Sunday, March 27, 2011

ustaz azhar idrus @ kelate

Hari ni baru dapat update blog. Liat sungguh tangan ni nak menaip.

Alhamdulillah, hari khamis malam jumaat yang lalu, saya sekeluarga berkesempatan untuk pergi ke kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kampung Chekok, Panji, Pengkalan Chepa.

Sesudah solat jemaah maghrib di rumah, kami bertolak ke masjid. Agak lewat la, sebabnya plan kami nak solat maghrib kat sana. Nak masuk lorong masjid tu dah jam, menandakan ramainya orang datang. Memang ramai sangat yang datang. Tempat parking pun tak ada. Saya dan umi duduk dalam kereta je, yang lain pergi kat area masjid. Ramai sangat kaum Adam, takkan nak masuk celah-celah mereka kot. Heh!





p/s :: Gambar diambil di Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Honestly, suka tengok suasana begini, ramai yang menghadiri majlis ilmu. Kan kita tahu, melawat majlis ilmu umpama melawat satu dari taman-taman syurga.

Menurut pihak masjid (ni saya tengok kat wall facebook ustaz), anggaran yang datang dalam 5 ribu orang. Whoaa~~ Hebat penangan ustaz! Kutipan derma yang diperoleh malam tu untuk membesarkan masjid dianggarkan RM 11, 500. Sape cakap rakyat Kelantan miskin heh?

Ok. Sebenarnya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya grab malam tu.

Sebab datang lambat, tak tahu ustaz baca kitab apa. Tapi yang pasti, ustaz bercakap mengenai solat. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Betapa pentingnya solat itu. Sepertimana yang kita belajar sejak dari kecil, solat tu tinag agama.

Ustaz bagi satu analogi, kalau orang buat rumah mesti orang buat tiang dulu. Tak ada la orang akan buat tingkap dulu.

Di padang mahsyar kelak, orang yang tidak solat akan berada bersama 4 individu ini, iaitu, Fir'aun, Haman, Qarun, dan Ubay bin Khalaf.

Sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun.

Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman.

Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun.

Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam
neraka.

Betapa ramai manusia hari ini yang merasakan mereka sangat 'sibuk' hingga menganaktirikan solat, hingga sanggup meninggalkan solat. Ingatan buat diri ini juga.

Satu lagi ustaz pesan, tak boleh nikahkan anak perempuan dengan lelaki yang tak solat. Anak perempuan tu amanah yang Allah bagi, jadi kena kahwinkan anak perempuan dengan orang yang selayaknya untuk membimbing anak perempuan itu dunia dan akhirat. Kalau dah memang tak jaga solat, agamanya entah ke mana la kan. Dengar baik-baik ye umi abah, kahwinkan anak perempuanmu ini dengan lelaki yang soleh yer. Hehe..

Ustaz juga ada menyebut yang betapa keadaan masa kini sudah semakin teruk. Penyanyi wanita semakin ramai, menandakan kiamat makin hampir. Ustaz menyebut akan satu hadith yang mana menyebut bahawa di akhir zaman ini, kepala umat-umat Muhammad akan bergoyang-goyang (terlalu lagha dengan hiburan) kerana adanya penyanyi wanita. Dan Allah akan menghancurkan umat di negeri tersebut.

Allahurabbi, betapa kita terlalu leka dengan dunia yang sementara ini.

Ustaz juga ada berkata bahawa sebagai seorang daie kita perlu mendampingi segala jenis orang, jangan hanya berada di zon selesa dengan berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Selamanya kita tak akan dapat berdakwah kepada orang yang betul-betul dahagakan ilmu Islam. Contohnya, bagi pihak muslimin, cuba berkawan dengan mat-mat rempit, ajak mereka ke masjid. Jangan kita rasa kita ni baik dan mereka ni hina, tak berkawan terus dengan orang yang sebegini rupa.

Ustaz juga ada cakap, kita ni jangan rasa kita ni baik, sebab kita tak tahu tempat kita nanti di syurga atau di neraka. Kerana itulah, lakukan segala apa yang Allah suruh, dan tinggalkan segala apa yang Allah larang.

Ada yang bertanya ustaz, bolehkan budak hafiz Quran yang berusia 10 tahun menjadi imam solat, walhal budak tu masih lagi belum berkhatan? Menurut ustaz, boleh kerana dia telah mumayyiz. Mumayyiz maksudnya dia boleh membezakan antara baik dan yang buruk.

Ada juga yang bertanya tentang berkhitan untuk wanita. Menurut ustaz, ianya adalah wajib menurut beberapa mazhab. Menurut ustaz, berkhitan bagi perempuan adalah untuk merendahkan tahap nafsunya. Sebab tu la ustaz cakap, kalau ibu bapa yang tak ada pengetahuan agama ni tidak mengkhitan anak perempuannya semasa kecil, bila dah besar, pelik-pelik jadinya. Kita ambil contoh negara barat, remaja seawal belasan tahun pun sudah hilang daranya. Same goes to our country.

Isu kontroversi masa masa kini, iaitu isu akad nikah dalam masjid. Ada satu negeri ni mengatakan akad nikahdalam masjid tidak dibolehkan. Menurut ustaz, ini perkara khilaf, ramai ulama muktabar membenarkannya. Nikah dalam masjid hukumnya HARUS di sisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali, dan Maliki. Antara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskannya dan tidak melarang nikah di dalam masjid ialah Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Rafi'i, Ibnu Qayyim, Syeikh Ibnu Hajar, Syeikh Hasanain Makluf, Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiga-tiganya adalah bekas mufti Mesir).

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang hal inim sila klik SINI. Klik jangan tak klik ye. Ianya penjelasan panjang lebar oleh ustaz pada malam itu yang telah dihardcopykan menjadi sebuah artikel.


Ustaz menyeru agar kita jangan mempersoalkan hal khilaf ini. Tumpukan kepada hal yang memang dah sah-sah HARAM, contohnya arak, judi, konsert yang makin menjadi-jadi di negara kita ni. Ni tidak, kilang arak makin bertambah, disko-disko makin bertambah (siap nak buat hub hiburan lagi), konsert yang bercampur lelaki perempuan pun makin banyak yang diberi permit. Adoi, nazak, nazak...

Banyak lagi yang ustaz cakap malam tu. Tapi, digest yang ini la dulu ye. Speed tangan yang menaip pun dah makin slow ni.

Moga beroleh manfaat ^^,


notakakaki :: Ustaz akan datang lagi ke Kelantan pada 24 April 2011 di Masjid Wakaf Bharu kalau tak silap.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com