Ramadhan 1436 H. Pertama kali berpuasa di Kuantan. Oh ya, UIA Kuantan. Dapat juga merasa sebelum grad :)
Izinkan saya untuk mencoretkan sedikit coretan untuk tatapan diri sendiri khususnya di lain hari.
Semalam, semasa bertarawikh 2 Ramadhan di Masjid UIA Kuantan, ada satu budak kecik yang comel sangat berlari-lari atas sejadah sambil gelak-gelak dari mula solat Isyak hinggalah solat Tarawikh (tak letih ke budak ni adoi~).
Benda ni biasa je kan jumpa. Tak khusyuk jugak solat tengok dia lari dah la comel. Cumanya, ada satu benda yang dia buat yang jadikan saya jatuh cinta pada budak comel ni. Ada satu masa, lepas dia berlari, dia ambil Quran, dan duduk di depan saya (masa tu tengah solat Tarawikh), dan baca Quran tu. Bukan baca sangat sebab mulut dia bergerak-gerak dengan suara yang kuat tapi baca macam mengarut je, sambil belek-belek sampai ada satu page terkoyak.
He kept on repeating the same verses of the Quran, with a lot of Bismillah and Amin of course heheh. Bismillah dan Amin tu lagi banyak dari dia baca Quran kehkeh. Terdetik dalam hati, budak ni baru umur 2 tahun (kot), mana la pandai sangat nak baca Quran, rasanya mungkin dia meniru gaya ayah ibunya baca Quran.
Selepas solat, ternampak budak ni dan kakaknya, jadi gagahkan diri untuk peluk dia dari belakang. Namanya Fateh. Nama kakak tak dapat dikesan sebab kakaknya pemalu sangat.
"Fateh pandai baca Quran?"
Jawab Fateh, "Nak baca. Nak baca. Quran. Quran."
Ya Allah sejuknya perut masa tu (tiba-tiba je kan perut aku pulak yang sejuk).
Lepas bercakap-cakap dengan dia, terus ke belakang masjid sebab nak lipat kain sembahyang. Fateh terus lari-lari dengan kakaknya.
Dia datang ke belakang masjid dan ambil rehal dan Quran. 2 rehal, 2 Quran. Untuk dia, dan untuk kakaknya. Sekali lagi terus ke arah Fateh dan kakaknya (budak 2 orang ni dah la comel lepas tu soleh solehah pulak tu). Tolong betulakn rehal sebab dia tak pandai betulkan rehal tu, dan dia terus letak Quran atas rehal.
Ya Allah. Budak sekecil ini pun tunjukkan yang mereka ini cinta pada Al-Quran (walaupun tak reti baca pun). Mungkin mereka dididik dengan biah yang cintakan Al-Quran. Moga membesar menjadi hamlatul Quran wahai adik soleh solehah. Doakan juga moga kakak dikurniakan zuriat yang cintakan Al-Quran. Allahummaj'alna min ahlil Qur'an.
Ada seorang senior pesan, gagahkan diri untuk buat ibadah sambil berniat dalam hati. Semasa Ramadhan, dia gagahkan diri untuk solat sambil berdiri dan jaga waktu solat walaupun sarat mengandung dengan niat moga anak yang dikandung menjadi orang yang menjaga solatnya. I came up with one idea dengan nasihat dia ni. Kita gagahkan diri untuk baca dan jadikan diri kita rapat dengan Quran, dengan niat moga zuriat kita membesar menjadi orang yang soleh solehah, hamlatul Quran dan orang yang juga cintakan Al-Quran.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ
Allahumma ameen.
Sama-sama kita berdoa. Moga-moga Allah makbulkan doa kita :)
...................
Dan satu lagi kisah yang saya ingin abdikan dalam tulisan ini, ialah pengalaman mendengar amanat dan taujihat dari Dr. R, murabbiah kami. Dr. R ini antara salah seorang insan yang banyak memberi inspirasi pada saya. I wish to be a great mom and wife like her.
*maaf, gambar dan identiti Dr. R kena rahsiakan heheh*
Dr. R luangkan satu masa untuk makan-makan dengan kami pada sehari sebelum 1 Ramadhan. Dia cuti hari ni, bila ditanya kenapa ambil cuti hari tersebut, katanya, untuk siapkan Diary Ramadhan anak-anaknya (3 lelaki dan 2 perempuan).
Kami semua kagum dengan Dr. R. A good effort indeed. Tapi Dr. R tak bercerita panjang mengenai Diary Ramadhan anak-anaknya ni. Dr. R banyak memberi nasihat agar kami menjadi hamba, amilin, anak, isteri dan ibu yang solehah. Dan, moga kami semua terus thabat atas jalan yang dipilih ini.
Balik dari makan, gagahkan diri untuk wassup personal Dr. R untuk tanyakan tentang Diary Ramadhan. I was in love with that kind of idea. Katanya, Diary Ramadhan ni banyak di website. So bila cari di website, memang jumpa banyak sangat. Katanya, print je untuk anak-anaknya mengikut umur. Dr. R siap kongsikan gambar yang dia telah print untuk anak-anaknya, Sofea dan Lila yang masih kecil. Untuk 3 orang hero yang dah besar, Dr. R ada tunjukkan buku yang sudah diprint.
Kata Dr. R, "By the time athirah jadi ibu, akan ada banyak lagi aktiviti Ramadhan yang best2x."
Dr. R juga ada berkongsi, yang dia sediakan Ramadhan Bucket untuk anak-anaknya. Dalam tu, ada pensil kaler baru (tahun ni Dr. R bagi magic colour), buku nota kecil, dan satu buku kanak-kanak yang mesti dihabiskan dalam bulan Ramadhan. Kata Dr. R, untuk setiap kali Ramadhan, akan ada hadiah untuk anak-anaknya agar mereka gembira menyambut bulan barakah ini. Jubah for boys and new telekung for girls.
Kata Dr. R, starting last year dia bagikan markah untuk setiap aktiviti. Dan diary - solat, puasa penuh ke tak, ada infaq ke tak.. good deeds and etc. At the end, dia akan kira dan dapat hadiah. Hadiah yang Dr. R bagi simple je, yang kanak-kanak suka, tak perlu mahal-mahal.
Pesan Dr. R, "Banyak lagi sebenarnya yang seorang ibu (dan juga ayah) boleh buatkan untuk anak-anak, it just the matter that kita sebagai ibu (dan juga ayah) luangkan masa atau tidak"
Saya niatkan agar apa yang dikongsi ini dapat memberi inspirasi pada mereka yang membaca, dan juga moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk menjadi seorang ibu yang baik seperti Dr. R ^_____^
*Rasa macam besar sangat dah bila baca post ni balik. Oh ya, lagipun memang dah besar pun, umur dah 2# (lahir tahun 1991, you do the math ok!)*
notakaki :: 47 days more. tik tok tik tok.....
notakaki :: rindunya ramadhan kat rumah uhuk.
Saturday, June 20, 2015
Monday, June 1, 2015
suatu hari nanti
Suatu Hari Nanti
Suatu hari akan ada seseorang yang cukup baik budinya untuk membuat tertarik.
Cukup luas hatinya untuk tempatmu tinggal.
Cukup bijaksana pikirannya untuk kamu ajak bicara.
Kamu tidak perlu menjadi orang lain untuk mempertahankan seseorang, tetap jadilah diri sendiri.
Kamu pun tidak (dan jangan) menuntut orang lain menerima keadaanmu bila ia memang tidak mampu menerimanya.
Karena yang baik belum tentu tepat.
Orang baik itu banyak sekali dan hanya ada satu yang tepat.
Selebihnya hanyalah ujian.
Kamu tidak pernah tahu siapa yang tepat sampai datang hari akad.
Tetaplah jaga diri selayaknya menjaga orang yang paling berharga untukmu.
Karena kamu sangat berharga untuk seseorang yang sangat berharga buatmu nantinya.
Suatu hari akan ada orang yang cukup baik dan cukup luas hatinya untuk kamu tinggali.
Cukup kuat kakinya untuk kamu ajak jalan bersama.
Lebih dari itu, ia mampu menerimamu yang juga serba cukup.
.suaracerita.
.....
Semoga suatu hari itu bakal tiba. Dan, tetaplah jaga diri selayaknya wahai perempuan kerana kau istimewa untuk seseorang, seseorang yang hanya yang kau pasti bila tiba hari akad.
notakaki :: hai jun! jun, satu bulan yang sangat bermakna. jun, hari lahir beberapa insan tersayang; jun, bakal menamatkan perjalanan di bumi UIA Kuantan; jun, bakal berjumpa cinta hati, IA (ok dia perempuan ye).
notakaki :: selamat bermuktamar muktamirin muktamirat. moga Allah aturkan yang terbaik buat gerakan Islam tersayang ini.
Saturday, May 30, 2015
exam. last.

Exam last, almaklumlah final year final sem kan.
Exam. Masa ni la nak tengok gambar lama-lama dalam phone, nak buat photogrid la, nak edit la, nak send gambar-gambar tu kat kawan-kawan konon-konon throwback kan.
Lepas tu masa ni pulak bila bukak insta, banyak laa benda yang memikat mata. Banyak jumpa decoration kek-kek yang menawan hati, baju-baju cantik la, baby-baby comel la. Kenapala orang post semua benda ni masa saya exam. Masa tak exam tak banyak pulak benda-benda camni.
Masa ni la nak tulis diari la, nak check rak buku, check buku mana tak baca lagi, nak kemas itu, nak kemas ini. Nak itu la, ini la.
Masa exam ni jugak la nak list semua lecturer yang ada, nak fikir nak bagi apa untuk lecturer, nak fikir ayat untuk tulis kad kat lecturer. Oh dan atas usaha gigih listkan semua lecturer yang pernah mengajar diri ini, so total semua ada 23 orang.
Dan, masa ni jugak la banyak sangattttt la idea-idea bernas yang keluar dari kepala ni. Tak nak la list kat sini kan tapi itulah, semua nak datang masa exam ni uuuuu.
Banyak laa sangat distraction niiiii ***~.~'***
Oh ya, esok ada paper. Urmmm dan masa ni la rasa nak update blog. Ok la doakan saya. Nak sambung study.
Oh dan. Lepas ni mesti rindu kan zaman belajar ni. Kalau ada rezeki sambung belajar tu lain la kan hee =D
.....
Sekian. Kakak final year final sem melaporkan dari bilik 7.5 Mahallah Fatimah, UIA Kuantan.
Toodles! :)
p/s : buat IA, another few days i'm going to meet you. aku hari-hari buat countdwon tahuuuu dop ^.^
p/s : dan doakan jugak another one important thing (or event?) yang hari-hari ku doakan moga Allah permudahkan urusan.
Thursday, May 28, 2015
tanah suci
Semalam, berkesempatan untuk keluar bersama ex-roomates (baca : dating buat kali terakhir before grad uhuk) sewaktu di UIA PJ dahulu.
N, A & Z antara gadis-gadis solehah yang Allah temukan saat saya mencari diri. Terima kasih Allah kerana temukan saya dengan orang-orang baik. Kalau perasan, banyak yang saya ceritkan tentang gadis-gadis solehah ini dalam blog ini. Menyimpan memori di sini, untuk tatapan diri sendiri jugak di masa akan datang hee.
Dan, ada seorang tu, baru balik umrah. Lebih tepat, dua orang dari kami telah Allah rezekikan untuk sampai ke tanah suci. Terima kasih awak bagi buah tangan dari tanah suci.
Ingat lagi dulu-dulu, selalu diceritakan kepada ahli bilik tantang pengalaman manisnya di tanah suci, bumi barakah itu. *sape nak baca bole bace SINI. a nice writing indeed*. Dan tahun ini, Allah rezekikan seorang lagi dari kami untuk ke sana. Dan moga, Allah rezekikan dua orang lagi dari kami untuk menatap Kaabah depan mata kami.
Dan, doakan saya diizinkanNya untuk sampai ke tanah suci sebelum saya menutup mata (mungkin. kita mana tahu ajal esok lusa).
Sungguh, saya cemburu dengan mereka yang telah sampai ke sana (takpe kan jeles bende gini geee).
Moga, Allah permudahkan jua sahabat-sahabat yang menyimpan niat untuk ke sana. Dan, jangan lupa doakan saya untuk menjadi salah seorang tetamu Allah juga. Mana tahu doa kalian dimakbulkan Allah =D
............
Tenangnya Ya Rabbi melihat gambar di atas. Antara gambar yang mata ini senang untuk melihat. Yang bila menatapnya, ada satu rasa singgah di hati. Rasa yang mungkin hanya Dia yang tahu.
notakaki :: seronoknya perasaan bilamana orang yang kita sayang (baca : saudara mara perempuan), yang dulunya auratnya mungkin tak djaga, kini, menutup aurat dan menjaga maruahnya sebagai seorang muslimah. dan moga istiqamah wahai gadis solehah. benarlah, kita tak mampu meramal masa depan, sebab itu doa itu senjata buat kita, doakan moga Allah menggerakkan hati mereka ke arah kebaikan, dan doakan moga Allah sentiasa menetapkan kita atas jalan yang kita pilih ini :)
to you, i love you (saya tak tahu awak baca tak tapi if and only if you read this, just to let you know that i love you, and Allah loves you more sayang)
Tuesday, May 26, 2015
jadilah isteri solehah
Hari ni ingin berkongsi satu artikel yang dikongsi oleh sahabat, dan saya letakkan di sini untuk tatapan diri di masa ini dan di masa akan datang.
Klik ni untuk baca >>>>>>> Jadilah Isteri Solehah :)
Hari ni juga terbaca satu buku yang menarik, "Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami", dan nak petik satu hadith yang ada dalam buku ni. Buku ni nipis je, tapi bagusss sangat (plus cover warna pink so cantik la hee)
"Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan
ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."
ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."
Riwayat al-Bukhari, Hadith 4828, Kitab al-Nikah, Bab al-Mar-ah Ra'iyyah fi baiti zaujihah.
Dan, moga impian kita jadi kenyataan, dengan bantuanMu Ya Allah. Ini impian setiap yang bergelar perempuan:
- bintun solehah : anak gadis yang solehah
- zaujatun solehah : isteri solehah
- ummun aqilah : ibu yang berwawasan
- ajuzan mursyidah : orang tua yang menunjuk jalan
- zaujatun solehah : isteri solehah
- ummun aqilah : ibu yang berwawasan
- ajuzan mursyidah : orang tua yang menunjuk jalan
Semoga.
notakaki :: bagi can la kakak final year yang nak rest gap exam ni post benda cenggini hiks
notakaki :: tadi g KMC, nak jumpa Dr. tapi ada bad experience nurse. sokmo macam ni. end up kena sabar dan tabah je. sorry to say, saya memang lamaaa x suka nurses, entahla macam ada aura negative nurses ni. banyak kes jadi sebab nurse, hal family, satu lagi masa atuk sakit. they treat those that i love badly and it hurts me. hmmm itulah.. fated dari kecil hingga besar ada pengalaman buruk dengan nurses. oh btw nurses uia baik2x, pakaian pun x seksi tutup aurat plus solehah :)
Saturday, May 23, 2015
tawakkal paling tinggi
Pesan seseorang beberapa hari yang lalu,
"Berpeganglah pada janji Allah. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
Hari ini, ada sahabat baik datang bilik dan berkongsi beberapa pesanan dari Ustaz Hasbullah, yang bagiku, sangat kena dengan masa, sangat menyentuh hati ini.
"Akad nikah is not only a contract between husband and wife, but also contract with Allah. So, this why munakahat is one of the sunnah and 'ibadah, it's about halal, haram, sunnah, makruh and harus. And also, marriage is not only about love, but marriage is about making ummah".
Perkahwinan itu tawakkal paling tinggi kita pada Allah. Tanpa mengenali si dia, berjanji untuk sehidup semati, dan moganya, sampai syurga. Tanpa mengenali, mempercayai sang lelaki untuk membimbing, meyantuni dan menjaga kita dan zuriat yang bakal lahir.
Dan sebab itulah, hanya pada Dia kita berserah, kerana kita tahu, Dialah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita :)
Buanglah rasa takutmu, yakinlah pada Dia wahai diri. Ingat, matlamatmu bukan hanya dunia, tapi akhirat sana yang lebih besar =D
Saturday, April 25, 2015
ruhiyah
Minggu lepas, bertanya khabar anak-anak usrah. Usrah mar'atus solehah. Lebih spesifik, bertanya apa khabar amalan ruhiyah mereka. Beberapa mesej dari anak-usrah buat diri ini menangis. Entahla, air mata terus gugur membaca bait-bait mesej.
Mungkin air mata gugur kerana merasakan diri terlalu banyak dosa. Mungkin rasa betapa sikitnya amalan aku. Mungkin rasa betapa tak layaknya aku menjadi seorang naqibah, yang punya banyak khilaf, yang ilmunya sangat kurang, yang mungkin hina di mata Allah. Dan rasa, "Baiknya dan juruhnya kamu wahai adik-adikkkkkk...." T_________T
Solat jemaahmu, solat rawatibmu, puasamu, dhuhamu, bacaan Quranmu, hafazan Quranmu, qiamullaimu, istghfarmu, selawatmu, zikir-zikirmu.... buat aku kagum.. dan cemburu.
Satu teguran yang baik, kena pada diri. Right advice at the right time to the right person. Kadang-kadang mungkin suasana persekitaran tak bisa memberi peringatan, dan mungkin dengan cara ini Allah memberi peringatan pada aku untuk terus dekat pada Dia.
Adik-adik, betapa akak doakan moga dikau dan aku istiqamah. Dan amalan-amalan ruhiyah ini jualah penguat kita untuk berada di jalan ini. Kau takkan mulia di sisi Allah andai hanya pandai jalankan dakwahmu dan siyasahmu andai jiwamu kosong, amalan padaNya seciput sahaja.
Dan, ku harapa dengan tulisan serba sedikit dari hati ini bisa memberikan peringatan buat diri setiap kali membaca ini dan moga ada kalangan sahabat yang membaca ini doakan moga saya dan orang tersayang terus istiqamah di atas jalan ini =D
notakaki :: got another few weeks to complete this degree.. happy? ada la. sedih? ada la jugak. takut? yup. fear to face the new world, facing the reality of this life. you're a big girl enough huh athirah? wa la takilna ila anfusina torfata 'ain. wahai tuhan, jangan Kau biarkan aku sendiri merancang masa depan. yakin pada Allah athirah. selalu yakin :)
Sunday, April 19, 2015
nasehat
pernikahan itu nilainya setengah agama. karena begitu besar dan berharga, para setan mati-matian menghancurkan setengah agama tersebut–temasuk menggoda siapa saja yang hendak menikah.
bentuk godaan ini macam-macam sekali. misalnya, menghadirkan seseorang dari masa lalu, menjauhkan hati dari keinginan untuk menikah, memberikan peluang-peluang yang sebenarnya ujian, mengiming-imingi kehidupan yang lebih baik dengan tidak menikah dan mengutamakan karir, dan banyak lagi.
setan tidak pernah menyerah menggoda. kalau setan gagal menghancurkan rencana pernikahan, dia akan mengganggu orang-orang yang sudah menikah. laki-laki digoda pandangannya, perempuan digoda pendengarannya. pasangan-pasangan dibuat jauh, baik badan maupun hati–supaya pernikahan tidak bertahan. apapun dilakukan setan agar pernikahan hancur.
jadi… tak usah konyol dengan memberikan para setan peluang lebih besar untuk menghancurkan pernikahan. kalau bisa disegerakan–ketika sudah kuat dan mampu–segerakan. setelah menikah, kalau bisa terus tinggal berdekatan, kenapa harus berjauhan?
pesan paragraf ini adalah untuk para perempuan–yang sekarang banyak termakan ide emansipasi dan kesetaraan: di mana bekerjamu, di mana sekolahmu, atau di mana tinggalmu, tidak serta-merta membuatmu lebih mulia di mata Allah. kau mulia jika berbakti kepada suamimu. sungguh-sungguh berbakti kepadanya. kau adalah hadiah bagi suamimu.
ingatlah tujuan kita yang sebenar-benarnya. tujuan agama kita yang sebenar-benarnya. HAYYA ‘ALAL FALAAH! falaah, yaitu kemenangan, sekarang dan nanti, dunia dan akhirat. apapun yang kita lakukan selama hidup hanyalah jalan–untuk mencapai tujuan itu. cita-cita adalah jalan. mimpi adalah jalan. pekerjaan adalah jalan. karir adalah jalan. peran adalah jalan. bahkan pernikahan juga, adalah jalan.
godaan setan sungguh datang dari mana saja. dari depan belakang, dari kanan kiri, bahkan dari atas bawah, dari luar dalam. maka mari menjaga. jaga hati, perasaan, pandangan, lisan, pendengaran, kemaluan, dan perbuatan. istiqomah memang sulit, namun tak berarti tak mungkin untuk dilakukan.
jika pernikahan selamat, kita tinggal menyelamatkan setengah agama yang lain. jika pernikahan selamat, menyelamatkan yang lain itu–insyaAllah lebih mudah.
sungguh memperjuangkan pernikahan adalah bagian dari memperjuangkan agama. sadarilah bahwa perjuangan itu tak pernah punya simpul awal dan simpul akhir. manusia hanya hidup sementara, tetapi keluarga hidup selamanya, sampai akhir masa.
itulah mengapa (rencana) pernikahan harus diperjuangkan berdua. dijaga berdua.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(QS. Al Furqaan: 74)
(QS. Al Furqaan: 74)
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
(QS. Al Baqarah: 201) - doa Rasullulah saw.
(QS. Al Baqarah: 201) - doa Rasullulah saw.
***
nasehat ini bersumber dari banyak penjuru semesta. terima kasih teman, saudara, yang telah mengingatkan. :D
copy paste dari SINI
Sunday, April 12, 2015
rasa takut
Aku akan duduk melihatmu dari jauh sambil mendoakanmu selama aku tidak bisa melakukan apapun saat ini. Bahkan untuk sekedar bertanya apa kamu sudah makan atau apa kamu baik-baik saja. Sekalipun kesempatan itu ada, aku merasa tidak semua kesempatan mesti diambil.
Aku akan duduk memperhatikanmu dari jauh-jauh sambil mendoakanmu. Sekalipun tangan dan kaki ini begitu ingin bergerak menolongmu ketika kamu tersandung dan jatuh. Aku tahu kamu bisa berdiri sendiri meski harus duduk sebentar untuk merasakan rasa sakit itu.
Aku akan berdiri dan memandangmu dari jauh sambil mendoakanmu. Aku akan memastikanmu baik-baik saja, setidaknya aku tahu apa kamu bahagia atau bersedih hari ini. Sebab aku tidak bisa berada di dekatmu saat ini. Tuhan tidak menyukainya. Bahkan ketika aku bersembunyi-sembunyi seperti ini pun aku masih merasa takut bahwa Dia cemburu karena aku menduakan-Nya.
Lalu aku bersimpuh, menanyakan pada diri sendiri mengapa aku takut untuk melangkah lebih jauh. Aku tahu aku menginginkan berada di sana, berada di dekatmu saat suka dan duka. Orang yang akan menolongmu pertama kali saat jatuh, menjadi orang pertama yang akan menemuimu di pagi hari untuk menanyakanmu, apa kabar tidur malam tadi, nyenyakkah? Menjadi orang yang akan selalu berada di dekatmu dan menggandeng tanganmu saat kemana-kemana. Membuatkanmu sarapan pagi, atau secangkir kopi dimalam hari.
Aku bertanya mengapa aku takut untuk melangkah lebih jauh. Aku terlalu takut pada kenyataan bahwa aku memang penakut. Aku ingin bertanya kepada Tuhan mengapa aku begitu takut. Apakah Tuhan cemburu karena aku lebih mencintai makhluk-Nya daripada dirinya sendiri. Aku takut Dia marah padaku dan mencabut keberanian itu dari dalam diriku, menggantinya dengan rasa takut dan khawatir.
notakaki :: Sekali lagi 'copy paste' karya dari Kurniawan Gunadi.
notakaki :: Moga Allah mudahkan segala urusan. Buat masa sekarang, urusan FYP. Memang tengah serabut yang amat, air mata mudah menitik saat ini. Dan, moga Allah mudahkan jua urusan lain yang juga penting buatku.
Monday, April 6, 2015
anak-anak ayah
Anak laki-laki ayah haruslah menjadi anak laki-laki yang baik laku dan pikirannya. Anak laki-laki ayah harus menghormati perempuan, tidak boleh anak laki-laki ayah memperlakukan perempuan dengan tidak baik. Tidak boleh baik menyakitinya dengan kata-kata ataupun perlakuan. Anak laki-laki ayah harus kuat namun tetap lembut, laki-laki harusnya memiliki jiwa yang lembut. Agar hatinya mudah terpanggil untuk menolong dan melindungi. Anak laki-laki ayah harus kuat, agar bila jatuh bisa bangun sendiri, agar bila ada orang lain jatuh bisa membantunya bangun.
Anak laki-laki ayah tidak boleh mengumbar cinta sembarangan kepada perempuan. Harus hati-hati dalam menjaga perasaan perempuan. Anak laki-laki ayah harus mandiri, karena itu akan menjadi titik tegak seorang laki-laki. Karena laki-laki akan menjadi tempat berlindung dan bergantung. Anak laki-laki ayah harus bisa tegak untuk menjalankan peran itu dengan kondisi terbaik.
Anak laki-laki ayah harus pandai mengaji. Karena kelak kalian akan berdiri di depan menjadi imam, tidak hanya untuk keluarga tapi juga untuk siapapun yang merindukan seorang pemimpin. Karena laki-laki akan selalu diuji melalui setiap kata-katanya. Maka hati-hatilah ketika mengambil keputusan.
Anak laki-laki ayah boleh pergi ke tempat jauh untuk melihat dunia ini lebih luas. Boleh sekolah yang tinggi agar bisa melihat dalamnya dunia ini dengan jernih melalui ilmu pengetahuan.
Dan, anak perempuan ayah haruslah menjadi anak perempuan yang terhormat. Bisa menghormati orang lain, bisa menghormati dirinya sendiri. Tahu bagaimana caranya menjaga diri dan menjaga orang-orang yang dicintainya dengan benar. Anak perempuan ayah harus menjadi perempuan yang teguh dan kuat, agar apabila nanti anak perempuan ayah sudah cukup dewasa dan jatuh cinta. Anak perempuan ayah bisa segera berdiri dan bangun dari angan-angannya. Agar hatinya kuat dan tidak jatuh ke hal-hal yang turut menjatuhkan kehormatannya.
Anak perempuan ayah harus menjadi perempuan yang santun dan tegas. Dua sikap yang bisa membuat anak perempuan ayah bisa mengambil keputusan untuk dirinya sendiri, juga untuk ke orang lain. Anak perempuan ayah nantinya harus tahu bagaimana mengatur pikiran dan hatinya. Jangan khawatir, ayah akan melatih itu semua.
Anak perempuan ayah pun harus sekolah yang tinggi, boleh setinggi-tingginya. Biar anak perempuan ayah menjadi perempuan yang cerdas. Boleh juga pergi ke tempat jauh, yang jauh, yang mungkin belum pernah dibayangkan. Bila takut pergi sendirian, jangan khawatir. Ayah bisa menemani atau ada saudaramu nanti. Bila pun kamu ingin punya suami, katakan pada ayah laki-laki mana yang menurutmu paling tepat untuk menjadi suamimu. Ayah akan mengujinya terlebih dahulu.
Anak perempuan ayah boleh memiliki impian yang tinggi. Boleh menjadi apapun yang diinginkan selama itu menjadikanmu perempuan yang sejati. Memberi makna untuk setiap orang yang kamu temui. Anak perempuan ayah nanti boleh memiliki pergaulan yang luas, seluas-luasanya yang anak ayah inginkan. Biar anak ayah bertemu dengan banyak orang baik, karena siapa tahu satu diantara mereka adalah orang yang tepat untuk anak perempuan ayah.
Anak perempuan ayah harus tegar. Karena nanti anak perempuan ayah akan pergi meninggalkan ayah. Untuk itu, anak perempuan ayah harus tegar untuk menghadapi kenyataan bahwa ayah tidak lagi menjadi prioritas. Anak perempuan ayah harus menjadi perempuan yang kuat. Lemah bukanlah sifat perempuan, itu adalah sifat semua manusia. Anak perempuan ayah akan menjadi anak perempuan yang paling spesial diantara seluruh bidadari di surga nantinya. Untuk itu, bantu ayah untuk mewujudkan semua itu.
. Kurniawan Gunadi .
p/s : Air mata gugur saat membaca ini. Entah kenapa. Aku letakkan di sini untuk ku tatap di kemudian hari
Sunday, March 1, 2015
esok
Esok, ketika kita telah sampai pada jawaban dari pertanyaan-pertanyaan hidup kita hari ini. Menjadi apa nanti? Siapa pendamping hidup kita? Berapa anak kita? Kerja di mana? Tinggal di mana? dan segala pertanyaan yang membuat kita resah. Kita memahami bahwa keresahan itu membuat doa-doa kita lebih memiliki kekuatan, lebih tulus dan lebih berserah.
Esok, apa yang terjadi dalam hidup kita hari ini. Akan kita pahami esok hari. Terus melangkah, meski melelahkan, meski menyita perasaan. Tujuan itu tidak akan kemana-kemana. Jangan berhenti, nanti tidak sampai :)
Bilik kakak akhir tahun | 8.48 pm | 1 Mac 2015
......................
Dan ayat-ayat indah di atas kepunyaan Kurniawan Gunadi. Kena pada masa. Hari ini juga, aku mungkin sudah mati merempuh bas di lebuhraya. Tapi Allah panjangkan umurku untuk menikmati hari-hari esok dan untuk terus beramal. Moga nanti, bila aku mati, aku masih di jalan ini, dan aku mohon hari bilamana aku mati itu adalah hari yang paling bahagia dalam hidupku, mengecap husnul khotimah.
Muhasabah buat aku yang akan mati bila-bila masa sahaja....
notakaki :: jazakillah kakak solehah yang chantek kenalkan saya dengan Kurniawan Gunadi (dan dengan apps Sound Cloud). Jatuh cinta.... sungguh....
Muhasabah buat aku yang akan mati bila-bila masa sahaja....
notakaki :: jazakillah kakak solehah yang chantek kenalkan saya dengan Kurniawan Gunadi (dan dengan apps Sound Cloud). Jatuh cinta.... sungguh....
Tuesday, February 10, 2015
ハッピーバースデー、najah solihah
Sanah helwah ya ukhti mahbubah Najah Solihah Hamdan :)
Sahabat yang kukenal sejak dari CFS. Terima kasih Allah hadirkan saya sahabat yang seorang ni. Moga Allah jaga ukhuwah ni ^.^
Najah ni antara sahabat yang palingggggggg solehah, yang palingggggggg innocent, yang palinggggggg busy, yang palinggggggg baik. Semua paling ada kat dia ni. Untung sape dapat dia ni hihih =D
Moga berjaya dunia akhirat dan segala impianmu tercapai. Nak jadi O&G specialist la, nak pergi Turki la, nak masyi Quran la and many more wishes yang tak boleh nak reveal sini kan :)
Last but not least, teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari, untuk renungan bersama.
(birthday girl kat tengah gambar)
Sahabat yang kukenal sejak dari CFS. Terima kasih Allah hadirkan saya sahabat yang seorang ni. Moga Allah jaga ukhuwah ni ^.^
Najah ni antara sahabat yang palingggggggg solehah, yang palingggggggg innocent, yang palinggggggg busy, yang palinggggggg baik. Semua paling ada kat dia ni. Untung sape dapat dia ni hihih =D
Moga berjaya dunia akhirat dan segala impianmu tercapai. Nak jadi O&G specialist la, nak pergi Turki la, nak masyi Quran la and many more wishes yang tak boleh nak reveal sini kan :)
Last but not least, teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari, untuk renungan bersama.
"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"
p/s : Post ni nak balas post tahun lepas kat blog you hihi. I really appreciate that :)
p/s : Ya Rabbi susahnyaaaaaa nak cari gambar najah hokay. Trah kena kobek laptop nak cari gambar. Jumpa gambar kat tempat program yang muka memang berminyak habis hehe :)
p/s : Ya Rabbi susahnyaaaaaa nak cari gambar najah hokay. Trah kena kobek laptop nak cari gambar. Jumpa gambar kat tempat program yang muka memang berminyak habis hehe :)
Monday, January 12, 2015
ya wahhab
Tertarik dengan satu artikel yang dikongsi oleh seorang kakak yang saya sangat hormati. Saya kongsikan di sini agar dapat menjadai tatapan diri sendiri khususnya. Artikel asal diambil di sini :)
Saya percaya akan kuasa doa. Hamba yang hina macam kita ni, bila berdoa, doalah dengan rasa rendah diri, penuh keyakinan dan pengharapan. Dia tahu yang terbaik buat kita, dan Dia akan berikan buat kita apa yang terbaik buat kita.
Berdoalah dengan nama Allah yang indah. Dalam artikel ni, disebutkan tentang zikir Ya Wahhab, yang bermaksud Maha Menganugerah / Maha Pemberi Kurnia / Yang Sangat Memberi – Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
Moga bermanfaat!
Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir Al-wahhab ini. Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar 3 tahun lepas. Apa pun, alhamdulillah. Allah temukan jua RAHSIA ini.
Perjalanan hidup kita tidak selalunya indah. Ada masa kita rasa happy, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak tak mahu layan cas –Ve” .Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
PERINGATAN : AL WAHHAB BUKAN SATU-SATU NYA AMALAN MENJEMPUT REZEKI. TAPI ZIKIR YA WAHHAB ANTARA SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI. DHUHA, TAHAJJUD DAN SEBAGAINYA JUGA SANGAT HEBAT.
Saya percaya akan kuasa doa. Hamba yang hina macam kita ni, bila berdoa, doalah dengan rasa rendah diri, penuh keyakinan dan pengharapan. Dia tahu yang terbaik buat kita, dan Dia akan berikan buat kita apa yang terbaik buat kita.
Berdoalah dengan nama Allah yang indah. Dalam artikel ni, disebutkan tentang zikir Ya Wahhab, yang bermaksud Maha Menganugerah / Maha Pemberi Kurnia / Yang Sangat Memberi – Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
Moga bermanfaat!
Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir Al-wahhab ini. Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar 3 tahun lepas. Apa pun, alhamdulillah. Allah temukan jua RAHSIA ini.
Perjalanan hidup kita tidak selalunya indah. Ada masa kita rasa happy, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak tak mahu layan cas –Ve” .Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
PERINGATAN : AL WAHHAB BUKAN SATU-SATU NYA AMALAN MENJEMPUT REZEKI. TAPI ZIKIR YA WAHHAB ANTARA SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI. DHUHA, TAHAJJUD DAN SEBAGAINYA JUGA SANGAT HEBAT.
Monday, December 22, 2014
kerana mereka mahu yang terbaik
Buat adik-adikku, buat saudara seakidahku.
Mereka mahukan yang terbaik buat kita.
Mereka tahu apa yang terbaik buat kita.
Andainya kau tahu.
Mereka tahu apa yang mungkin kau tak tahu.
Andainya kau tahu, mereka bukan memaksa.
Cuma sekadar menyuarakan apa yang mereka fikir terbaik buat kita.
Mereka kadangkala mengorbankan kepentingan diri sendiri.
Demi anak-anak yang mereka amat sayangi.
Dan bila nanti, kau juga akan merasa apa yang mereka rasai.
Mahukan yang terbaik, untuk kepentingan duniawi, juga ukhrawi.
Mungkin buat anak-anakmu kelak.
Mungkin juga buat kepentingan dirimu sendiri kelak.
Andainya kau tahu, isi hati mereka.
Kau takkan lakukan apa yang kau lakukan tika ini wahai saudara.
Andainya kau tahu, berapa beruntungnya kita masih punya ibu bapa.
Kerana di luar sana masih ramai yang ditakdirkanNya untuk tidak merasa kasih sayang dari mereka yang bernama ibu juga bapa.
....................................
Moga kita ini jadi anak soleh solehah. Santuni ibu bapa.
Kerana bila ibu bapa tidak redha, segala amal kebaikan yang kau lakukan mungkin tidak dicatat malaikat, tidak diterima Allah. Sia-sia saja amalanmu. Dan paling besar kesannya, hilang barakah dalam hidupmu. Hidup di dunia, juga di akhirat.
Dan moga, anak-anak kita juga akan santuni kita sebagaimana kita santuni mereka.
Sekian.
Luahan hati.
Yang mungkin bisa ditulis di sini. Yang diluah dari hati yang paling dalam. Yang tak terluah di mulut.
Wednesday, December 17, 2014
hujan
Bismillahirrahmanirrahim :)
Sekarang Kuantan hujan lebat. Hujan-hujan ni sedapnya la duduk kampung (rumah mek). Rumah kayu memang sangat sejuk bila musim hujan lebat ni. Duduk rumah mek sambil minum air teh ke kopi panas yang mek buat lepas tu makan ubi kayu panas-panas, tak pun makan putu halba memang heaven (sila la google putu halba kalau tak tahu. makanan ni ade mase musim hujan je XD). Alahai mana la nak cari kat Kuantan ni =.='
Sebenarnya tak ada apa nak taip tapi rasa nak menulis.
Waktu antara mustajab doa ialah bilamana hujan turun. Bila nampak hujan turun, marilah banyakkan doa ye ^.^
.......
"Bunga tu, waktu hendak tunggu dia mekar, kita rasa terseksa dengan kelambatannya. Tapi, bila dia dah mekar indah, kita seakan merasakan bahawa sebelum itu kita tak pernah terseksa menunggunya."
.Hilal Asyraf.
Mekarlah wahai bunga dengan hujan yang merintik turun....
Thursday, November 27, 2014
PRK 2014
Allah. Lama tak menulis sesuatu di sini. Hari ini, terasa nak mencoret serba sedikit kisah mengenai pilihanraya kampus UIA Kuantan 2014 yang telah diadakan pada 20 November 2014 yang lalu.
Sebelum saya berkongsi cerita, izinkan saya kongsikan satu video yang insyaAllah sangat bermanfaat. Satu video yang dirakam ketika sesi Sembang Jumaat dan disampaikan oleh sahabat baik saya yang solehah, Najah Solihah. Hebat sungguh ukhti hihi ^.^
Sebelum saya berkongsi cerita, izinkan saya kongsikan satu video yang insyaAllah sangat bermanfaat. Satu video yang dirakam ketika sesi Sembang Jumaat dan disampaikan oleh sahabat baik saya yang solehah, Najah Solihah. Hebat sungguh ukhti hihi ^.^
Tergerak hati untuk berkongsi di sini sebab dulu pernah kongsi cerita tentang Pilihanraya Kampus UIA Kuantan 2013. Kali ini ingin berkongsi kenangan pada tahun 2014 yang mungkin ada sedikit kenangan manis buat saya, ye la kakak tahun akhir la katakan. Tahun depan dah tak dapat rasa bergerak kerja untuk PRK dah kan.
Untuk kuliyah kami, tahun ini ada 4 calon yang bertanding. Keempat-empat calon masyaAllah soleh solehah serta hebat gerak kerjanya. Rambang mata nak pilih. Apapun, hanya 2 calon yang boleh dipilih dan rasanya saya dah buat pilihan terbaik dah hehe.
Untuk kuliyah kami, tahun ini ada 4 calon yang bertanding. Keempat-empat calon masyaAllah soleh solehah serta hebat gerak kerjanya. Rambang mata nak pilih. Apapun, hanya 2 calon yang boleh dipilih dan rasanya saya dah buat pilihan terbaik dah hehe.
Tahun ini, saya diamanahkan untuk terlibat sebagai salah seorang CA (counting agent) semasa sesi pengiraan undi berlangsung. Sesi pengiraan undi berlangsung sejurus selepas masa pengundian tamat. Berdebar jugak jadi CA ni. Kena sangat teliti dan peka. Alhamdulillah, ianya bejalan dengan sangat lancar. Pengalaman pertama dan terakhir untuk menjadi CA untuk PRK. Nice moment indeed.

Jika kita rujuk balik sirah, sejurus Rasulullah s.a.w. wafat, perkara awal yang dilaksanakan oleh para sahabat adalah MELANTIK PEMIMPIN untuk menggantikan baginda. Betapa pentingnya melantik pemimpin itu sendiri. Jadinya, penting juga kita sebagai warga kampus, untuk memilih pemimpin yang QAWIYUL AMIN untuk menjadi pemimpin buat kita semasa di kampus.
Tahniah dan tahziah buat adik-adik yang terpilih sebagai YB. Selamat bekerja adik-adik!
Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
Kepimpinan (Al Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Last but not least, nak letak gambar sebagai kenangan di blog kesayangan. Gambar kali terakhir mengundi zaman bergelar pelajar bersama sahabat seperjuangan tersayang, Izzati :)

Doakan kakak tahun akhir ini dipermudahkan segalam urusan ye :)
notakaki :: homesicknyaaaa.. nak balik kelate T.T
Tuesday, November 25, 2014
juga buatmu
"Can I ask you one thing?"
"What?"
"Put me in your du'a."
"Okay. But why?"
"Because I will put you in my du'a. We'll meet there."
.....
Malaikat akan aminkan sahabat yang mendoakan sahabat lain sambil berkata, "juga buatmu.."
Moga Allah kurniakan kita hati yang suci bersih yang sentiasa melihat kebaikan orang lain serta sentiasa mendoakan kebaikan orang lain ^.^
Moga Allah kurniakan kita hati yang suci bersih yang sentiasa melihat kebaikan orang lain serta sentiasa mendoakan kebaikan orang lain ^.^
Monday, October 6, 2014
anak soleh solehah
Pertama kali melihat video ini ketika berada dalam satu program tarbiyyah yang diikuti. Beberapa bulan yang lalu mungkin. Tapi masa tu, sangat penat sebab hari dah malam, terpaksa melayan karenah adik-adik dari pagi lagi. Tak fokus. Alhamdulillah, sahabat yang menayangkan video ini pada adik-adik berkongsi link YouTube untuk saya lihat sekali lagi.
Melihat video dan mendengar kisah yang diceritakan dalam video in buat air mata ini gugur. Sungguh, penyampaian Ustaz Dusuki memang tak pernah mengecawakan hati.
Bait-bait yang ditutur oleh Ustaz Dusuki yang buat hati ini tersentuh,
"ngaji la tinggi mano pun, belajar la hebat lagu mano pun. tika kami x dok, mung kena mmandi mayat kami, time kami x dok, kubur kami ni jange sunyi dari doa pok2x mung"
Teringat satu hadith yang mungkin semua orang pernah dengar. Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Benarlah, anak soleh solehah itu aset buat ibu bapa. Moga kita tergolong dalam kalangan anak soleh solehah buat ibu ayah. Moga kita juga diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat yang soleh solehah, yang dapat jadi pembela di alam kubur dan di akhirat sana yang kekal abadi.
Saya berpegang pada kata-kata, "Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today"
Selalu juga amalkan doa Nabi Ibrahim yang dirakam dalam Surah As-Saffat, ayat ke 100.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”
Moga Allah bagi saya kekuatan dan petunjuk untuk jadi anak yang solehah buat umi abah :)
Dengar taw video ni. InsyaAllah bermanfaat ^.^
Satu lagi, sambil baca post ni, minta tolong doakan sekali ye hihik ^.^
p/s :: parking video ni di blog khas untuk tatapan diri sendiri sebenarnya, dan harapnya bermanfaat jugak buat readers. dan moga, nanti saya tua-tua, bila saya tengok balik post ni, Allah dah kurniakan saya dengan zuriat soleh solehah. saya juga berimpian cerita dalam video ni jadi kisah kami adik-beradik. ameen :)
Sunday, October 5, 2014
haramain
LabbaikAllah Humma Labbaik
LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak
Setiap kali terdengar bait-bait ini, hati meronta. Ya Allah, rezekikan aku ke sana. Ke Tanah SuciMu.
Moga diri ini bisa menjadi tetamu di haramain. Ya Allah, panjangkan umurku dan rezekikan aku untuk sampai ke tanah haram itu.
Moga Kau makbulkan doaku :)
Selamat Hari Raya Aidiladha. Banyakkan takbir, tasbih dan tahmid.
Wednesday, September 24, 2014
sempurna
O Allah, I want to walk together with those whose hearts are Yours and willing to learn along the journey. No, I don't seek for perfection because I am not perfect either...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















