Monday, March 28, 2011

jaga hatimu hanya untuk yang layak memiliki

Dalam berpasangan, cinta seorang wanita hanyalah untuk suaminya sahaja, begitu juga cinta seorang suami hanyalah untuk isterinya sahaja. Bukan untuk aweks, balaks, gf, bf, mahupun tunangan sekalipun, selagi tiada ikatan yang HALAL bersama. Jika tidak, hati itu sudah dinodai oleh yang tidak berhak ke atas kita. Nak ke gitu? Mesti semua tak nak kan. Kalaupun dialah lelaki yang menjadi suami anda nanti, tapi tidak gentarkah anda dengan jalan zina yang anda pilih sebelum membina masjid.

Allahurabbi, jangan kita leka dengan cinta manusia hingga sanggup mengenepikan hukum hakam Allah. Tahu, saya tahu ianya sangat indah, walaupun saya tidak ada pengalaman, sebab ianya memang fitrah manusia. Tapi, jangan kita membuat endah tak endah dengan firman Allah. Tidak takutkah anda dengan azab neraka?

Sekadar perkongsian hati yang diedit dari sini. Jangan marah ! Saje je la nak post.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Terkadang ada rasa di benak fikiran, mengapa ramai perempuan yang suka menarik perhatian ramai lelaki?

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik? Jangan ragu wahai diri, tak perlu bersusah-payah menggoda lelaki bak wanita tiada iman dan tak percaya akan takdir Allah kerana jodohmu sudah Allah tetapkan saat kau dilahirkan lagi.

Tidak kunafikan sebagai remaja, memerlukan kesabaran dalam mendidik sehingga disebut nabi dalam sati senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. Zina itu banyak cabang, dan aku tak mahu terjatuh walau dalam satu cabang zina sekalipun. Aku mahu menjadi yang bersih dari fitnah zina.

Aku juga punya rasa untuk disayangi dan menyayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu semata-mata untukmu. Semata-mata untuk kau yang tidak aku ketahui siapa.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. Kerana itulah, aku menjaga hatiku dari dicemari dengan cinta yang tak halal. Ya Allah, kekalkan keadaanku ini.

Diriku yang memang lemah ini mungkin akan diuji dengan lelaki yang ingin berkenalan denganku. Hanya satu prinsip yang aku pegang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Wanita fitnah bagi lelaki. Dan aku tidak mahu menjadi agen syaitan yang terus menyambut cinta yang datang dengan cara yang tidak halal.

Andai ada lelaki yang ingin mendekatiku dengan cara yang tidak halal, ku katakan pada hati ini, mahukah kamu membina masjid dengan jalan zina? Mahukah kamu mendapat zuriat dengan jalan zina? Mampukah lelaki yang memilih untuk membina masjid dengan jalan zina membimbingmu ke syurga? Mahukah kamu memilih jalan yang dimurkai Allah ini untuk membina syurga duniamu?

Hanya padaMu aku bermunajat, jauhkanlah aku dari babak-babak hitam ini dari hidupku. Aku tak mahu ada kisah gelap dalam mencari cinta seorang lelaki yang bakal menjadi imamku. Aku tak mahu Kau murka Ya Allah.

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusof Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Sallallahu' Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan bazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan yang tidak baik memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupu sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semnagt juangmu, menulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenagan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau pasti mencintaiku keranaNya.

Moga kita dijauhkan dari cinta yang tak halal sebelum akad dilafazkan. Moga kita selamat dari segala fitnah dunia. Moga kita menggapai cinta Allah sebelum mencari cinta dunia ini.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Accept me the way i am.. ^^,


notakaki :: Gunakan masa sekarang untuk mempersiapkan dirimu ke arah itu, bukan dengan membuang duit dan masa, menggadai iman, semata-mata kerana insan yang bernama lelaki.

2 sila..silakan komen..:

athirahariffin said...

tu la..
loni susoh la deh..
namo lagi remajo..
moha kita kuat..
chayokkk!!!!

amin..amin...amin..

Afifah Daim said...

you have sucha a nice blog.keep on posting ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com