncle Malvin. Kerana itulah, dia sangat-sangat tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu exam oriented dan membuatkan student semuanya jadi bookworm.

Di negara luar, sistem pendidikan mereka sangat mementingkan practical, not just theory. Seriously, in Malaysia, we're spoon feed students. Sistem pendidikan di sana sangat menjadikan students agar innovative, yang mana students memang diwajibkan untuk membuat research dan theory yang tersendiri, yang mana lecturer hanya menjadi orang yang memberi panduan sahaja, bukan orang yang memberi segala-galanya.

Banyak yang saya dapat darinya. Antaranya anda boleh baca di blog roomate saya yer. Tapi apa yang paling buat saya terkesan ialah bila Uncle Malvin cakap, "Everyone of us have our own inner ability, it doesn't mean that if we cannot excel in academic, we are the failure in everything". Uncle memberi contoh kawannya yang merupakan dropout student semasa dia belajar di University of Adelaide dulu, yang mana kini kawannya merupakan seorang billionaire.

Who can expect a dropout student can be a billionaire? No one know it right. Tapi, itulah, setiap orang ada kelebihan dan rezeki masing-masing. Bagi seorang Muslim seperti kita semua, pergantungan pada Allah itu penting, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal, merupakan formula untuk setiap dari kita berjaya, untuk dunia dan jua akhirat. Tak bermakna kita gagal sekarang, kita akan gagal selamanya. Mungkin ada sinar yang menanti di hadapan.

Uncle Malvin juga mengajar saya untuk menjadi seorang yang humble. Katanya, biarpun kita ni bertitle PhD sekalipun, jangan sesekali kita meninggi diri dan sombong dengan ilmu yang kita ada. Uncle Malvin is a PhD holder in software engineering, and he said that he just expert in that particular area, for the other field of knowledge, he's still not an expert. So, for him, we're not an expertise in everything, so why we must being arrogant with just the PhD title. Oh, masa tu, saya rasa sangat rendah diri, saya ni degree pun tak ambil lagi, dia yang dah dapat PhD tu pun sangat-sangat rendah diri dengan ilmu yang dia ada.

Sebenarnya, dalam Islam sendiri pun ada mengajar kita agar tidak meninggi diri serta berbangga dengan ilmu yang kita ada. Allah jualah yang Maha Bijaksana, yang mengetahui segala ilmu yang ada di dunia ini.

Bercakap dengan orang hebat yang sangat humble. I got so many benefits from our meeting Uncle Malvin. Thanks to you! Mulanya ingat nak letak gambar uncle dalam blog, tapi awal-awal lagi uncle dah pesan, jangan publish gambar dia di FB atau blog sebab dia kerja dengan Microsoft, which is an international company, and they don't want their staff to be a public figure.

Pada roomate sekalian, terima kasih sebab bagi cadangan untuk ke tasik ini, mencoret kenangan kami berempat ke tasik ini buat kali yang pertama dan terakhir.

Bersama Najah, Aqilah, Zaleha

Ok, rasanya setakat itu sahaja coretan untuk kali ini. Rasanya ini mungkin post yang terakhir untuk waktu ini, sebab minggu ni akan ada dua test dan dengan assignmentnya lagi, ditambah pula minggu depan akan ada 3 paper untuk final exam untuk ketiga-tiga subjek UNGS. Lepas exam update blog lagi yer.

Doakan saya ye readers sekalian!


notakaki :: Dilema mencari siapa yang nak tolong beli tiket. Takut jadi macam hari tu, tiket tak ada bila beli on the spot.

notakaki :: Nak sangat beli buku hasil tulisan seorang mualaf, Ann Wan Seng yang bertajuk, Biar Orang Cina Pimpin Islam. Jom dengar SINI dan SINI untuk dengar Ustaz Ann Wan Seng bercakap mengenai bukunya ini.

Tuesday, May 10, 2011

tanggungjawab


Ahmad: Ali, dengar citer dah "maju" skang.

Ali: Maju?

Ahmad: Ye la, aku usha Muka Buku ko semalam. Tetiba je status bertukar. "It's Complicated" gitu.

Ali: Ahaks, rajin ko usha Muka Buku aku ek.

Ahmad: Aku tengah study time tu. Nk rehat minda so ber-Muka Buka la jap. Gmbr profil pun dah tukar nampak gayanya. Siap bercantum pipi lagi. Aku pikir maybe tu akak ko, tapi ko mane ade akak. Ahaks! Apa cer bro?

Ali: Hehe...aku dah berpunya dah skang.

Ahmad: Oh begitu. So, bila aku bleh merasa nasi minyak bro?

Ali: Nasi minyak?

Ahmad: Ye la, nasi minyak. Sambil-sambil dengar alunan kompang gitu.

Ali: Oh...hehe, belum sampai seru lagi la bro. Awal lagi. Still nak blaja. Dah la duit takde. Lagipun, belum sedia lagi nak amik tanggungjawab tu.

Ahmad: Aik, kalu tak silap aku, tanggungjawab yang ko amik skang ni lagi la berat.

Ali: Heh? Mana ada.

Ahmad: Ye la, ko kan kena "tanggung" dosa and "jawab" ngan Allah nanti.

Ali: ...

Sumber : Aiman Azlan



Kalau berani tanggung dosa, sila teruskan aktiviti haram anda yer!

Percaya dengan Qada' dan Qadar Allah. Jodohmu sudah ditetapkan. Stop doing this sinful act!

Ramai ulama' yang telah bercakap tentang hal ini, antaranya Dato' Mufti Haji Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor yang pernah dipecat kerajaan Malaysia suatu ketika dulu. Menurutnya, hukum bercinta sebelum nikah adalah HARAM. Jom dengar SINI!

Dont be too reluctant to deny all this friends...


notakaki :: Kalau lelaki tu sayang pada anda, dia tak akan biarkan anda terus hanyut dalam dosa dan masuk neraka sekali dengan dia kan.

notakaki :: Bila lamaran dari lelaki soleh datang, berat untuk menolak. Lelaki soleh yang mampu bimbing kita dunia akhirat, siapa yang tak nak kan. Oh, anda bertuah sahabat! Kalau saya, saya akan terima. Istikharah lah wahai sahabat. Nescaya Allah akan bagi jawapan terbaik untukmu. Anda wanita solehah, nescaya jodohmu lelaki soleh :)

Sunday, May 8, 2011

menjejaki Shah Alam

Ini serba sedikit perkongsian saya yang menjejaki Shah Alam di hujung minggu.

Pagi Sabtu, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Maliki datang ke Shah Alam, specifically, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah. Alhamdulillah, ramai student-student UIA yang berkesempatan hadir, rasanya ada dalam lebih kurang 100 orang. Sebenarnya, ini permintaan dari Ustaz Muhadir. Alhamdulillah, saya juga berpeluang untuk pertama kalinya bertemu dengan Tuan Syeikh. Allahurabbi, kuliah dhuha yang memakan masa satu jam lebih rasa sangat sekejap. Tenang hati mendengar bait dari seorang ulama' walau kadang-kadang tak dapat catch sebab Syeikh menggunakan bahasa Indonesia yang sangat pekat.

Syeikh Nuruddin

Seriously saya suka suasana melihat di masjid ini, bukan hanya kerana seni ukir masjid tu yang sangat cantik, tapi, masjid itu sangat hidup. Maksud saya, ramai yang datang masjid tu dan banyak program yang diadakan di masjid tu. Untuk kuliah dhuha kami, ianya diadakan di ruang solat utama. On the way kami ke level atas, nampak sangat ramai orang yang berada di level bawah, tak kira tua atau muda.

Serba sedikit perkongsian dari Syeikh Nuruddin

Alhamdulillah, dapat mendengar bicara dari Tuan Syeikh. Hati ini rasa tenang mendengar penerangan dari seorang ulama. Kata Syeikh yang buat hati ini rasa ingin menangis ialah apabila Syeikh berkata yang Allah ini tidak kedekut, jika setiap kali solat kita minta Allah jauhkan kita dari api neraka, insyaAllah hajat kita diperkenankan. Syeikh menyarankan agar selepas kali solat, baca Allahummaajirna minannar sebanyak 7 kali, tak kurang padanya. Moga Allah jauhkan aku, ibu bapaku, keluargaku, kaum-kerabatku, guru-guruku, sahabatku, dan semua umat Islam dari azab api neraka.

Syeikh juga ada membicarakan mengenai hal sumpah laknat. Menurut Syeikh, pada zaman Rasulullah, ada sebuah kes li'aan. Li’aan menurut istilah agama ialah seorang suami menuduh isterinya berzina tanpa mengajukan empat orang saksi. Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hilal bin Umaiyah, yang mengadu kepada Rasulullah akan isterinya yang berbuat zina tanpa sahabat Rasulullah ini mengemukakan 4 orang saksi. Ini kerana dalam kes tuduhan zina, menurut Islam, wajib membawa 4 orang saksi. Jika ia tidak membawa 4 orang saksi, maka si penuduh mestilah dikenakan hukuman 80 kali sebat.

Lalu Hilal bertanya pada Rasulullah bahawa jika seseorang melihat isterinya melihat isterinya berzina, apakah ia mesti mencari bukti nyata (yakni 4 orang saksi). Lalu Rasullah berkata pada Hilal dan isterinya untuk bersumpah. Si isteri dan si suami harus bersumpah. Hilal mengucapkan li'aannya sebanyak 4 kali sumpah dengan nama Allah, dan sumpah yang kelima ialah sumpah di mana sumpah ini membenarkan laknat Allah terhadapnya jika dia berdusta.

Lalu, si isteri juga bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali, kemudian dia terhenti sejenak ketika akan menyebut sumpahnya yang kelima bahawa murka Allah ke atasnya jika suaminya benar. Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu menyangka ia akan menarik kembali sumpahnya. Tetapi kemudiannya ia berkata: “Aku tidak akan memalukan kaumku hari ini”. Lalu iapun meneruskan sumpahnya yang kelima. Jika si isteri tidak meneruskan sumpah yang kelima, si isteri akan direjam hingga mati, kerana membenarkan tuduhan si suami. Jika si isteri masih lagi meneruskan sumpah yang kelima iaitu sumpah laknat, secara automatiknya terputusnya ikatan sah antara suami dan isteri tersebut.

Islam telah menetapkan bahwa tuduhan zina memerlukan empat orang saksi. Tanpa empat saksi hukum zina tidak boleh dijalankan. Ketentuan ini berbeda jika suami sendiri yang menyaksikan isterinya berzina. Walaupun tidak ada saksi lain selain dirinya, namun Islam telah memberi satu jalan keluar untuk mengatasinya. Dan dengan ketentuan tersebut bukan saja isteri berkenaan boleh diambil tindakan hukum, juga suaminya pula boleh terlepas dari hukuman dera kerana menuduh (Qazaf).

Juga, Syeikh menegaskan, sumpah laknat ini untuk kes si suami menuduh si isterinya berzina. Ermm, bukan seperti yang terjadi di Malaysia sekarang. I think you know it right?

Penjelasan yang amat menarik dari Syeikh. Mendengar kisah di zaman Rasulullah dari Syeikh Nuruddin, ulama' tersohor Indonesia, membuatkan saya sedikit jelas. Sebenarnya ia ada berkaitan dengan kes di Malaysia sekarang ni. Ada la, yang tuduh tak bawak saksi tu, tapi bawak saksi video je. Huh! Malaysia, Malaysia.. Hukum hakam belakang kira, yang penting dapat menjatuhkan satu pihak yang lain.

Kalau anda rajin, boleh baca penjelasan Ustaz Zaharuddin di SINI.

Banyak lagi sebenarnya perkongsian dari Syeikh, tapi saya rasa setakat ini yang saya mampu kongsi.

Bergambar bersama 3 orang roomates dan Hidayah,
mencatat kenangan kami menjejaki masjid ini.

Bertemu buah hati

Selepas habis kuliah, terus mesej Izzati, mengatakan yang Isna akan datang berjumpa ke masjid untuk berjumpa kami. Kebetulan Isna yang study di UiTM Shah Alam baru habis kelas memandu. Pertemuan yang tidak dirancang sebenarnya. Tapi, saya rasa sangat seronok bertemu si buah hati ni.

Mencatat kenangan dan memori yang indah walau sekejap. Seriously, i do enjoy the meeting eventhough a lil bit tired. Isna ada post tentang pertemuan ni di blognya. A simple entry but i do love your post dear. Baca la kalau rajin, saya malas nak explain panjang-panjang sebenarnya. Kang kalau saya start tulis, berjela pulak entry ni.


notakaki :: Tak terlambat rasanya nak ucapkan HB untuk Hidayah tersayang. Kesian kat dia kami sebilik wish lewat. Erkk, sebenarnya, memang dirancang pun nak wish lewat. Kami sempat buat video khas untuknya. Gembira melihat dia terharu dengan video yang kami buat. Sayang kamooo.. Moga ukhuwah berkekalan hingaa ke syurga.

notakaki :: Sekarang, surrounding saya, kiri kanan depan belakang cakap pasal kahwin. Oh, i do forgot, mereka-mereka dah masuk umur 20, so its a common things for these girl to talk about their future. Memang macam tu eh?

Wednesday, May 4, 2011

hari ibu

Sekadar berkongsi apa yang saya dapat pagi ini.

Ada yang bertanya Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan artikel INI di laman facebook ustaz. Sila tekan untuk baca.

Bagi yang dah baca artikel ini, ianya berkisar mengenai sejarah sambutan Hari Ibu yang biasanya akan disambut pada minggu ke-2 bulan Mei. Ramai yang tanya akan Hari Ibu ni di wall facebook ustaz untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari ustaz. Anda pun boleh la jenguk-jenguk facebook ustaz ni yer.

Dan ini komen Ustaz Azhar Idrus bila ditanya mengenai artikel ini :

"dulu lama dah terbit artikel ini dan disahkan oleh beberapa orang cendekiawan Malaysia. Memang berasal dari hari kebesaran agama Kristian, sebab tu difatwakan HARAM oleh ulama'-ulama' di Mesir, Yaman dan beberapa negara Arab"

First time sebenarnya tahu yang sambutan Hari Ibu ni HARAM. Sekadar berkongsi maklumat yang baru saya dapat ini. Saya akan berpegang dengan pendapat ustaz ni. Bagi yang rasa ada pendapat lain, silakan komen.

Tak semestinya masa Hari Ibu je kita nak appreciate umi, mama, mummy atau ibu kita. Hari-hari pun boleh kan. Masa mesej atau call pun boleh selalu cakap, "Umi, love you so much" atau "Mama, sayang la mama" atau "Ibu, sayang ibu sangat-sangat". Kan, kan, kan ^^,

Takpun masa birthday mereka, bagi hadiah untuk mereka untuk gembirakan hati mereka. Manusia mana yang tak gembira bila dapat hadiah. Seorang ibu mesti gembira kalau di hari jadinya atau hari-hari yang lain, anak-anaknya bagi hadiah padanya, walaupun hadiah ini bukanlah boleh membalas jasa besar yang telah mereka curahkan pada kita.

Satu lagi, tolong la mereka semampu boleh kalau anda ada di rumah. Ni tidak, suruh angkat kain, jemur baju, kemas rumah, basuh pinggan, MALAS! Biasanya anak-anak lelaki la ni malas macam ni. Sorry yer kaum Adam sekalian, ini berdasarkan pemerhatian saya dalam beberapa buah family la. Dan, banyak lagi caranya nak tunjukkan kasih sayang kita ni. Malas nak hurai panjang-panjang. Anda sekalian lebih arif rasanya kan.

Tapi, apa yang paling penting, jangan lupa untuk doakan mereka dalam setiap doa kita.

Umi dan Adik

Teringat tahun lepas kami adik-beradik berpakat beli purse BONIA untuk umi. Saya dan Lutfi yang tukang pilih. Ada yang lebih cantik dan berkenan di hati masa pergi butik BONIA di KB Mall tu, tapi, sebab tak cukup budget, beli la yang satu ni. Still cantik sebab ni hadiah untuk umi tersayang. Tak sabar nak tunggu bulan 6 ni, yakni masa birthday umi, untuk celebrate bersama satu family, almaklumlah, saya di rumah masa tu. Nak try bake Strawberry Cheese Cake boleh? We'll look and see...

Oh, rindunya mereka-mereka yang ada kat rumah :)

Apapun, sayang umi ketat-ketat. Satu lagi, hargailah orang yang anda sayang. Show your respect and love towards them. What you give, you'll get back!

Ok, setakat ni je la. Ingat nak share apa yang saya baca kat wall Ustaz je, tapi, as usual, mesti terlebih explain.

Moga beroleh manfaat.


notakaki :: Esok ada test UNGS 2040, part Dr. Sohirin. Jadi, perlu tutup lappy dan study sekarang! Bukak lappy pagi-pagi ni pun sebab nak elak dari tidur di waktu pagi yang sejuk dan damai ni.

Sunday, May 1, 2011

lupakan episod semalam



Buat dia,

dia yang aku sayang fillah,

Lupakan episod semalam. Jadikan hari ini dan hari esok untuk jadi yang lebih baik, eh, eh, yang terbaeeekkk. Kamu ada aku, sama-sama kuatkan antara satu sama lain.

Allah masih bagi kita peluang untuk kita berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Allah sayangkan kita, dia bagi kita hidayah sebelum ajal kita sampai. Dia bagi kamu rasa ingin berubah, bagi kamu peluang untuk dekat dengan Dia saat manusia lain di sekelilingmu makin jauh dari Dia.

Grab it dear! Tak semua orang ada kemahuan untuk berubah sepertimu. Aku disini doakan dari jauh. Sama-sama kita gapai syurga yang indah itu walau harus kita tempuhi banyak kesukaran.

Kamu sangat kuat. Doakan aku juga kuat sepertimu.

Selalu doa pada Dia yang di sana. Bergantung haraplah padaNya.

Ya Muqallibal QULUB, thabit qulubana 'ala dinnik
O turner of HEARTS, make our heart firm upon your religion


Ikhlas dari aku. Aku yang anggap kamu sebagai sahabat baik.

p/s : I think you know who you are....


notakaki :: Kita akan jauh saat aku ke Kuantan. Tak pe la, phone ke ado!

pintu di sempadan Rafah dibuka



Masa darurat di Mesir dulu, saya pernah terbayang ini akan berlaku. Klik sini untuk baca.

Baru-baru ni, terbaca artikel tentang ni di Al-Jazeera. Klik sini untuk baca artikel.

Mesir akan membuka selama-lamanya pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dan Mesir. Demikian menurut Menteri Luar Mesir Nabil al-Arabi pada hari Jumaat. Beliau juga menyatakan bahawa keputusan negaranya menutup pintu sempadan itu selama ini adalah satu yang memalukan. Sumber Israel pula menyatakan "perkembangan terbaru yang berlaku adalah suatu yang amat membimbangkan".

Alhamdulillah, akhirnya ia jadi kenyataan.Walau hanya pintu di sempadan Rafah ni dibuka, tapi saya rasa ia memberi kesan yang amat besar pada rakyat Palestin. Dengan terbukanya pintu ni, laluan Gaza dan dunia luar tidak disekat. Bantuan juga boleh dihulurkan melalui jalan darat.

Di bawah ni ada map Gaza. Tengok, sekelilingnya adalah laut dan kawasan haram Israel. Hanya sempadan Rafah yang menghubungkannya dengan Mesir. Dulu, Husni Mubarak menutup sempadan ini, dan kini, ianya sudah dibuka.



Alhamdulilllah, nusrah Allah tetap bersama orang-orang yang berusaha dan bersabar.


notakaki :: waaa~~ esok dah balik CFS. Nak stay kat rumah lagi boleh x?

Saturday, April 30, 2011

perjalanan balik rumah

Alhamdulillah, masa tengah menaip ni saya sudah bahagia bersama family di rumah. Hari ni umi abah ada buat majlis kesyukuran di rumah. Jemputlah datang rumah bagi sape yang kenal rumah dan yang ada kat Kelantan tu ye. Pagi-pagi ni sempat lagi online, orang tak datang lagi, plus, kami guna khidmat catering. Oh, cakap pasal catering, ada memori indah di sebaliknya. Hehe~~

Rasa ingin berkongsi pengalaman balik Kelantan kali ni. Pengalaman tak dapat beli tiket dan pengalaman dapat berjumpa kawan lama. Silakan baca kalau anda rajin nak baca.

Hari khamis. Lepas je habis mid term UNGS 2040, terus balik bilik dan packing barang. Sikit je pun barang yang nak dibawa balik, tapi sebab malam before tu tak kemas barang lagi sebab sibuk baca untuk exam.

Terus bergegas ke Hentian Putra. Nak cepat sebab takut tiket habis. Sebelum tu, mintak roomates doakan agar ada tiket untuk balik. Erkk, memang instinct dah rasa tiket memang dah habis sebab mesti ramai yang nak balik sempena cuti Labour Day ni kan. Dengan confidentnya pergi beli tiket bas, mengharap tiket bas akan ada.

Bas pilihan saya, Sani Express. Terus tanya kakak yang jaga kaunter tu, "Akak, tiket balik KB malam ni ada tak". Dengan sedihnya mendengar jawapan dari kakak tu. "Tiket malam ni dah habis dik, esok pagi pukul 9.30 pagi ada". So, terus ke kaunter bas yang lain, semua tiket untuk balik malam hari khamis sudah habis. Sedih, sedih, rasa macam nak terbang je balik Kelantan masa tu.

Terus call umi cakap tiket dah habis. Umi dah mula risau. Mulanya ingat nak ke KL Central beli tiket kereta api, tapi mesti tiket kereta api pun dah habis waktu macam ni. Jadi, sekali lagi ke kaunter Sani Express untk beli tiket balik Kelantan pagi esok. Kiranya, kena balik CFS jugak malam, kiranya pagi esok baru bertolak ke Kelantan, kiranya petang esok baru sampai rumah. Oh, sedih, sedih..

Sebelum balik semula ke CFS, singgah di surau Hentian Putra untuk solat Asar. Sampai je di suaru tu, ternampak schoolmate dulu, Nurul Sakinah Zabidi Azhar. Terus ke arahnya, bersalam, peluk dia. Lama sungguh tak jumpa mak cik sorang ni. Terus cerita kat dia tentang cerita sedih saya yang tak dapat beli tiket bas untuk malam tu, then dia terus ajak saya untuk tidur di apartmentnya di Sri Petaling. Jadi untuk esok pagi katanya, saya perlu naik LRT RM 1.90 je dari Sri Petaling ke PWTC, maknanya dekat je la, berbanding nak naik bas Metro 12 RM 1.90 dan nak naik KTM RM 1.00 dari CFS ke Hentian Putra. Senang pun senang, plus added value, jimat! Hehe..

Kebetulan Sakinah datang bersama ustazahnya masa dia belajar di Sunway College dulu. Mereka baru balik dari KLIBF di PWTC. Saya tak pergi KLIBF tahun ni sebab dulu pernah sekali pergi dengan umi, abah, Lutfi dan adik, masa tu after interview MARA di Pejabat MARA. Pening dan mabuk sangat tengok buku dan orang yang sangat ramai. Allergic, allergic..

Ustazah yang hantar kami balik ke apartment Sakinah. Apartment dia betul-betul depan IMU (International Medical University). First time tengok building IMU. After makan, dia ajak naik tengok-tengok tempat dia belajar ni. Dapat jugak masuk dan sempat jugak masuk medical library dia. Bukan ada buku je dalam library ni, organ-organ dia display sekali. Banyak pulak tu untuk setiap organ. Mayat pun ada sekali dalam library ni. Gerun jugak tengok mayat malam-malam ni. Ramai lagi yang dok study kat library ni even masa tu dah nak dekat pukul 10 dah. Erm, most of them are chinese. Tapi memang kat sini Sakinah cakap 90% student kat sini Chinese. Biasalah, private university, memang macam tu. Same as in Taylor's College, tempat adik saya belajar, memang ramai Chinese.

Malam tu berborak panjang dengan Kinah. Dia ni memang seorang yang sangat, sangat banyak cakap, plus memang kelakar giler. Tak kering gusi kalau duduk dengan dia ni. Tertarik dengan kisah Kinah yang cerita tentang family dia, dan juga keadaan dia sekarang. Ada satu cerita ni yang dia cerita, buat saya rasa, "Oh Kinah, you're so strong, kalau aku la, dah lama rasa weak and inferior".

Dia pernah berdebat dengan ateis bila seorang ateis, seorang student Sri Lanka dalam kuliahnya tanya tentang kewujudan Tuhan. Kat IMU Kinah cakap memang ramai yang ateis sebenarnya. Persoalan demi persoalan ditanya. Tapi saya percaya Kinah mampu jawab dengan baik. Kalau bagi situation ni kata saya, saya rasa memang fail. I know you can explain to them well about Islam, and i do hope one day, they will listen to you.

Bercakap mengenai ateis, adik saya di Taylor College sekarag pun sehousemate dengan seorang ateis. Takut jugak masa mula-mula dengar adik saya ni satu rumah dengan ateis. Tapi mula memahami keadaanya di Taylor College tu macam mana. Kalau fly pasni, mungkin lebih banyak dugaan dengan orang di Canada sana. So, let it be a small step in making him strong to face the real condition in Canada.

Kalau di UIA, kita selalu rasa sangat baik. Serius, saya memang bersyukur dengan keadaan di UIA yang memang boleh kata islamic la juga. Kawan-kawan pun lebih ramai yang faham Islam berbanding dengan yang tak faham Islam. Tapi saya tahu, di luar sana, keadaanya tidak sama dengan keadaan di UIA. Di luar sana, masih ramai yang tak faham akan Islam. Dan kita selaku orang yang faham Islam even ilmu di dada ni hanya seciput, mesti ada rasa tanggungjawab untuk berdakwah pada mereka. Dont be selfish! Share your knowledge with others. Jangan kita ni jadi orang yang hanya semangat nak laungkan Hidup Islam, tapi kitalah jua yang jauhkan diri dari mereka saat kita diberi peluang untuk sebarkan dakwah itu sendiri. Bercakap pasal ni, nak kongsi video yang baru je saya tengok tadi. Best! A new way on spreading dakwah! Tengokla, tengokla, video ni sangat best dan cumel...



Ok, panjang lebar pulak saya explain. Tapi itulah yang bermain di fikiran saya tatkala Kinah menceritakan tentang pengalamannya itu. She's working hard on that. Banyak buku di biliknya berkisar mengenai cara untuk berdakwah kepada ateis ni. Doakan moga dia kuat dan berjaya.

Satu lagi nak promote, adik Kinah, Harith Zabidi Azhar, masuk pilihanraya PERMAI, di Irbid Jordan. Sesape yang dok di JUST tu boleh la undi si Harith ni ye. Tak tahu la bila pilihanraya dia, just tahu Harith ni masuk je. Siap Harith panggil ayah dia, Prof Zabidi Azhar, pergi bagi talk di Jordan lagi. Hebat, hebat. Family mereka memang hebat semuanya.

Satu lagi Kinah cerita tentang parents dia yang memang sporting sangat. Ayah dia pernah cakap, anak-anak dia yang kahwin awal @ kahwin masa belajar, ayah dia akan bagi RM 1000 sebulan. Serius best! Memang sangat supportive la ayah dia. Yela, parents dia pun kahwin awal masa diorang belajar di Australia dulu. Umur mak dia masa kahwin 19 tahun. Masa balik Kelantan, saya cerita kat umi, then umi cakap, bagus la macam tu. Boleh cegah maksiat kan. Hehe...

Banyak lagi sebenarnya yang Kinah cerita. Malam tu saya dok dengar cerita dia je. Kalau bebudak Naim mesti faham macam mana Kinah ni, she's a talkative person. Very, very talkative...

Ada hikmah sebenarnya tak dapat balik rumah malam tu. Bila dengar pengalaman orang di tempat orang rasa bersyukur dengan keadaan diri.

Hari Jumaat, pagi-pagi lagi saya dah turun ke LRT belakang IMU tu, sebab Kinah ada kelas pukul 8. Dari Sri Petaling, saya ke PWTC. Dan terus menunggu untuk bas tiba pada pukul 9.30 pagi.


notakaki :: Terkejut dapat call dari Najah cakap mereka di PPUM sebab roomate yang sorang lagi ni sakit. Sangat risau masa atas bas tu. Alhamdulillah, she's fine. Hadoi, lucu pulak kalau fikir balik reason dia sakit. Nak reveal kat sini ke? I think no need la kan, kan roomates?

notakaki :: Ada baby bunnies baru kat rumah. Comel mereka ni, but still, saya takut nak pegang.

Thursday, April 21, 2011

done with first assignment


Alhamdulillah, hari Rabu yang lalu, assignment UNGS 2030 telah pun dihantar. Syukran sesangat pada group members, Ilyana, Afifah dan Safila.

Tajuk yang dipilih untuk assignment ini pada mulanya ialah, The Effect Of Secularism To The Political Aspects, tapi semasa membentangkan draft pada lecturer kami, Dr. Yousof, beliau mencadangkan tajuk lain, yang memang saya sangat eager untuk kaji tajuk ni. Thanks Dr!

Jeng, jeng.. Tajuknya ialah, SECULARISM IN TURKEY.

Banyak buku yang dibaca, walau hanya baca buku di Google Books sahaja. Mulanya mencari buku di library CFS yang tersergam indah ni, tapi hampeh, sangat sedikit buku tentang tajuk kami ni. Jap, jap, bukan sedikit, tapi memang tak ada langsung. Heh!

Setelah menggodek-godek maklumat di buku dan juga laman web, siaplah juga assignment kami walau beberapa hari tidur lewat. Suka bekerja dengan group members ni sebab mereka ni sangat bersemangat menyiapkan assignment ini. Tengok orang lain semangat, saya pun jadi semangat menimba ilmu mengenai sekularisma yang berlaku di Turki.

Sebelum tu nak mention, penduduk Turki 99.8% adalah Muslim, dan hanya 0.2% penduduknya menagamalkan ajaran selain dari Islam. Dan juga ingin diingatkan, Mustafa Kemal Attaturk, ialah seorang Muslim, di mana dialah orang yang bertanggungjawab menghancurkan khilafah!

Turki, sepertimana yang kita tahu, merupakan negara yang mana disinilah rebahnya khilafah Islamiyah pada tanggal 3 Mac 1924. Presiden pertama yang mengambil alih pentadbiran Turki ialah Mustafa Kemal Attatuk. Saya baru tahu yang Attaturk yang berada di belakang namanya ni bukannya part of nama dia, sebelum ni mati-mati saya ingat Attatuk ni ialah nama dia. Attaturk ni bermaksud "Father of Turk". Gelaran ni diberi kerana masyarakat Turki sangat-sangatlah mengagumi si Kemal ini dan memberi gelaran Attatuk kepada si penghancur khilafah islamiyah ini.

Kalau kita tengok di Turki sekarang, memang rakyat Turki sangat mengagumi si Kemal ini. Ada seorang kawan saya ni pernah melawat Turki. Oh bestnya dapat ke Turki, sangat nak pergi Aya Sofia, sebuah gereja yang ditukar menjadi sebuah masjid semasa Islam memerintah pada zaman kegemilnagan Islam dulu kala. Menurut rakan saya, kalau cakap pasal Kamal Attaturk ni, mereka mesti cakap pasal yang baik-baik je tentang dia. Pantang kalau kita cakap yang kita benci Kamal Attaturk ni sebab dari kecil lagi mereka ni dididik untuk menyanyangi serta mengagumi tokoh yang bagi mereka dialah Bapa Pemodenan Turki. Di segenap tempat di Turki juga, anda boleh lihat patung-patung Kemal Ataturk ini di mana-mana sahaja, even di perkarangan masjid.


Banyak perkara yang dilakukan oleh si Kemal ini dalam menjadikan Turki sebuah negara sekular. Anda faham tak apa maksud sekular tu? Secularism is one of the western ideologies which means the separation of religion and worldly matters. Worldly matters ni banyak la cik kak dan cik abang sekalian, dari segi politik, ekonomi, sosial, pembelajaran dan banyak lagi la aspek dunia yang lain.

Dalam entry ini, saya akan membawakan beberapa contoh perkara yang dilakukan Kemal dalam usahanya memjadikan negara Turki sebuah negara yang sekular dan juga dalam usahanya untuk mengubah gaya hidup Islam dengan gaya hidup barat yang bercanggahan dengan ajaran Islam. Nak tahu lebih lanjut, sila banyakkan pembacaan anda yer. This is not my field, so i just can bring a few examples that i know.

Setakat yang saya lihat, ada antara beberapa perkara yang dilakukan Kemal ni juga dilakukan oleh pemerintah negara kita. Itu pandangan saya la. Tak tahu la kalau anda rasa negara Malaysia ni negara yang betul-betul mengamalkan hukum Islam kan. Sebab menurut lecturer saya Malaysia ni bukan Islamic country but it just a Muslim country. These two words are totally different right? Muslim country means a country that have a high population of Muslims in it, but Islamic Country is a country which practice Islamic commandment in all aspects. All aspects yer, bukan setakat nikah, kahwin, cerai jer....

Kesan yang paling jelas setelah jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniyah ialah hilangnya identiti umat Islam. Umat Islam jadi lemah, dipijak, ditindas, seperti mana yang kita lihat kini. Umat Islam juga tidak dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar kerana ketiadaan pemimpin Islam yang sepatuntnya menjadi pembimbing pada rakyatnya. Tak usah lihat jauh, lihat sahaja di Malaysia, umat Islam sendiri menghina Islam tanpa mereka sedar. Allahurabbi, sedih, sedih..

Hari cuti umat islam iaitu hari Jumaat pula, ditukarkan kepada hari ahad, menyamai hari cuti mingguan orang kristian. Kalendar barat diambil sebagai ganti kalendar Hijriyyah. Ini dilakukan untuk menjadikan umat Islam lalai dan tidak cakna dengan haribulan Islam dan hari bersejarah dalam kalendar Islam. Erkk, macam kat Malaysia je ni kan. Honestly, saya sendiri pun kadang-kadang tidak cakna dengan tarikh Islam sebab hari-hari guna tarikh mengikut kalendar Jahiliyyah. Bahasa Turki yang dahulunya ditulis dalam tulisan Arab juga ditukar dengan menggunakan tulisan Latin. Kalau kat Malaysia ni, dulu Bahasa Melayu ni kan ditulis dalam tulisan jawi, tapi sekarang ditulis dalam tulisan rumi.

Sambutan hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dihapuskan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman rakyatnya. Kaum muslimin Turki pula dilarang menunaikan Haji. Kaum muslimin dipaksa menyerukan azan dengan bahasa Turki. Ini kerana, pernah suatu ketika dia mendengar azan subuh dari masjid berdekatan dengan istananya, maka dia memerintahkan supaya tempat azan tersebut dirobohkan. Umat Islam juga dipaksa membaca Al-Quran Karim dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa arab.

Pengharaman hijab bagi kaum wanita juga dikuat kuasakan. Kaum wanita diperintahkan untuk menanggalkan hijab. Selain itu pemakaian tudung juga tidak dibenarkan di universiti dan sekolah, manakala kakitangan awam wanita yang memakai tudung dianggap melakukan kesalahan dan disingkirkan dari jawatan.

Dia juga melarang poligami dan menyamakan persamaan hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita. Pemerintah memaksa wanita keluar dari rumah dan memegang jawatan kerajaan yang mana dahulunya wanita kebanyakannya berperanan sebagai suri rumahtangga. Pemerintah mendorong diselenggarakan pesta-pesta tari dan drama-drama yang menggabungkan antara lelaki dan wanita.

Dari sudut undang-undang pula, Al-Quran tidak lagi dijadikan asas utama dalam pentadbiran negara dan pembentukan undang-undang sepertimana zaman khilafah Uthmaniyah. Undang-undang Allah s.w.t. dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Dikatanya juga tidak praktikal, sedangkan inilah yang diajar dalam Al-Quran. Selain itu, Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil. atas dasar sekularisme, dan kemudian diadoptasi daripada undang-undang Swiss, Itali dan Jerman. Teringat ada seorang yang ternama di negra kta ni yang mempermainkan hukum hudud. Erkk, again, same as in our beloved country, Malaysia. Sedih-sedih...

Rasanya setakat ini yang saya boleh kongsi. Cuba tengok balik, di Turki, orang Islam sendiri yang menganaktirikan Islam dalam pentadbiran negara, dilakukan oleh orang Turki sendiri, siap orang Islam lagi. Sebenarnya ini memang taktik orang Barat, perubahan yang dilakukan oleh bangsa sendiri kita tak akan nampak teruk, walaupun ianya menghina agama Islam tanpa rakyat dalma negara itu sedari.

Lastly nak cakap, saya sangat berharap agar PM Turki sekarang, Reccep Tayyip Erdogan, yang merupakan anak didik Necmetin Erbakan akan membawa perubahan yang besar untuk umat Islam di Turki. Dulu kan saya selalu tertukar Erdogan dengan Erbakan. Untuk pengetahuan anda, Erbakan ialah tokoh pejuang Islam di Turki, yang juga merupakan seorang engineer. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 27 Februari 2011 yang lalu. Erbakan yang juga bekas PM Turki pernah dipenjara bebrapa kali oleh kerajaan Turki kerana membawa Islam. Dipenjara kerana membawa Islam, oh, again, same as in Malaysia.

Sekian saja untuk kali ini, moga beroleh manfaat.


notakaki :: Minggu depan nak balik Kelate. Yes, yes! Tak sabar tunggu hari Khamis.. ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com