Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes remaja perempuan lari dari rumah. Saya nak highlightkan remaja PEREMPUAN. Sebab apa? Sebab kalau lelaki lari dari rumah saya tak kisah. Mungkin remaja lelaki tersebut akan dikira anak derhaka sebab lari dari ibu bapanya, tapi dia tak akan ada risiko lain, i mean risiko yang dia mungkin dicabul atau dirogol sebab dia LELAKI. Tapi, kalau remaja permpuan yang larikan diri jauh dari keluarga, dia macam saja-saja nak mendedahkan diri dia dalam bahaya.
Ada satu hari, umi cerita kat saya, ada seorang pesakit yang abah rawat ni, pak cik la, usia pun dah tua dah. Pak cik tu ada internal bleeding disebabkan kemalangan. Alkisahnya macam ni, anak dara dia hilang, lari dari rumah la, dah beberapa hari dah, jadi, pak cik tu dan isterinya pun berusaha la untuk cari anak dia ni. Yelah kan, ayah dan ibu mesti la risau anak dara tak balik rumah beberapa hari dah. Pak cik tu naik motosikal, dan terlanggar objek keras(tak ingat dah apa, abah ada cerita hari tu), so, pak cik tu dibawa ke hospital dan ditakdirkan abah yang rawat dia. Kesian kat pak cik tu bila saya dengar umi cerita, dan geram pulak rasa kat anak daranya tu.
Mungkin ada yang rasa kes seumpama ni jarang berlaku sebab mugkin selalu berada dalam zon selesa, yang surroundingnya mungkin orang-orang baik belaka. Tapi sebenarnya, banyak sangat perkara seumpama ni berlaku. Mungkin kat kampung kita, mungkin ada saudara kita yang macam ni, dan banyak lagi la. Remaja perempuan sekarang ni macam dah tak ada kesedaran untuk menjaga maruah diri sendiri. Ada di antara mereka yang lari dari ibu bapa ni ikut teman lelaki. Lelaki yang bukan muhrim itu lebih mereka percaya untuk menjaga mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Oh muslimat yang kusayangi sekalian, ingatlah pepatah, habis madu sepah dibuang. Mereka bukan dambakan anda, mereka bukan ingin menjaga anda, tapi merekalah yang membinasakan masa depan anda. Jangan, jangan mudah percaya akan lelaki walau lelaki itu nampak tersangatlah baik sebab akan ada syaitan yang selalu membisikkan kata-kata jahat di telinga lelaki itu yang akan menaikkan nafsunya.
Jagalah diri anda, sayangilah diri anda. Mungkin suara saya di sini tak didengar oleh gadis-gadis di luar sana, tapi, blog inilah wadah pada saya untuk luahkan apa yang terbuku di hati. Remaja hari ni teruk sangat, saya tak kata saya baik sebab saya pun insan hina yang punya banyak kekurangan. Tapi, sekarang ni macam mereka dah tak ikiut apa yang dianjurkan Islan. Auratnya entah ke mana, ikhtilat dengan muslimin apatah lagi, menggedik-gedik untuk menarik perhatian lelaki, solatnya entah ke mana. Entahlah, saya pun tak berani komen lebih-lebih. Tak tahu siapa yang patut disalahkan.
Tapi apa yang pasti. Dengan mendalami agama saja yang boleh membawa mereka ke jalan yang benar. Sebab dengan mendalami agama, insyaAllah, mereka (dan saya juga) akan bertambah cinta pada Allah dan rasulNya. Dengan cintanya kita pada Allah dan Rasulullah, kita akan mengikut segala apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dan, selamanya kita akan berada di landasan yang benar.
Sama-samalah kita muhasabah diri kita.......
notakaki :: Sedih bila saya taip 'remaja melayu' di Google, semuanya pasal benda yang pelik-pelik. Bila tekan image, lagi takut. Terus saya tutup page tu. MasyaAllah, apa nak jadi dengan bangsaku. Inilah yang jadi bila pemimpin negara terlalu mementingkan bangsa, dan langsung tidak mementingkan agama. Ingat, dengan ajaran ISLAM sahaja yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar. Bukan dengan fanatik bangsa. Ingat, Khilafah Islamiyah pun runtuh sebab ada negara yang fanatik bangsa.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila..silakan komen..:
Post a Comment