Friday, March 11, 2011

kita nanti akan tua

Hari Khamis. Saya menemani umi mengambil adik saya, Najihah di MTS (Maahad Tahfiz Sains) Tanah Merah. Almaklumlah cuti sekolah next week. Umi kena ambil adik sebab abah ada meeting di KL. Bertolak dalam waktu petang, so balik pun lambat la, dalam dekat-dekat nak maghrib.

Oleh sebab nak ambil adik saya, Imran (yang baru habis bermain futsal bersama rakan sekolahnya) yang ada di rumah mek(nenek) dan ayoh(atuk), jadi kena la pergi rumah mek dulu.

Pertama kali saya pergi ke rumah mek dan ayoh sejak saya balik ke Kelantan hari Ahad yang lalu. Almaklumlah orang yang tak pandai drive ni kena ikut orang je. Tak boleh pergi sendiri-sendiri. Gembira melihat wajah mereka yang ceria menyambut kedatangan kami. Mereka hanya tinggal berdua, jadi bila ada ramai orang, cerialah sikit mereka mendengar celoteh kami semua.

Alhamdulilillah, sempat solat berjemaah bersama mek. Ayoh dah solat lebih awal. For your information, ayoh ada stroke. So, he prayed on his bed. Susahnya melihat orang yang terlantar di katil solat. Kita nanti juga akan tua, mana tahu kita mungkin akan terlantar di katil seperti itu. Saat itu, jangan kita jadikan sakit kita sebagai alasan untuk tidak solat.

Imran, adikku, menjadi imam solat kami. Dalam barisan saf, saya berada di sebelah mek. Bila mek mahu rukuk, nampak kesusahan pergerakannya. Dari rukuk ke iktidal, agak lambat pergerakannya, sebab sakit-sakit sendi. Begitu juga dengan sujud dan bagun selepas sujud, perlahan dan hati-hati pergerakannya. Saya yang berada di sebelah amat terasa movement mek dari awal hingga akhir solat. Walaupun mek bebas dari penyakit serius seperti kencing manis, sakit jantung dan lain-lain lagi, tapi still ada rasa sakit kerana umur yang makin meningkat.

Saya rasa anda pun pernah mengalami pengalaman ini bila solat berjemaah di rumah bersama nenek anda ataupun berada di sebelah warga emas di masjid tempat anda solat berjemaah. Sungguh, setiap kali saya melalui peristiwa ini, saya rasa betapa bersyukurnya nikmat sihat yang Allah kurniakan saat saya masih muda ini. Walau saya tahu, saya pasti akan melalui hari tua sama seperti mereka semua, sama seperti mek dan ayoh saya.

Oleh itu, pada muda mudi yang membaca artikel ini, janganlah anda menyalah gunakan nikmat sihat yang Allah berikan ini. Gunakan sebaiknya. Kaki yang masih lagi boleh berjalan, lawatilah taman-taman syurga (majlis ilmu), tangan yang masih lagi kuat, berbaktilah pada yang hak, mata yang masih lagi terang, bacalah dan tatapilah Al-Quran, telinga yang masih lagi aktif mendengar, gunakan ia untuk mendengar kata-kata yang bermanfaat (ceramah, selawat, zikir), mulut yang masih lagi mampu mengeluarkan suara, manfaatkan ia untuk kegunaan yang baik. Ini hanya serba sedikit contoh yang mampu insan hina ini berikan.

Jangan pernah terlintas di hati, "Ala, nanti tua nanti aku bertaubat la, aku akan memaksimumkan ibadat aku, sekarang ni enjoy dulu".

Sebab kita tak tahu adakah kita akan hidup hingga ke tua, mungkin esok ajal kita, siapa tahu? Mungkin juga kita panjang umur, sampai tua kita hidup. Tapi, ingatlah, saat itu, nikmat sihat sedikit demi sedikit akan ditarik. Saat itu, kita bukan insan yang bertenaga seperti hari ini.


notakaki :: Mek berkongsi resepi Ketupat Sotong. Senang je rupanya tapi tak pernah nak buat. Lama dah mengidam, insyaAllah nanti nak buat...

2 sila..silakan komen..:

.:~GAPAI REDHA ILAHI~:. said...

btol tu tirah..nice post..thumbs up!
=) -syukur ats nikmat sihat ni, ble da sakit, mmg susah nk wat tu, nk wt ni..alhamdulillah..insyaAllah tdk akn sia2kan nikmat kurniaan Allah ni..
ya Allah..trm ksh..T_T

athirahariffin said...

thanks..sekadar berkongsi pengalaman..selama kita sihat ni, gunakan sebaiknya..
moga ada manfaatnya~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com