Kalau dulu, cakap pasal Jepun, mesti orang fikir tentang kemajuan, betapa modennya dan canggihnya Jepun dan betapa bijaknya orang-orang Jepun.
Subhanallah, betapa senang dan mudah Allah menarik nikmat dari satu kaum.
Gempa bumi berskala 8.9 richter melanda Jepun, juga tsunami 10 meter dialami Jepun. Tsunami di Jepun meragut nyawa sekurang-kurangnya 10,000 orang (ni setakat yang saya baca dalam NST hari ni la).
"When the tsunami struck, i was trying to evacuate people. I looked back, and then it was like the computer graphics scene i've seen in Armageddon. I thought it was a dream. It was really like the end of the world" said Tsutomu Sato, 46.
Membaca apa yang pak cik Tsutomu ni cakap dalam NST hari ni, membuat saya terfikir akan filem 2012, yang kononnya macam hari kiamat la. Tengok iklan pun macam dah sangat takut kita tengok. Itu gambaran manusia tentang hari kiamat. Air dan api, dua unsur yang akan memusnahkan bumi. Itu yang digambarkan dalam cerita 2012 (walau saya masih lagi tak tengok). Kalau tengok kat Jepun pun, dua unsur inilah yang menyebabkan kemusnahan Jepun.
Sekali lagi saya ulang, itu hanya gambaran manusia. Hari kiamat yang bakal berlaku tak terjangkau dek pemikiran manusia. Allahurabbi, takut diri ni bercakap mengenai pengakhiran bagi fasa umat manusia di dunia ini.
Berbalik pada tsunami di Jepun, ianya berlaku selepas gempa bumi melanda Chrischurch, New Zealand, seolah-olah memberi petanda bahawa bumi ini sudah tidak selamat, bumi yang kian hari makin tua.
Tapi berapa ramai di antara kita yang mengambil pengajaran. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat kerana masih lagi bernafas dan masih lagi diberi peluang bertaubat, sebelum ajal tiba. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat hidup selesa yang masih lagi Allah tak tarik. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat masih lagi ada orang tersayang, umi, abah, adik-beradik di sisi. Dan banyak lagi nikmat yang kita patut syukuri.
Kemusnahan yang teruk,
kilang minyak dan gas terbakar
Floating cars
Rumah-rumah yang hanyut dan berkecai
Fishing boat di tengah-tengah bandar
Cargo containers bertaburan,
nampak macam kotak-kotak kecil je
Speechless, nothing to say. Allahuakbar!
Allahuakbar ! Mungkin itu balasan Allah terhadap rakyat Jepun. Mereka hanya berkejar-kejar mencari dunia, langsung tak mengendahkan unsur spiritual. Mereka ada segala nilai-nilai Islam (cth: bersih,punctual, bersungguh-sungguh dalam buat kerja), tapi satu yang mereka tak ada, Iman dan Islam. Mereka juga memang sangat menggilai hiburan, ikon hiburan dipuja (erk, macam kat Malaysia ni sama jugak jer).
Terfikir jika satu keajaiban berlaku selepas bencana ini. Guess what i'm thinking? Islam hidup di sana. Tak salah kan saya terfikir akan hal ini.
notakaki :: Jom baca apa yang Ustaz Hasrizal tulis. Just click HERE!
notakaki :: Lepas baca ni baru tahu yang Jepun antara yang pertama menghulurkan sumbangan semasa Malaysia dilanda tsunami pada tahun 2004.
2 sila..silakan komen..:
Just like my latest entry ^^,
Tertanya2, apakah sandaran mereka ketika ini?
Mereka negara maju,adakah mereka mahu menerima bantuan dari negara dunia ketiga?
pqah, tra dah baca blog pqah..
betul, mereka ni negara maju, negara yg byk duit, canggih, semua ada la..
mereka ni la yg pertama bg sumbangan kalau ada apa2x bencana..
mcm pelik je kan negara dunia ke3 bg sumbangan..
it think just give moral support, sebab tgk sekarang malaysia (baca : rosmah, bh) ni bg statement yg buat diorang lagi tension je..
and, pray for them...^^,
Post a Comment