Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
~Al-Ankabut : 2~
Saya mulakan entry ini dengan ayat ini. Cukup bermakna! Memang, kadang-kadang senang untuk kita lafazkan yang kita ingin jadi hamba yang beriman, tapi, tatkala kita diuji, kita lemah. Bukan kita, tapi SAYA. Saya sangat lemah bila diuji. Ujian yang sedikit sahaja, tapi cepat melatah.Rukun iman yang ke-enam, percaya kepada qada' dan qadar. Kita belajar dari sekolah rendah lagi. Faktanya kita tahu, tapi secara teorinya, adakah kita benar-benar percaya dengan setiap ketentuan yang telah Allah tetapkan. Adakah kita percaya dengan setiap rezeki yang Allah berikan pada kita? Kita kena terima qada' dan qadarNya. Kalau kita tak terima maknanya kita dah ingkar salah satu daripada rukun iman. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana punya teman-teman dan umi yang selalu ingatkan saya agar selalu menerima ketentuanNya, even kadang-kadang saya cepat melatah.
Kadang-kadang kita berusaha bersungguh-sungguh, tapi kadangkala kita tak dapat apa yang kita impikan. Mungkin terdetik di hati, Allah tak adil sebab Allah tak bagi apa yang kita usahakan. Betul ke macam ni? Wahai hati, Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia sayang pada hambaNya dan berlaku adil pada setiap hambaNya. Mungkin Dia ingin menguji tahap keimanan kita. Mungkin ini cara kamu diuji. Setiap orang, Allah uji dengan cara yang berbeza. Ingin kukongsi kata-kata semangat dari sahabat tercinta;
"Bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan lewat tiba. Sabar, pasti ada hikmahnya"
Satu mesej yang berjaya buat hati ini bangkit kembali. Ya, usahaku bukan sia-sia kerana jika setiap pekerjaan yang diniatkan ikhlas kerana Allah, ianya dikira sebagai ibadah.
Bak kata Isna, NOBODY'S PERFECT! Ya, manusia tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Mungkin kadang-kadang kita nampak orang tu selalu happy-happy, tapi sebenarnya mungkin ujian yang Allah bagi kat dia lebih berat. Mungkin dia tersenyum di hadapan kita, di hatinya, tiada siapa yang tahu sedih dan pilu hati itu. Bak kata Isna lagi, kejayaan itu ada di hadapan dan tak muncul dari belakang. So, i must look forward. Never look backward!
Umi pulak cakap, kita kena tengok dan hargai rezeki yang Allah bagi kat kita. Sentiasa bersyukur atas setiap kelebihan kita. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Allah uji kita ni sebab dia sayangkan kita, Dia tak mahu kita gagal di kemudian hari. Mungkin, kita akan berjaya di hadapan, tiada siapa yang tahu percaturan Allah. Thanks umi, you always make smile when i can't even smile at that moment. She always make me thinked positive to everything that happened in my life. She lets me listen to her soft voice, motivates me up. She always gives her warm hug whenever i really need it. I'm so lucky to have a mother like you!
Saya bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat Islam dan Iman yang saya perolehi hari ini. Saya bersyukur kerana masih mempunyai umi yang sangat penyayang, abah yang sangat memahami, keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang selalu berada di samping saya dan menerima saya seadanya walaupun saya ni sangatlah tidak sempurna, nikmat sihat yang membolehkan saya untuk masih lagi beribadat secara normal dan masih lagi berbakti kepada Islam walaupun seciput, dan banyak lagi nikmat yang tak mampu saya tulis semuanya dalam blog ini.
Buat Isna, thanks sebab bagi kata-kata semangat ko aku. I really appreciate it! Thanks jugok sebab bagi pinjam B ko aku. B tu comel macam mung (awas, ayat bodek!). Kawan-kawan, mesti nak tengok kecumelan B kan. Haa, ini dia!
notakaki :: Juga terima kasih saya ucapkan pada Dayah dan Jah yang sedikit sebanyak buat diri ini kuat.
notakaki :: Esok saya akan balik ke UIA. Esok saya bakal tinggalkan umi, abah dan adik-adik semua untuk saya berjuang di UIA. Saya sedih. Post ini juga ditulis saat air mata ini bercucuran. Arghhh, emo pulak dah malam-malam nih!
notakaki :: Doakan saya dapat apa yang terbaik dalam hidup saya. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat.
3 sila..silakan komen..:
trah.. comelnye B.. tapi athirah^2 comel lagi la.. hehe (ni bukan ayat bodek ni)
hee~~
meme la athirah^2 tu come..
mum x payoh oyak x po..
btw, thanke for ur words, ak ok doh loni, cuma kdg2x tu air mata ni tumpah jugok...
slam singgah..leh sy follow blog ni?
trade link k..
www.aepull.blogspot.com
Post a Comment