Keluarga. Ayah, ibu dan anak-anak.
Keluarga antara elemen penting dalam hidup saya. Umi, abah, dan adik beradik, Amir, Imran, Hanif, Nurul Najihah dan Ahmad Lutfi. Mereka penting dalam hidup saya, melebihi kepentingan yang lain. Kini, cinta saya untuk mereka, kerana mereka cinta yang halal untuk saya.
Betapa saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Reason? Rasanya tak perlu adanya reason bagi setiap perkara yang kita sayang. Berada dalam keluarga umpama berada dalam syurga dunia.
Kini, sedih melihat ramai pasangan umat Islam yang memilih jalan yang halal namun dibenci Allah, penceraian. Tidak boleh saya bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang ibu bapanya memilih untuk mengikut haluan sendiri. Menurut JAKIM, pasangan yang bercerai kian meningkat dari hari ke hari.
Pelik, kata cinta, tapi bila kahwin, jalan cerai yang dipilih. Kata ingin bercinta hingga ke syurga akhirat, tapi memilih untuk lari dari syurga dunia. Ada juga kadang-kadang terfikir, mungkin ini akibat atau kesan dari jalan yang tidak halal yang mereka pilih sebelum membina masjid. Apabila jalan haram yang dipilih untuk membina masjid, tunggang langgang la imam beserta makmum dalam masjid itu kan.
Cuba lihat, berapa banyak artis-artis yang meggembar-gemburkan percintaan mereka, tup, tup, at last, kahwin tak sampai setahun, anak pun tak dapat lagi, bercerai. Banyak kan? Tak perlu la nak cakap satu persatu, tapi itulah hakikatnya. Tak faham dengan orang-orang yang mengambil artis sebagai idola mereka, walhal kita nampak betapa porak-perandanya kehidupan mereka.
Ada seorang yang keluarga saya kenal ni, rasanya tak perlu untuk cakap siapakah dia. Berkahwin, dapat anak 6 ke 7 orang, saya pun dah tak ingat, tapi ramai la. Kemudian bercerai. Rasanya perkara ni terjadi masa saya Form 4 ke Form 5, tak sure. Dengan keaadaan ekonomi yang tak berapa baik, anak-anak ingin diberi kepada orang lain. Sampai satu tahap, umi abah bercadang untuk ambil salah seorang dari anak mereka sebab kesian dengan nasib anak mereka.
Tapi, tak jadi. Mujurlah, susah untuk saya menerima orang lain dalam family. Fikirkan pasal aurat la, pasal pergaulan dengan adik-adik lelaki saya yang lain. Bukan tak ingin menolong, tapi, susah..susah... Umi cakap, bila jaga anak orang ni, bukan setakat jaga makan minum dan pakaian je, tapi kena mendidik. Tugas mendidik tu jadi amanah kita, Yup, that's right, i am totally agree.
Tengok, betapa porak perandanya sebuah keluarga jika ibu bapa memilih jalan untuk bercerai. Anak-anak terbiar tanpa belaian kasih sayang serta didikan seorang ibu dan ayah.
Ya, kita tak tahu nasib kita di masa akan datang, nasib keluarga kita atau nasib kita sendiri setelah kita berkeluarga.
Cuma kini, doa menjadi perkara terbaik. Doa senjata mukmin kan. Kalau ada antara yang membaca ini, ibu bapanya kini dalam masalah dan mungkin ingin bercerai. Kuatkan hati sahabat, doalah yang terbaik buat mereka. Doa seorang anak yang mengharapkan kebahagiaan keluarga akan dimakbulkan Allah, mungkin hati ibu bapa anda akan lebih lembut dan rasional dalam membuat keputusan.
Beserta dengan doa itu, lakukanlah segala yang Allah suruh dan jangan sesekali lakukan apa yang Allah larang. Jangan kita memilih jalan yang Allah benci dalam kita ingin membina sesuatu yang besar, sesuatu yang amat besar bagi saya. Sebab Allah yang pegang hati manusia ni. Masa bercinta dulu tak ingat Allah, buat segala-gala yang Allah larang, tup, tup, bila ada masalah cari Allah. Sebab tu la, pilih jalan yang mengikut syariat. Jaga Allah (dengan mengikut syariat), insyaAllah Allah akan jaga kita dan keluarga.
Keluargalah tempat bermula segala-galanya. Dalam keluargalah dakwah berjalan. Jika sayang kelurga anda, jagalah mereka. Bimbinglah mereka agar mereka berada dalam jalan yang benar. Ingat, Allah pernah berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Allahurabbi... Mahukah kita melihat mereka yang kita sayang dibakar dalam api neraka kelak? Jauhkan aku, keluargaku dan mereka yang aku sayang dari api neraka Ya Allah.
Contohi bagaimana Rasulullah memimpin keluarga. Tapi yang susahnya sekarang, berapa ramai antara kita yang menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Baginda memimpin negara, memimpin ummah, tapi dalam masa yang sama berjaya memimpin keluarga. Jangan kita hanya berjaya memimpin organisasi, negeri, negara, tapi tumpas dalam memimpin keluarga sendiri. Tumpas dalam berdakwah kepada keluarga sendiri.
Semaikan nilai-nilai Islam dalam keluarga. Tak perlu nak fikir nak bina keluarga lagi, praktikkan dalam keluarga yang sedia ada dulu.
Mulakan dengan langkah yang kecil. A small step leads to a bigger step.
Kalau yang tak pernah solat berjemaah dengan family, mulakan dengan solat jemaah. Solat jemaah kan pahalanya 27 kali ganda dari solat biasa. Semua pun tahu. Kalau di universiti kita boleh berjemaah 5 kali sehari dengan roomate atau rakan lain, masakan tidak dengan keluarga sendiri kan.
Kalau yang dah biasa solat jemaah dengan family, terus praktikkan dan cuba untuk lakukan 5 kali sehari. Oh, family saya pun fail 5 kali sehari solat jemaah. Tapi honestly, part yang saya paling suka ialah solat jemaah bersama keluarga, lebih-lebih lagi waktu subuh, tak tahu kenapa. Suka sangat bila budak Lutfi yang paling malas dan bapak susah nak bangun tu solat jemaah sekali dengan umi, abah dan adik-beradik yang lain. Lepas solat, ada la beberapa orang yang akan tidur atas paha umi. Paha saya pun kadang-kadang jadi mangsa kalau paha umi dah full.
Banyak lagi aktiviti lain, contohnya pergi ke ceramah bersama-sama keluarga. Ini dapat mengeratkan ukhuwah dan at the same time kita akan dapat tambah ilmu kan. Lagipun, pergi ke majlis ilmu ni umpama melawat satu dari taman-taman syurga. Oh, tak sabar nak ke kuliah Ustaz Azhar khamis ni!
Bercuti. Ini part yang saya suka. Shopping sekali dengan family. Lagi saya suka. Saya memang suka bab-bab menghabiskan duit nih. Hikhik. Bersenam bersama. Suka, tapi malas nak buat, tu yang sekarang berat makin naik. Abah ajak naik basikal keliling kampung tak nak, nak jugak duduk kat rumah. Umi abah je yang rajin naik basikal keliling kampung. Lutfi pun rajin jugak kadang-kadang. Yang lain, semua hampeh. Malas bersenam semuanya.
Dan, dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh menambahkan kecintaan anda pada keluarga. Baitul muslim, idaman semua orang, tapi jangan lupa mantapkan fardhul muslim!
notakaki :: Berdebar result SPM akan keluar esok. Eh, macam aku pulak nak ambil result. InsyaAllah result Imran ok. Thinking of making surprise to him. Aku tahu dia tak baca sebab blog ni sebab tu berani tulis kat sini sebab aku tahu kat masjid yang dia duduk mana nye ada laptop. Dia dok khusyuk mengaji Quran tu. Petang esok baru pak cik tu balik rumah.
notakaki :: Best kan kalau dapat pergi umrah satu family. Its my dream readers. Doakan. Teringat kat Najah yang pergi buat umrah dengan family dia. Bestnya!!
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment