Friday, March 11, 2011

pagi jumaat

Alhamdulillah, pagi jumaat yang penuh barakah ini, saya dan keluarga berkesempatan untuk ke Kuliah Dhuha yang diadakan di Medan Ilmu. Tadi sampai awal, so, bolehlah kami sekeluarga duduk di dalam khemah yang telah disediakan.

Pagi jumaat ini, rasanya sangat tenang berada di satu dari taman-taman syurga ini. Kalau di UIA, hari khamis malam jumaat biasanya ada talaqqi. Tapi bila di rumah, mana ada lagi talaqqi Ustaz Muhadir, walau hati ini sangat rindu untuk mendengar kata-kata dari ustaz

Tapi, alhamdulillah, saya berada di Kelantan, yang mana memang tiap-tiap minggu pada hari jumaat akan diadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Betapa bertuahnya rakyat Kelantan mempunyai Menteri Besar yang sanggup meluangkan masa bersama rakyat dan memberi makanan rohani pada rakyatnya tiap-tiap hari jumaat.

Untuk rakyat-rakyat Kelantan sekalian, anda bertuah! Jadi janganlah lepaskan peluang ni. Rajin-rajinkan diri anda untuk datang ke majlis zikrullah seperti ini. Pagi-pagi tu jangan dok tidur, rezeki lari. I'm telling this to myself too.

Sebelum Tok Guru sampai, kami diberi sedikit tazkirah dari seorang mualaf, orang Cina yang peluk Islam, iaitu Ustaz Idham Lim. First time tengok beliau secara live, sebelum ni hanya pernah baca blog beliau je. Banyak yang ustaz kongsi, banyaknya ilmu beliau. Kagum dengan beliau, kagum dengan orang cina ini. Fasih je mulut beliau membacakan ayat-ayat Quran yang dihafalnya. Then beliau cakap.
"Orang Melayu Islam ni mesti dah hafal satu Quran kan, anda semua kan dah Islam dari kecil lagi". Bedebusshh, rasa macam ada batu je yang menumbuk kepala ni.

Dalam dekat-dekat pukul 9, ada sebuah kereta Mercedes melalui lorong tempat khemah yang saya duduk. Rasanya Tok Guru dah sampai. Terfikir sejenak, kalau MB lain mesti dah bunyi siren dari jauh, siap ada kereta polis, tak cukup lagi, tambah motosikal polis mengiringi.

Sesampai Tok Guru di kawasan itu, ramai kanak-kanak kecil yang berlari ke arah Tok Guru untuk bersalaman dengan beliau. Kalau saya ni masih kecil, memang sure lah saya pun nak berlari dan bersalaman dengan ulama' zuhud ini.


Kanak-kanak tengah
bersalaman dengan Tok Guru

Tenang je melihat wajah beliau, walau kini banyak fitnah yang menimpa beliau. Kalau kita lihat balik sejarah, Nabi Muhammad kekasih Allah dicaci dihina dalam menyebarkan risalah Islam. Syeikh Qutb mati ditali gantung kerana menegakkan kalam Allah. Syeikh Yassin, pemimpin Hamas juga dibunuh oleh tentera Israel, begitu juga dengan Hassan Al-Banna, syahid dibunuh musuh Islam. Mereka mungkin dihina di dunia, tapi, di akhirat, merekalah mulia, merekalah yang mendapat ganjaran syurga Allah.

Allahuakbar, kuatnya mereka menghadapi dugaan dunia dalam menegakkan kalimah Allah, dalam mengembalikan Islam di puncak. Tapi pelik juga dengan orang yang menghina dan mencaci ulama' ni, mereka Islam, tapi sanggup mencaci orang yang ingin menegakkan Islam. Huh, pelik, pelik. Yang menfitnah tu satu hal, yang termakan dengan kata-kata fitnah lagilah saya pelik. Boleh je terima bulat-bulat apa yang difitnah media terhadap ulama' ini. Ulama' pewaris Nabi, mereka yang memperlekeh ulama' seolah-olah memperlekeh Rasulullah.

Pagi jumaat ini, pertama kali saya melihat wajah Tok Guru dari jarak yang dekat. Sebelum ni hanya pernah melihatnya dari jauh. Saya bukanlah orang yang mengenalinya dari dekat, tapi sangat mengagumi beliau. Abah saya bertuah, abah pernah menjadi doktor yang mengiringi rombongan kerajaan Kelantan pada musim Haji yang lalu. Pernah merawat Tok Guru saat beliau tidak berapa sihat masa menunaikan haji. Umi dan adik-adik saya yang lain pun pernah menjadi makmum Tok Guru masa di airport, saat menunggu airplane tiba. Dengar cerita dari orang yang pernah bersama dengan ulama ini, pasti tak tergamak menfitnah dan menelan bulat-bulat fitnah yang digempar-gempurkan.

Nasihat saya, datang ke Medan Ilmu dan dengar mutiara kata dari Tok Guru serta lihat sendiri wajah tenang beliau, nescaya anda akan kagum dengan peribadi MB yang zuhud ini.

Bagi yang dok jauh, i mean bukan dok area Kelantan, tapi mahu mendengar kuliah Tok Guru, boleh klik SINI. Tapi tenet kena laju lar.. Saya pun dah try tapi tak boleh nak buka sebab tenet broadband ni jalan lagi lambat dari siput..huh!



Wajah Tok Guru yang
sempat saya snap dari dekat

Di akhir kuliah, Tok Guru mengajarkan doa selepas membaca Al-Quran. Nasihat beliau, istiqamahlah mengamalkannya setiap kali selesai membaca kalam Allah ini. Betul, kadang-kadang kita tahu tapi tak amalkannya secara istiqamah. Doanya seperti berikut:




Ya Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia imam kami dan cahaya, petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil. Kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.


notakaki :: Makcik-makcik tua yang sakit kaki nak jalan pun ramai yang datang. Yang kita ni kaki masih lagi kuat nak jalan malas nak datang menadah ilmu.

notakaki :: Lupa nak cakap, suka tengok suasana di Medan Ilmu yang mana ramai muslimin yang berjubah dan berserban, terubat rindu dengan suasana di majlis talaqqi di UIA, yang mana ramai yang ingin mengamalkan pakaian sunnah ini, di saat ramai manusia yang melupakan apa yang Nabi Muhammad pernah pakai.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com