Alhamdulillah, hari ni selesai bershopping sakan bersama adikku tersayang. Beliau ponteng sekolah sebab nak teman kakaknya shopping. Adik mithali betul. Eh, tapi jangan salah sangka, dia ni dah habis UPSR, so tak pe la kan kalau nak ponteng. Hari ni je pun kan. Kain, baju, blouse, tudung... semua kami borong. Habis dalam RM***... Wah, botak abah nanti ada anak dara macam kami berdua kan, kan.
Tapi dalam banyak-banyak yang kami beli, ada la satu buku ni yang dah lama sangat saya nak beli. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kat Parkson tuh. Tajuk buku ni, Biografi Muhammad bin Abdullah, hasil karya Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman, kedua-dua mereka adalah pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Muhammad bin Abdullah. Satu nama yang cukup sinonim dan sebati dengan hati dan jiwa umat Islam seantero dunia. Baginda adalah nabi dan utusan Allah. Baginda amat cintakan umatnya, yakni kita semua. Hinggakan hingga nafas yang terakhir, baginda masih lagi bertanyakan akan nasib kita semua. Tapi, cintakah kita pada baginda? Sejauh mana kita tahu sejarah dan kisah hidup baginda? Sejauh mana kita amalkan sunnahnya? Persoalan ini saya ajukan pada diri saya sendiri. Malu untuk menjawab, tapi hakikatnya, memang sangat sikit pengetahuanku tentang sirah nabi.
Sahabat semua, marilah sama-sama kita gunakan masa yang Allah bagi ni untuk kita dalami dan fahami sirah nabi. Di saat semua orang berusaha untuk mengenali ikon-ikon dan bintang-bintang hiburan, biarlah kita antara yang berusaha untuk lebih mengenali Nabi Muhammad SAW. Saya tak pandai bermadah bicara, tapi saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat semua untuk BACA buku berkenaan sirah agar sama-sama kita tingkatkan kecintaan kita semua pada baginda.
Dan, dan, saya juga nak anda luangkan masa untuk menonton Halaqah Sentuhan Qalbu, tajuk Ikon, anda klik je ye. Mengalir air mata jernih ini melihat video ini. Amat terkesan hati ini, atas kealpaanku. Ya Allah, aku amat mencintai RasulMu.....
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment