Pernah seorang kawan tanya saya, kenapa orang pakai tudung labuh? Orang yang pakai tudung labuh ni tak semestinya baik, yang pakai tudung biasa tu kadang-kadang lebih baik. Erm, susah nak menjawab, saya bukannya pemakai tudung labuh, tapi saya sangat kagum dengan mereka yang memakai tudung labuh. Ya, memang iman tak boleh diukur dengan betapa besarnya tudung anda. Tudung labuh atau tudung bidang 60 atau tudung bidang 50 atau tudung bidang 45, selendang, itu semua pilihan anda, tapi yang pasti, jangan menampakkan dada, WAJIB menutup dada, WAJIB tebal, kalau rasa jarang tu pakailah inner, dan tidak menampakkan bentuk leher anda. Pakailah apapun, asalkan MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, bukannya pakai tudung tapi tak tutup aurat! Ingat, kita pakai tudung bukan sebab nak orang pandang kita as budak baik, alim dan sewaktu dengannya, tapi kita pakai tudung sebab itu suruhan Allah!
Salam. Mentang-mentang saya dah menjawab persoalan Menjaga Pandangan, kali ini saya ditanya dengan pendapat yang lebih berat (bagi saya), iaitu tentang tudung bidang 60'. Persoalan yang ditimbulkan, menarik. J dan saya pernah jua dipersoalkan untuk berbincang akan soal ini sesame rakan-rakan se-DQ. Alhamdulillah. Saya rasa pendirian saya sendiri dalam hal ini dah cukup jelas. Dan rakan se-DQ pun ramai yang faham. Kalau dulu, ramai juga yang kondem budak DQ pakai tudung bidang ni. Tapi bagi saya sendiri, tidak ada apa-apa lah!
Persoalan ditimbulkan oleh email sender banyak menyentuh tentang diri saya. Tapi disini biarlah saya menyebut secara umum. Kerana sesungguhnya saya sangat tidak sempurna.
Sebenarnya, jujur saya katakana, saya tidak apa masalah dengan sebarang tudung yang dipakai oleh rakan-rakan saya yang perempuan, khususnya rakan se-CFS. Selagi mana tudung yang dipakai menepati cirri yang digariskan islam, cukup untuk saya berlapang dada. Tetapi, apa yang menggugat perasaan saya, apabila ada yang bertudung tetapi tidak menepati cirri piawaian Islam. Ringkasnya, tudung yang dipakai harus menutup bahagian dada, atau dalam kata lain tidak menzahirkan apa yang ada sehingga jelas pada pandangan orang lain. Tudung yang dipaka I juga tidak boleh jarang sehingga menampakkan batang leher. Lebih terus lagi, sehingga orang yang memandang boleh melihat uraian rambut dan kadang-kadang dapat melihat dengan jelas jenis ikat rambut yang digunakannya! Paling tak senang, bagi yang berselendang. Saya tidak ada masalah sekiranya anda ingin berselendang. Tapi kalau boleh carilah selendang yang besar sikit dan jangan jarang. Apa tujuannya kita memakai tudung kalau setiap inci kepala kita dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki lain yang ajnabi?
Persoalan kenapa memilih tudung labuh berbanding tudung besar. Sebenarnya, seperti yang saya katakan di atas, tidak ada masalah jenis tudung yang mahu dipilih. Asalkan menepati piawaian Islam. Berkenaan tudung labuh vs tudung bidang, langsung tidak memberi masalah kepada saya. Tudung bidang pun Alhamdulillah menepati piawaian jika tidak dililit hingga menzahirkan batang leher. Tudung labuh pun cantik sungguh,sempurna sekali. Jika disoal pada saya, kenapa saya tak pakai tudung bidang, cukuplah jawapan, saya lebih selesa bertudung labuh. Sejak form 1 saya biasa dengan tudung labuh. Dan bermula form 3, saya istiqamah dengannya. Tetapi ini tidak bermaksud saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bidang. Tidak dapat dinafikan, ada yang bertudung bidang lebih baik daripada yang bertudung labuh. Sesungguhnya tudung labuh bukan ukuran melihat iman seseorang. Tak semestinya yang bertudung labuh, imannya selabuh tudungnya. Jangan menghukum begitu. Ia boleh mengundang padah.sebab itu saya katakana, saya tak kisah bagaimana anda ingin bertudung. Pilih yang mana anda rasa selesa dan berkenang di hati. Tapi rayu saya, jangan lupa jadikan Islam asas kepada cara pemakaian kita. Jika tidak mengikut syariat, pakailah apa saja, dan anda mendakwa diri anda kuat iman, itu salah. Jjangan buat dakwaan bodoh la kawan. Saya mengaku, di rumah, kadang-kadang saya juga memakai tudung bidang. Tak kerap sangat. Tapi saya pernah. Ini bermakna, saya memang tak menghukum kalian yang bertudung bidang. Tak mengapa, mengikut keselasaan. Islam itu bukan agama yang susah. Islam kan fleksibel. Tak gitu?
Jangan kita terlampau persoalkan tentang tudung itu,tudung begini sehingga kita terlepas pandang perkara-perkara lain, seperti amal ibadah. Perkuatkan ibadah. Perkuatkan amalan kebaekan. Insya-allah, keselasaan akan datang dengan iman yang mapan. Insya allah. Jika nak kata peranan keluarga, saya mengakui. Ibu saya bertudung labuh. Kakak saya juga. Nenek saya pun. Tapi bagi saya, itu bukan ukuran terbaik. Ada saja yang ibunya tidak bertudung labuh, tetapi anaknya bertudung labuh. Ada juga ibunya bertudung labuh, anaknya tidak bertudung pun. Jadi jelas saya katakana, prasarana keluarga benar memainkan peranan tetapi bukan peranan utama. Yang penting hubungan kita dengan Allah dan hidayah Allah buat kita. Itu yang lebih penting dan boleh dijadikan matlamat utama kita. Insya allah. Saya menyetujui bahawa kurang senang dengan orang yang terlalu rigid dalam berprinsip. Sehingga mengeluarkan 'fatwa' murahan menghukum orang lain. Bagi saya, apa yang anda mampu, itulah yang anda lakukan. Jangan kerana nak mencapai kesempurnaan, anda mengejar segala kebaikan, tapi anda terlupa tentang ikhlas itu sendiri. Kalau anda rasa selasa bertudung bidang, silakanlah. Jangan memaksa untuk memenuhi kehendak orang lain sedangkan hati anda tidak ikhlas untuk melakukannya. Tapi ingat, dalam bab menepati pakaian y ang digariskan islam, itu tiada kompromi. Islam itu tegas dengan orang yang mahu melencong dari jalannya. Sama-sama praktikkan.
Namun begitu, suka untuk saya sebutkan disini, pilihkan jalan yang paling sempurna. Moga-moga pada jalan itu, ada hidayah Allah untuk kita. Jangan mengharapkan hidayah allah, tanpa berusaha mengejar dan mencarinya. Berusahalah. Jangan hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Tiru macam Sheikh Muzaffar, berusaha keras untuk ke angkasa. Begitulah kita. Lihat bulan, ingin mencapai bulan, carilah jalan pergi ke bulan. Melihat kesempurnaan, ingin mencapai kesempurnaan, carilah jalan kea rah kesempurnaan. Moga padanya ada rahmat Tuhan yang tiada terhingga buat hambaNYA yang mencari redhaNYA di bumiNYA. Insya allah. Salam muhasabah bersama.
Mari mencari jalan TAQWA.
3 sila..silakan komen..:
tirah, memang promote molek la. huhu. ngupah gapo eh? doa jah laaa.. hehe
doa bia trah jadi wanita solehah deh kak..dapat pendamping soleh hok buleh bimbing trah dunio akhirat..doa bia trah bejayo dunia akhirat..^^,
ameen ya allah.. semoga allah kabulkan hassrat hatimu yang baek demiNYA. taqabbalallahuminna...
Post a Comment