Jap, jap, nampak tak apa yang tertulis dalam gambar tu? Sebab saya nak fokuskan isi kandungan dalam gambar di atas sebenarnya. Meh saya tolong cakap. Jom kita sama-sama lakukan di masa cuti, masa lapang yang Allah beri kat kita.
Tarbiyyah
- Berusaha tingkatkan kualiti ibadat wajib
- Istiqamah denganibadat sunat
- Qiam seminggu sekali
- Jaga solat jemaah
Thaqofah
- Hadam 1 buku, 1 minggu
- Bedah sirah hidup Nabi
- Dengar kuliah / ceramah
Sahsiah
- Jadi anak yang soleh dan solehah
- Bantu adik-adik dalam pelajaran dan ajar Quran
Jasadiyah
- Jangan makan dan tidur terlalu banyak
- Peruntukan masa untuk riadhah
Ukhuwah
- Mesej sahabat-sahabat seminggu sekali
- Doakan sahabat-sahabat
Siasah
- Ikuti isu semasa
- Diskusi dengan sahabat-sahabat
Quran
- Baca Quran at least 5 muka sehari
- Baca tafsir Al-Quran
- Dalami & ambil ibrah dari kisah dalam Al-Quran
Skill
- Maksimumkan bakat diri. Cth : bakat menulis, ICT, memasak, deliver speech, memandu.
Jejomz kita manfaatkan cuti. Mekasih Najah Solehah for the sharing!
notakaki :: Adik saya
Imran, lepas SPM tinggal kat masjid untuk habiskan hafal Quran. Alhamdulillah, misinya tercapai. Kini, tinggal lagi menanti result SPM. Moga dia dapat yang terbaik. Saya tahu dia sangat-sangat berusaha untuk jaga akademik dan Qurannya. Sama-sama doakan ~~
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment