Friday, March 11, 2011

kita nanti akan tua

Hari Khamis. Saya menemani umi mengambil adik saya, Najihah di MTS (Maahad Tahfiz Sains) Tanah Merah. Almaklumlah cuti sekolah next week. Umi kena ambil adik sebab abah ada meeting di KL. Bertolak dalam waktu petang, so balik pun lambat la, dalam dekat-dekat nak maghrib.

Oleh sebab nak ambil adik saya, Imran (yang baru habis bermain futsal bersama rakan sekolahnya) yang ada di rumah mek(nenek) dan ayoh(atuk), jadi kena la pergi rumah mek dulu.

Pertama kali saya pergi ke rumah mek dan ayoh sejak saya balik ke Kelantan hari Ahad yang lalu. Almaklumlah orang yang tak pandai drive ni kena ikut orang je. Tak boleh pergi sendiri-sendiri. Gembira melihat wajah mereka yang ceria menyambut kedatangan kami. Mereka hanya tinggal berdua, jadi bila ada ramai orang, cerialah sikit mereka mendengar celoteh kami semua.

Alhamdulilillah, sempat solat berjemaah bersama mek. Ayoh dah solat lebih awal. For your information, ayoh ada stroke. So, he prayed on his bed. Susahnya melihat orang yang terlantar di katil solat. Kita nanti juga akan tua, mana tahu kita mungkin akan terlantar di katil seperti itu. Saat itu, jangan kita jadikan sakit kita sebagai alasan untuk tidak solat.

Imran, adikku, menjadi imam solat kami. Dalam barisan saf, saya berada di sebelah mek. Bila mek mahu rukuk, nampak kesusahan pergerakannya. Dari rukuk ke iktidal, agak lambat pergerakannya, sebab sakit-sakit sendi. Begitu juga dengan sujud dan bagun selepas sujud, perlahan dan hati-hati pergerakannya. Saya yang berada di sebelah amat terasa movement mek dari awal hingga akhir solat. Walaupun mek bebas dari penyakit serius seperti kencing manis, sakit jantung dan lain-lain lagi, tapi still ada rasa sakit kerana umur yang makin meningkat.

Saya rasa anda pun pernah mengalami pengalaman ini bila solat berjemaah di rumah bersama nenek anda ataupun berada di sebelah warga emas di masjid tempat anda solat berjemaah. Sungguh, setiap kali saya melalui peristiwa ini, saya rasa betapa bersyukurnya nikmat sihat yang Allah kurniakan saat saya masih muda ini. Walau saya tahu, saya pasti akan melalui hari tua sama seperti mereka semua, sama seperti mek dan ayoh saya.

Oleh itu, pada muda mudi yang membaca artikel ini, janganlah anda menyalah gunakan nikmat sihat yang Allah berikan ini. Gunakan sebaiknya. Kaki yang masih lagi boleh berjalan, lawatilah taman-taman syurga (majlis ilmu), tangan yang masih lagi kuat, berbaktilah pada yang hak, mata yang masih lagi terang, bacalah dan tatapilah Al-Quran, telinga yang masih lagi aktif mendengar, gunakan ia untuk mendengar kata-kata yang bermanfaat (ceramah, selawat, zikir), mulut yang masih lagi mampu mengeluarkan suara, manfaatkan ia untuk kegunaan yang baik. Ini hanya serba sedikit contoh yang mampu insan hina ini berikan.

Jangan pernah terlintas di hati, "Ala, nanti tua nanti aku bertaubat la, aku akan memaksimumkan ibadat aku, sekarang ni enjoy dulu".

Sebab kita tak tahu adakah kita akan hidup hingga ke tua, mungkin esok ajal kita, siapa tahu? Mungkin juga kita panjang umur, sampai tua kita hidup. Tapi, ingatlah, saat itu, nikmat sihat sedikit demi sedikit akan ditarik. Saat itu, kita bukan insan yang bertenaga seperti hari ini.


notakaki :: Mek berkongsi resepi Ketupat Sotong. Senang je rupanya tapi tak pernah nak buat. Lama dah mengidam, insyaAllah nanti nak buat...

Wednesday, March 9, 2011

satu kesilapan

Situasi 1:

A: Eh, wanita wajib ke pakai stokin.

B: Aku tak pasti pasal hukum hakam ni, tapi setahu aku wanita hanya boleh dedahkan muka dan tapak tangan je.

A: Tapi hari tu aku pergi pasar, aku jumpa makcik pakai jubah, tudung labuh, dia tak pakai stokin pon, tak tutup pon kaki dia.

B: …………

Situasi 2:

A: Eh, wajib ke tutup aurat dengan abang ipar?

B: Aah. Wajib tutup aurat dengan abang ipar, sebab kita bukan muhrim dia.

A: Tapi ada kawan aku tu, budak baik. Memang jaga lah aurat dia, dia cakap depan abang ipar dia tak paka tudung pun.

B: ………………………

Situasi 3 :

A: Eh, keluar berdua-duaan dengan makwe tak baik kan?

B : Aah. Kita dilarang berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim kita.

A: Tapi kenapa ketua Badar ( Badan Dakwah dan Rohani) sekolah aku dulu selamba je dating ngan makwe dia.

B: …………………….

Satu kesilapan umat islam zaman sekarang adalah melihat islam itu pada diri seseorang. Seseorang yang dicop budak dakwah dan budak baik akan dijadikan sebagai hujah untuk menyokong hujah yang dicipta sendiri. Ya, ia berlaku kerana adanya umat islam yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya, mengambil perkara yang dirasakan mudah dilakukan sahaja. Telah berfirman Allah s.w.t dalam al-quran;

” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]

Allah s.w.t telah mengingatkan kita untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Tidak ada firman yang memerintahkan umat islam untuk memilih melakukan perintah mana yang dirasakan sesuai.

Bagi yang merasakan berat untuk menutup aurat sepenuhnya, bagi yang rasa berat untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, usah menciptakan hujah sendiri, jangan budak dakwah dijadikan bahan untuk membuktikan hujah anda betul.

Kerana manusia itu tidak semua sempurna, jangan meletakkan kepercayaan anda pada islam melalui seseorang manusia sahaja.

Kerana Islam itu agama yang sangat suci, yakinilah bahawa setiap yang ada pada islam itu punya hikmah untuk memberi kebaikan kepada kita dan seluruh umat Islam.


Article taken HERE.

Tuesday, March 8, 2011

melihat kisah hidup orang lain

Kalau kita dengar realiti kehidupan orang miskin dan banyak kekurangan dari kehidupan yang kita rasa sekarang, baru kita tahu betapa bertuahnya hidup kita.

Lepas umi habis sekolah, biasalah, kami akan berkumpul dan berbual. Umi cerita, lepas habis sekolah, umi bawa 2 anak muridnya ke Wafi Optometrist untuk anak muridnya tu buat cermin mata. Oleh kerana mereka ni anak orang miskin, jadi kos untuk buat cermin mata ini akan ditanggung oleh sekolah. Umi pegang bahagian kebajikan di sekolah, so memang rutin bawa murid-muridnya ke tempat buat spec ni.

Oleh kerana umi cikgu kebajikan juga, banyak kisah yang umi selalu cerita tentang kedaifan dan kemiskinan anak-anak muridnya yang selalu buat saya rasa, betapa bertuahnya diri ini.

Salah seorang anak murid umi ni, ibu bapanya bercerai. Kini, dia tinggal bersama bapanya. Bapanya hanya kerja di kilang batik. Menurut umi, bapanya jenis yang 'baik' dan agak lurus bendul, jadi majikan di tempat kerjanya kadangkala bagi gaji, kadangkala tak bagi gaji. Ada juga jenis majikan yang macam ni, bukan nak tolong orang miskin, tapi menganiayai orang miskin.

Bila umi cerita tentang ibunya, lagi buat diri ini sedih. Terfikir di benak fikiran, ada juga jenis ibu yang macam ni. Bagiku, ibulah tempat segala-segalanya. Ibulah insan tempat meluah perasaan, insan yang akan mendidik dan mengasuh anak, menyediakan makanan, meyediakan segala keperluan yang lain, dan banyak lagi tugas ibu yag tak mampu saya huraikan.

Syukur saya punya ibu yang begitu penyayang dan menjaga segala kebajikan anak-anaknya. Bercakap mengenai ibu pelajar tadi, bagi saya agak jahat. Selepas ibunya bercerai dengan ayahnya, ibunya berkahwin dengan mamat Pakistan. Selepas mendapat 2 orang anak, bercerai lagi. Kini, menurut anak murid umi, ibunya akan berkahwin lagi dengan mamat Arab pula dalam masa yang terdekat.

Ibunya bukan jenis yang prihatin. Hinggakan beras, makanan, dan duit yang ada di rumah bekas suaminya (ayah kepada anak murid umi) pun dikebasnya. Hinggakan mereka tiada duit dan barang makanan untuk makan. Kadangkala, beberapa hari mereka tak menjamah nasi. Umi cerita lagi, ibunya selalu memarahi dan memaki hamun anak murid umi ni tanpa sebab. Menurut umi, anak murid umi ni seorang pelajar yang baik, walaupun agak tak pandai, sebab berada di kelas yang paling hujung.

Zalimnya manusia! Zalimnya perlakuan seorang ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan!

Tragisnya kisah keluarga mereka. Bersyukur aku punya keluarga yang penyayang, yang bagiku lengkap segalanya. Memang, bukan segala yang kita ada sempurna, tapi, bila kita melihat betapa kurangnya kehidupan manusia di luar sana, kita akan rasa betapa sempurnanya hidup kita.

Kadangkala kita perlu melihat orang yang di bawah kita untuk mengetahui betapa nikmatnya hidup kita, betapa bersyukurnya dengan apa apa yang kita punya sekarang.

Abah pun selalu cakap, tengok kehidupan orang miskin, bantu mereka. Oleh kerana saya pun tinggal di kampung, banyak kehidupan orang miskin di kampung ini yang selalu buat diri ini rasa cukup dengan apa yang ada.

Konklusinya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.


notakaki :: Sedih bila umi cakap kat rumah anak muridnya tu tak pernah pun ada susu pekat manis :(

Sunday, March 6, 2011

bersama mereka

Malam ni baru tergerak hati nak update blog. Memang kalau nama dah duduk kat rumah, banyak lagi benda lain yang saya kena buat. Hari ni saya nak bercerita lawatan sambil belajar (hoho, skema molek...) saya ke Shah Alam ye. Saya ada mood nak menulis ni, so panjang cerita ni. Kalau rasa malas nak baca, tak yah baca. Saya letak dalam blog ni pun untuk tatapan saya pada masa kana datang.

Sebelum tu, saya nak cakap yang saya sayang mereka.

Sebelum ni, dah lama plan untuk ke UiTM melawat bestfriend saya, Cep Ten dan juga adik/bestfriend/girlfriend/makwe saya, Isna Athirah. Alhamdulillah, akhir semester 5 di UIA, saya berkesempatan juga ke tempat mereka. Mulanya, plan nak pergi sorang-sorang, tapi, pada satu pagi berchatting-chatting dengan budak mangsa riots di Mesir yang sorang ni, dia nak join. So, kiranya kami pergi berdua ke sana.

Memandangkan Atikah masih lagi di Kelantan, so, dia bertolak dari Kelantan malam Isnin. Pagi hari Selasa, 1.3.2011, saya dan Cik Ti (mak saudara) pergi ambil dia di Hentian Putra. Hari Rabu, sebelum ke UiTM, kami ke Times Square.

Menunggu Tikah yang tengah
mencuba baju di fitting room

Petangnya, baru bertolak naik KTM komuter ke UiTM. Dah la tersalah naik komuter. Sampai kat Serdang baru perasan yang kami tersalah lane. Patut naik komuter yang menghala ke Port Klang, ni tak, naik yang ke Seremban. Ni la padahnya kalau tidur dalam komuter. Honestly, saya memang pening dengan jalan-jalan komuter ni. Mujurlah pergi dua orang, kalau pergi sorang tak ke bahaya tetiba sampai Seremban sorang-sorang.

Petangnya, sampailah kami ke UiTM Shah Alam. Masuk je gate UiTM, dah nampak ramai yang pakai pelik-pelik, rambut berwarna-warni, baju pulak macam sarung nangka saya nampak sorang-sorang. Oh, i forgot, i'm at UiTM right now, not at UIA la. Melihat realiti sebenar dunia luar. Cep Ten yang menyambut kami dan membawa kami ke bilik Isna. Memang happy tahap apa la bila jumpa Isna ni. Ceh, bajet cam lama tak jumpa. Walhal, hari Ahad tu dah jumpa Isna kat Mid Valley masa celebrate birthday saya.

Malam tu saya ke DC, eh Dataran Cinta untuk makan malam. Sekali lagi, saya nampak pemandangan yang sama semasa saya berada di UTP dahulu, ramai couple-couple yang duduk berdua-duaan makan di meja, satu pemandangan yang amat saya benci. Lupa nak cerita, malam tu ada pesta ke hape ntah nama dia, tapi banyak la gerai-gerai yang menjual makanan, baju, tudung dan banyak lagi la. Pastu, yang buat saya sakit telinga ialah bila mendengar budak-budak kat sana yang memekik berkaroeke tengah-tengah orang ramai. Ada yang dedikasikan lagu buat makwe dan pakwe tersayang. Benci, benci... Tapi hanya mampu membenci dalam hati. Lemahnya aku. Buat bodoh je la, kami bertiga tengah berwindow shopping time ni.

Hari Khamis, tengah hari kami sekali lagi ke DC. Saya, Tikah dan Cep Ten. Time ni Isna ada kelas. Plannya nak lunch, tapi oleh sebab makanan dah banyak yang habis, so kami pun naik ke bilik tunaikan kewajipan solat Zohor dulu, lepas tu terus ke Seksyen 2. Masa ni Isna pun dah join sebab dia dah habis kelas :) Di Seksyen 2, sebelum makan, kami menuggu kedatangan Faiezah, si budak JAD (Japanese Associate Degree) ni. Selepas Faiezah datang, kami pun makan. Berselera sungguh makan sebab tak breakfast pun lagi hari ni.

Lepas makan, kami buat kerja gila. Kerja gila bagi aku la. Tak payah la cerita kat sini, it just between me and all of them. Serious, i think this is the first and last for me. Korang pun tahu kan aku macam mana. Hehe.. Tak boleh, kang teraddicted kang susah semua orang. But seriously, i do had fun with all of you.

Lepas tu, kami jalan-jalan kat PAS tu, bukan bangunan PAS ye, tapi shortform kepada Plaza Alam Sentral. Walau kami hanya berwindow shopping, tapi bila berwindow shopping bersama orang yang kita sayang, rasa sangat bermakna.

Adik dan kakak
mengusha baju kawen

Cep Ten buat muka cute

Tikah dan Faiezah di First Lady

Dah nak dekat maghrib, kami pulang ke UiTM. Kena balik cepat sebab Isna ada presentation malam ni. So, dia tak akan join kami semua ke iCity malam nanti.

Kami berangkat ke iCity selepas Isyak. Dari UiTM, saya, Tikah, Cep Ten, Faizah dan Mimi. 5 orang semuanya. Geng AE dan VV. Sampai di sana, kami berjumpa dengan Hanis. So, berjalan-jalanlah kami di iCity tu berenam. iCity tak de la best sangat, cuma tempat tu sangat cantik bila nampak dalam gambar. Oleh kerana kami semua ni memang gila gambar, pantang nampak tempat yang menarik je, mesti nak ambil gambar. Itu memang fitrah budak Naim kot. Allergic dengan kamera, mesti ada reaction.

Ok, malas nak cerita panjang-panjang. Pictures do tells more than words right? So, jom layan gambar.

Kami berenam

Overexcited

Selepas tu, saya dan Tikah tak balik ke UiTM, sebab nak merasa tidur di apartment bebudak JAD, tempat Faiezah. Terliur jugak nampak Eti tidur di apartment tu. Alang-alang ke Shah Alam, melawat mana-mana Naimians yang ada kat sana.

Keesokan harinya, kami balik ke UiTM naik bas bebudak JAD. Mereka ada latihan gamelan di UiTM. Segannya naik bas tu, dah la kami paling lambat sekali. Terima kasih bebudak JAD kerana setia menunggu kami yang lambat ni.

Sampai di UiTM, menunggu Isna di kawasan dekat bebudak JAD berlatih gamelan. Isna datang dan bawa kami berjalan-jalan di sekitar kawasan UiTM. Lalu kat satu tempat ni, ada bebudak course counselling katanya tengah buat Psikologi Test. Banyak test, ada Test Kerjaya, Test Warna, Test Gaya Bercinta dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak test, boleh pulak terambil Test Cinta. Haiya! Soalan ni memang untuk yang bercinta. Banyak pulak tu,ada la dalam 60 soalan. Jawab je la, even memang tak de pengalaman bercinta. Part soalan yang ada word kekasih tu saya tukar pada suami. Aci tak? Kan dah cakap saya nak bercinta after kawen. Cinta halal lagi indah selepas kawen, tak gitu? Cewah..

After buat test tu, ada la salah seorang dari mereka yang akan menerangkan apa maksud kepada markah yang kita jawab tu. Akak tu bercerita panjang lebar, tak ingat pulak nak rekod. Tapi rasa memang betul. Ini bukan ramalan ye, ini berdasarkan psikologi kita. Nama lagi psikologi test kan. Tak nak la berkongsi kat sini, segan~ Tengok la sendiri hasilnya kat bawah ni.

My result

Tengah khusyuk buat test

Lepas tu kami bertiga ke bagunan HEP. Menunggu Faiezah habis practise gamelan. Sambil-sambil tu mendengar cerita Isna yang panjang lebar. Menjadi pendengar dan pemberi cadangan setia. I think no need to share it here. It just between us.

Kami ke DC, sekali lagi untuk makan. Jauh berjalan, dari bangunan HEP ke DC tu jauh taw. Tapi tak boring, sepanjang perjalanan banyak cerita yang didengar dan dikongsi bersama Isna sebab masa ni saya jalan berduaan dengan Isna, meninggalkan Faiezah dan Tikah di belakang.

Lepas lunch, naik ke bilik Isna untuk solat Zohor. Isna ada kelas time ni, so hanya tinggal saya, Cep Ten dan Tikah. Berkongsi cerita. Tahu pasal masing-masing punya secret. Serius rasa macam duduk kat Naim lagi.

Dalam dekat-dekat pukul 4, kami pulang dengan berat hati meninggalkan UiTM Shah Alam. Meninggalkan mereka. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan melawat kamu semua lagi. Kalau rindu moments itu, saya akan lihat gambar yang ada dalam lappy ataupun hp. Sebab tu saya suka gambar, it do tells more than words.

Oh, lupa cakap. I got birthday present from Tikah. I do love that bag. Beg ni saya berkenan masa tengah shopping kat TS. Tapi tak beli sebab dalam proses berjimat cermat. At last, i got that bag. Tak tahu bila masa dia beli. Thanks taw~




notakaki :: Jadi surirumah ni penat jugak. Penat-penat pun, jangan lupa misi kamu nak habiskan baca buku yang bertimbun kat rumah ni.

Tuesday, March 1, 2011

cuti oh cuti


Ini nasihat dari seorang sahabat untuk cuti yang bakal diharungi berbulan-bulan ni. Rasa mahu berkongsi dengan readers yang lain.

SELAMAT BERCUTI.
Manfaatkan cuti dengan syariatNYA kerana tiada istilah cuti dalam kamus hidup seorang pejuang muslim. Allah tak pernah berehat dari mengawasi kita & malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita. Masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai dan sentuhnya lagi. Sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau facebook.
Ingat, KEWAJIPAN ITU LEBIH BANYAK DARI WAKTU.
الواجبات أكثر من الوقت

Jap, jap, nampak tak apa yang tertulis dalam gambar tu? Sebab saya nak fokuskan isi kandungan dalam gambar di atas sebenarnya. Meh saya tolong cakap. Jom kita sama-sama lakukan di masa cuti, masa lapang yang Allah beri kat kita.

Tarbiyyah
- Berusaha tingkatkan kualiti ibadat wajib
- Istiqamah denganibadat sunat
- Qiam seminggu sekali
- Jaga solat jemaah

Thaqofah
- Hadam 1 buku, 1 minggu
- Bedah sirah hidup Nabi
- Dengar kuliah / ceramah

Sahsiah
- Jadi anak yang soleh dan solehah
- Bantu adik-adik dalam pelajaran dan ajar Quran

Jasadiyah
- Jangan makan dan tidur terlalu banyak
- Peruntukan masa untuk riadhah

Ukhuwah
- Mesej sahabat-sahabat seminggu sekali
- Doakan sahabat-sahabat

Siasah
- Ikuti isu semasa
- Diskusi dengan sahabat-sahabat

Quran
- Baca Quran at least 5 muka sehari
- Baca tafsir Al-Quran
- Dalami & ambil ibrah dari kisah dalam Al-Quran

Skill
- Maksimumkan bakat diri. Cth : bakat menulis, ICT, memasak, deliver speech, memandu.

Jejomz kita manfaatkan cuti. Mekasih Najah Solehah for the sharing!


notakaki :: Adik saya Imran, lepas SPM tinggal kat masjid untuk habiskan hafal Quran. Alhamdulillah, misinya tercapai. Kini, tinggal lagi menanti result SPM. Moga dia dapat yang terbaik. Saya tahu dia sangat-sangat berusaha untuk jaga akademik dan Qurannya. Sama-sama doakan ~~

Monday, February 28, 2011

sedih, berita, sejarah

Habis sudah sem 5 di UIA. Masih lagi di KL. Specifically rumah cik ti. Hari ni lepas subuh tidur. Boring dok rumah sorang-sorang. Cik ti kerja. Ingat nak masak tapi tak ada bahan mentah. So plan cancel. Bangun lewat. Penat dan sakit belakang sebab semalam angkat barang dari tingkat 4. Berkotak-kotak angkat. Kalau abah tahu kakak angkat kotak mesti abah marah punya. Ada la dalam 7 kali rasanya turun naik. Hoho, slim la aku pasni ~~

Online. Terasa nak membaca arkib Utusan. Yelah, saya ni memang 'suka' Utusan ni.

Sedih membaca artikel ini. Artikel dalam arkib Utusan, 16 haribulan dua 2010, bahagian rencana. Artikel tentang Kamal Artartuk. Sila baca. Saya dah linkkan ni.

Kamal Artartuk. Anda kenal ke? Buat yang kenal, rasanya tak akan ada istilah sayang pada jasad ini. Benci. Benci kerana dialah yang menghilangkan suatu yang besar bagi umat Islam. Benci kerana dialah yang menggulingkan Khilafah Islamiyah. Benci kerana dialah menjatuhkan Islam. Saya pun tahu akan Kamal Artartuk ni masa usrah di UTP suatu masa dulu. Umur saya tika itu 18 tahun. Agak lewat saya kenal seorang yang pernah menjatuhkan Islam. Agak lewat saya kenal seorang yang patut saya benci.

Memang sedih tahap apa la bila Kamal Artartuk diipuja, dijunjung dan disanjung oleh ramai orang. Yang paling tak tahan bila artikel ini tersiar di dalam akhbar. Kalau orang yang membaca akhbar ini seorang yang tak tahu apa-apa tentang Kamal Artartuk dan sejarah Islam, mungkin dia juga akan puja dan sanjung Kamal Artartuk. Kalau orang yang membaca artikel ini seorang yang suka akan sejarah, dia akan terpegun melihat 'kegemilangan' sejarah Kamal Artartuk.

See, pentingnya peranan sebuah artikel dalam sebuah akhbar. Kalau berita yang sahih macam ini pun sudah ada unsur putar belit fakta, berita lain macam mana ye? Anda fikir-fikir sendiri la ye.

Kini, kita sudah tiada khilafah. Setiap dari kita berperanan menaikkan kembali khilafah, menaikkan kembali Islam. Semua muslim yang bergelar daei sedang memikul satu tanggungjawab yang berat, untuk mengembalikan khilafah islamiyyah kembali pada tempatnya.

Sejarah. Benda yang amat penting. Dulu saya memang tak minat sejarah. Belajar sebab nak exam. Saya rasa macam belajar benda yang lapuk. Tapi, kini,baru ada kesedaran. Sejarah benda yang akan berulang. Teringat kata-kata Ustaz Syaari, sejarah ini umpama roda. Satu tika di atas, dan satu tika di bawah. Kita dulu pernah gemilang dengan Khilafah Islamiyah. Menakluk 2/3 dunia. Kita dulu pernah di atas roda. Kini kita di bawah. Satu hari nanti insyaAllah kita akan berada di roda yang di atas. . Benda itu pasti berulang. Percaya benda itu akan berulang. Moga kita semua ada usaha untu mengembalikan kegemilangan Islam.

Tiba-tiba teringat lirik lagu Maher Zain dalam lagu Awaken, "We forgot to teach our children about history''

Maher Zain pun telah sampaikan mesej kepada kita bahawa betapa pentingnya belajar sejarah dan sampaikan kepada anak-anak kita nanti. Bedtime story tu masa untuk bercerita tentang sejarah Islam, bukan cerita Cinderella, Mickey Mouse dan sebagainya.
Tapi sebelum tu, cari ilmu untuk diri sendiri. Korek-korek dan gali sejarah Islam dan para anbiya'dulu. Khas ditujukan buat diri sendiri.

Satu lagi pengajaran. Cari sumber bacaan yang sahih dalam mencari fakta yang sebenar dan juga tentang keadaan semasa. Bukan sumber bacaan yang boleh membuat kita pening dengan fakta yang diputar belitkan.


notakaki :: Cik Atikah akan bertolak malam ni dari Kelantan dan sampai esok pagi. Esok kena g ambil dia di Hentian Putra. InsyaAllah kami akan ke UiTM Shah Alam hari Rabu.

Sunday, February 27, 2011

20 february in memory..

20 Februari 2011. Tarikh ini, genaplah umurku 20 tahun. Tarikh 27 Februari baru update blog sebab ada hal lain yang lebih penting.

Cerita di hari itu

Terima kasih pada semua yang mengingati hari ini dan mengucapkan ucapan hari lahir. Sungguh, saya rasa terharu. Fareeza, you're the first to wish for my birthday. I guess it exactly on 12 a.m. Untuk mereka yang sanggup call, terima kasih. Walau ada yang saya tak angkat sebab silentkan phone (saya suka silent phone kalau study.ini nak menyatakan yang saya tengah study nih pukul 12 malam nih.hee) dan saya tak call balik sebab kredit tak berapa cukup, tapi tahulah, saya amat menghargai anda semua. Diri ini rasa cukup dihargai.

Untuk yang memberi ucapan di Facebook juga, terima kasih saya ucapkan. Saya hanya mampu menge'like' dan tak sempat komen semua oleh sebab kekangan masa (budget busy..). Terima kasih kenalan FB semuanya.

20 februari itu, hari ahad, dalam study week. Memang saya plan untuk study. Sungguh, saya rasa tak mahu campur dengan urusan lain. Tapi memang ini fitrah seorang pelajar kan, memang dah tanggungjawab, study week tu study la kan. Tapi, plan nampaknya untuk study tak begitu menjadi hari itu. Mulanya, saya memang tak mahu ke Mid Valley sebab saya memang mudah letih, so takut tak boleh concentrate study. Jadi, ajakan teman-teman ke Mid Valley saya tolak. Tapi, dapat call dari Cep Ten menggodaku untu pergi. Memang, tak boleh dengar orang pujuk-pujuk, terus cair. So, hari ahad, saya ke Mid Valley bersama Izzati tersayang yang sanggup teman saya ke Mid Valley.

Tak perlu diceritakan secara detail apa yang berlaku di sana. One word that i can describe is HAPPY. Kalau budak Naim berjumpa, memang happening jadinya. Jujur saya katakan, gembira bertemu kalian semua. Gembira mendengar telatah kalian, melihat wajah ceria yang saya sayang semuanya. Sungguh, kalian membuat diri ini gembira di hari jadiku yang ke-20. Hadiah dan kek yang disajikan sangat kuhargai, sangat, sangat, tapi itu tak penting bagiku, yang penting, kalian gembira. Puas melihat kalian gembira. Isna, Eti, Widad, Cep Ten, Faiezah, Hanis, thanks for everything.

Sengih tersenyum puas balik ke UIA ditemani Eti dan Faizah. Eti ni lepas hantar saya terus ke UNISEL, ikut Faizah. Takpe, takpe, aku kena sabar, tak leh g derak kokse sebab aku nok pekso kan Eti.

Saat ini roomate dan beberapa kawan yang lain yang selalu berkumpul di bilik masih lagi tak wish birthday. Tak puas hati ni. Rupanya mereka ada plan lain. Memang hebat la plan Najah, Aqilah dan Maisarah sampai boleh buat diri ni menangis. Memang mantoop kalau APM dan PC bergabung. Terkena juga prank mereka. Huh! Tak nak cerita lebih-lebih pasal prank tu, tapi serius, memang saya ingat benda tu betul. Aduh, mudoh la cayo tirah wei! Pelakon-pelakon yang menjayakan siri Bang Bang Boom ini juga hebat semuanya. Muka memang serius, macam ingat macam betul. Apapun, terima kasih sebab buat diri ini menangis, eh, eh, taklah, sebab buat saya gembira pada hari itu. Suka dengan kad itu~~

Sedikit coretan dari kad itu....

Buat panglima yang gagah berani,
moga tercapai segala cita-cita,
jangan lupa kenangan di sini,
5 sem bersama, selamanya terasa.

p/s : Hanya kami yang faham apakah di sebalik maksud panglima itu. Hee~~

Terima kasih Najah, Qilah, Sarah, Mirah, Aina, Kak Mun, Fatin, Syahirah, Ilyana dan semuanya. Saya akan ingat prank ini sampai bila-bila.

Terima kasih

Ucapan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Doakan saya berjaya dunia akhirat. Doakan saya memanfaatkan hari-hari yang masih tinggal dengan sebaiknya sebelum nyawa yang dipinjam ini diambil.

Untuk hadiah, kek dan juga prank, terima kasih juga saya ucapkan.

Among the presents

Kek. Tak reti dah cam mana nak rotate.
Rotate banyak kali pun camni jugak jadinya.
Sorry mensengetkan kepala anda.

Sekadar renungan

Teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari,

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

Allahhurabbi, membaca kata-kata terbit dari benak seorang ulama' ini buat ku terfikir, agak-agaknya berapa umurku disisiNya?

Hina rasa diri ini. Tapi, alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus beramal dan beribadat untukNya. Doakan diri ini menjadi lebih baik dan berjaya dunia akhirat. Hanya itu tujuan diri ini.


notakaki :: Masih berada di KL. InsyaAllah akan ke UiTM Shah Alam melawat sahabat tersayang. Kekalkan ikatan kami Ya Allah. Aku sayang mereka.

notakaki :: Tak faham dengan pakcik N ni. Hang tau ke tak sapa Yusof Al-Qardhawi dan Ikhwanul Muslimeen tu? Jangan cakap semborono je tanpa usul periksa. Nanti kena soal kat sana , nak jawab apa? Haih la, macam - macam satu malaysia!

Sunday, February 13, 2011

jatuhnya Husni Mubarak!


Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Setelah 18 hari rakyat Mesir berdemonstrasi, setelah ramai yang gugur, akhirnya pemimpim zalim itu jatuh jua setelah 30 tahun memerintah Mesir.

30 tahun! Such a long period. Mengaut harta rakyat sehingga kini dinobatkan manusia terkaya dunia, mengalahi Bill Gates, jutawan Microsoft. Beliau zalim pada rakyatnya, juga zalim pada seluruh umat Islam sedunia apabila bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh ummat Palestin yang tidak berdosa.

Di dalam negaranya sendiri, selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa dikesan kerana dituduh menentang kerajaan. Ini serba sedikit kezaliman Husni, untuk tahu lebih lanjut, sila baca. Ditujukan buat diri sendiri juga.

Akhirnya kebangkitan rakyat di Mesir telah membuktikan bahawa rakyat mampu membawa perubahan! Kita berdoa mudah-mudahan selepas ini Mesir berjaya membentuk kepimpinan yang akan mendaulatkan Islam secara total, bukan lagi Islam hanya pada namanya. Hanya Islam yang total yang akan menjanjikan keadilan, ketelusan dan pembelaan buat rakyat.

Moga pengganti yang mengamalkan ISLAM secara TOTAL akan naik, bukan hanya ISLAM pada nama tapi langsung tak mengamalkan ISLAM. Moga ISLAM bangkit!

12 Feb, tarikh keramat.

12 Feb 2011, turunnya Hosni Mubarak dari pemerintahan Mesir.

12 Feb 1949, perginya Al-syahid Imam Hasan Al-Banna.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin pada 12 Februari 1949.

Moga ISLAM mencapai kemenangan!

Sunday, February 6, 2011

cuti raya cina

Sekadar berkongsi cerita 3 hari bercuti. Family datang malam Rabu, so malam Rabu memang tak tidur UIA dah.

.. Khamis ..

Pagi. Kami sekeluarga ke rumah sepupu saya, Nadrah. Sebabnya, Nadrah akan fly ke New Zealand 14 haribulan 2 ni. So, ini kali terakhir umi abah dan adik-adik saya yang lain berjumpa Nadrah sebelum dia meneruskan pengajiannya di NZ. Saya, insyaAllah sempat lagi jumpa dengan Nadrah next week. Tu pun kalau ada orang rajin ambik. Ngee~

Petang. Kami ke Taman Tasik Perdana. Pergi kejap je. Sempat ke KL Bird Park je. Tapi lihat pada logonya, "The World's Largest Free-flight Walk-in Aviary". Nampak macam best. Tapi serius memang best la bird park tu. Berbaloi rasanya bayar RM 20 per person. Cuma sebab kami pergi kejap. Tapi alhamdulillah sempat explore semua. Saya.. ops i mean, kami sekeluarga memang suka tempat yang ala-ala nature ni. Tenang. Even taman tu tengah bandar tapi tak rasa macam kat tengah bandar. Cumanya rasa cam tak puas hati bila nampak ada sampah kat taman tu. Rasa macam nak kutip je satu-satu. Memang tak banyak, tapi agak mengotorkan pandangan mata sebab tu tempat ramai tourists dari luar negara yang datang. Mencemarkan imej la~

Burung hape ntah namanya

Tiba-tiba hinggap dekat dengan Adik. Eh, baru perasan, burung ni sama dengan burung kat atas la! Banyak-banyak burung kat situ, burung ni jugak masuk gambar.

Amir mendukung Lutfi sebab Lutfi dah letih.
Lepas Amir, turn Imtran pulak dukung Lutfi.

p/s : Gambar dalam phone tak banyak sebab battery low. Ni sebab Lutfi degil nak main game Real Football kat phone saya. Apa yang best saya pun tak tahu. Tapi ada jugak memory kat sini dalam video camera kami.

.. Jumaat ..

Pagi. Kami bergoyang-goyang kaki dan berbual-bual di rumah Cik Ti. Bagi can umi berborak dan luangkan masa dengan adik kesayangannya. Saya pun join. Suka dengar mereka berceloteh.

Tengah hari. Kami ke KLCC. Oh, i mean Suria KLCC. Tujuan utamanya nak ke Kinokuniya. Dulu pergi KLCC tak sempat pun pergi sana. So, it was our first time went to Kinokuniya. Frankly speaking, it was so big. I love it. There was a lot of books there. I mean, A LOT! Sini tak sempat nak capture gambar banyak-banyak sebab masing-masing angau tengok buku. Tapi, saya tak beli pun buku. Terliur nak beli novel tulisan Sophie Kinsella dan Man Are From Mars, Women Are From Venus, tapi memikirkan banyak lagi buku yang tak dibaca, so tak jadi beli :(

Masa tengah tunggu Abah dan anak lelakinya solat Jumaat. Pak cik ni ponteng solat jumaat! Sebenarnya takut dia hilang di tengah crowd orang ramai masa solat.

Adik. Belakang tu ada Umi tengah teman Lutfi cari buku.

Malam. Umi abah dan adik-adik semua bertolak pulang ke Kelantan. Rasa kejap je masa berlalu. Abah ada kerja nak buat dan ada meeting hari Ahad. So, kalau balik hari Sabtu takut abah penat. Saya, tak balik CFS, tapi ke rumah Cik Ti. Sedih. Tapi still bersyukur dan gembira sebab dapat jumpa mereka yang tersayang. :)

Sebab saya post entry ni pun sebab saya rindukan mereka~

Struggle for final. Lepas tu boleh balik jumpa mereka semua!

.. Sabtu ..

Bershopping-shopping dengan Cik Ti. Ala, beli barang keperluan je. Cik Ti belanja. Thanks Cik Ti!

.. Ahad ..

Akan pulang ke CFS. Sedih. Tapi gembira la jugak. Doaku, agar aku rajin berusaha untuk final dan mudahkanlah untukku menerima segala ilum, juga permudahkanlah urusan tika di medan exam 25/2 ni.

o_O

Saturday, February 5, 2011

kejayaan bukan datang tiba-tiba

Tertarik dengan artikel INI. Dibaca di laman web iluvislam. Artikel yang ditulis oleh pelajar tahun akhir perubatan di University College Dublin, Ireland.

"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it."

Dia membawa kisah Ted Williams. Saya cuba google apa kisah si Ted William ni. Ted William ni merupakan seorang pengemis. Tapi akhirnya kehidupannya bertukar 360 darjah oleh kerana suara emasnya.

Sebelum

Selepas

Bukan senang kisah hidupnya. Jadi pengemis selama 10 tahun sebelum dia ni dioffer untuk bekerja di Cleveland Cavaliers. Tapi yang pasti, dia jutawan sekarang. He is not a homeless man anymore. He can even buy a big new house with his money. Dia berjaya keluar dari belenggu kemiskinan setelah berusaha bermacam-macam. Kan dah kata, kejayaan tak datang bergolek.

Ini kisah Ted William yang saya sempat tengok di You Tube sebab tenet sini laju. Klik SINI.

Bukan nak jadikan dia perangsang untuk saya berjaya. Jauh sekali jadikan dia idola. Tapi cuma ingin lihat realiti kehidupan manusia. Realiti yang berlaku di muka bumi. Dalam kes Ted, di Ohio, US. Kejayaan di dunia tak datang bergolek. Sama juga kejayaan di akhirat sana. Usaha itu penting.

Dalam Islam, setelah berusaha sehabis baik, tawakkal dan pergantungan pada Allah jua perkara yan perlu dititik beratkan.

Doa, usaha, tawakal. Bergabung semuanya. Kekadang manusia ni lupa akan elemen usaha. Hanya berdoa dan bertawakkal. Tak cukup, tak cukup. Usaha itu sangat penting. Bersusah dahulu, bersenang kemudian.

Teringat satu hadith nabi, "Jalan ke syurga dipenuhi dengan kesusahan, jalan ke neraka dipenuhi dengan keseronokan". See, kita memang kena bersusah dulu untuk mencapai kesenangan. Baik di dunia, mahupun di akhirat sana yang kekal abadi.

Kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Kedua-duanya tak datang bergolek.

Oleh itu, sama-sama kita berusaha mencapai kejayaan DUNIA AKHIRAT.


notakaki :: Athirah, sila study sekarang. Kejayaan tak datang bergolek-golek. Anda perlu USAHA dahulu! Baca notakaki ini dengan mood x study banyak lagi, lab report pun tak siap lagi. Haish!

Friday, February 4, 2011

shaking hands



Terkejut membaca artikel INI.

Salahkah kalau seorang wanita Islam berpegang kepada prinsip untuk tidak menyentuh lelaki ajnabi.

Shaking hands. A very good manner. Memang elok. Tanda kita hormat orang lain. Satu budaya yang elok. Tapi, bolehkah kita gadaikan prinsip Islam semata-mata kita ingin menunjukkan tanda hormat pada orang lain dan meraikan budaya di Malaysia sendiri?

Rasa anda pun tahu jawapannya.

Dalam artikel diatas, orang cina, yakni orang kafir. Dia mungkin tak tahu. Saya rasa ramai lagi umat ISLAM yang mengaku Islam tapi tanpa segan silu bersalam dengan lelaki ajnabi. Kalau tak percaya, anda boleh tengok tv, tak payah tengok drama pun tak pe. Tengok berita pun dah cukup untuk kita menyaksikan segala aksi ini. Alasannya, ia budaya di Malaysia, kita perlu hormat orang lain.

Inilah yang terjadi bila Islam hanya tertera pada IC. Bukan pada jati diri. Bukan pada peribadi.

Teringat kisah senior Naim yang belajar di Texas, US. Menurutnya, ada seorang lelaki US ingin bersalam dengannya. Tapi, senior saya ni hanya tersenyum dan menunduk (bow). Dia menjelaskan yang wanita Muslim tak dibenarkan bersalam dengan lelaki ajnabi. Haram hukumya. Selepas mendengar penjelasan yang diberikan. Dia menjawab, "Oh yeah, i never know about this". Dia terus meminta maaf.

Kesimpulannya. Ada antara orang kafir tak tahu akan hukum hakam dalam Islam. Yela, nama pun kafir. Tapi ada antara mereka yang menghormati apa yang kita amalkan. Tapi ada juga antara mereka yang tahu, tapi sengaja tak mahu hormat pada umat Islam.

Peranan kita. Spread the beauty in Islam. Kita yang harus mencantikkan Islam itu sendiri. Berpegang pada prinsip Islam yang cantik itu. Jangan kita pula yang hanyut dengan budaya songsang mereka.


notakaki :: Saya perlu study sekarang. :)

mencari cinta agung


Dunia hari ini. Itulah bila manusia hanya fikirkan keseronokan dunia dan tak kisah akan halal haram. As long as they can get what they want, as long as they happy with it, they ignore the rules in Islam. Mudahnya kita membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita solat, kita puasa, kita lakukan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, tapi dalam sesetengah perkara, kita membelakangkannya, dengan mengemukakan pelbagai alasan.

Sebenarnya, saya sedih melihat ramai rakan-rakan terkandas dengan cinta lelaki yang tak HALAL. Mereka tahu, tapi mereka sengaja buat-buat tak tahu dan menghalalkan segala apa yang mereka lakukan. Tidak takutkah kita dengan azab yang dijanjikan? Teringat pesanan Imam Ghazali, sebesar-besar dosa ialah bila kita rasa berdosa melakukannya.

Tiba-tiba teringat pesanan seorang sahabat.

"Orang yang couple ni tak percaya akan jodoh mereka. Jodoh tu dah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz. Dia sudah ditetapkan oleh Allah. Peribadi suami kita terletak pada kita. Itu pentingnya DOA. Doakan agar dia jadi lelaki soleh, yang mampu memimpin kita dunia akhirat. Kalau dia sekarang jahat, doakan dia berubah jadi baik, berubah menjadi yang soleh"

Saya sayang anda. Saya tak mahu saya jadi sahabat yang tak mengingatkan anda tentang dosa dan akhirat. Saya bukan jenis yang pandai bermadah kata menasihati anda face to face. Muka saya kadangkala tak melambangkan apa yang ada di hati. Di hati saya, rasa mahu menegur anda depan-depan. Tapi, saya bukan jenis yang pandai cakap straight to the point. Saya takut anda lari dari saya. Jika kalian baca artikel ini dan anda terasa.Ucapan maaf saya tuturkan. Tapi, ingatlah akan dosa yang kalian buat. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Memang, godaan dunia hari ini cukup kuat. Masing-masing mahu mempromote bf dan gf mereka. Masing-masing mempromote betapa bahagianya mereka dengan belaian cinta pasangan masing-masing. Masing-masing mengatakan yang dialah teman sehidup semati. Dialah yang akan jadi suami atau isteri masing-masing. Dialah yang akan jadi teman saat lafaz akad diucapkan. Terdetik di hati naluri sang remaja, oh alangkah indahnya kalau aku ada bf or gf.

Membina mahligai perkahwinan bukan benda yang mudah. Ia hal yang sangat besar. Ia bukan setakat hal dunia, tapi berkaitan dengan hal akhirat kita. Pasangan kita nantilah yang akan membimbing kita, menuntun kita ke syurga. Rasanya semua orang mahu ke syurga, tapi anda memilih jalan yang HARAM dalam anda memilih pasangan untuk bawa anda ke syurga. Pelik kan? Tapi itulah realitinya.

Ya, mungkin ada antara anda yang akan cakap, "Mana ada orang yang tak couple sekarang ni, that is the only way for us to find the mate. The soulmate". Huh! Biar betul! Ye ke couple adalah satu-satunya jalan untuk kita cari pasangan. Pilih jalan yang HARAM! Itukah cara anda? Meh saya cakap, ramai sangat sekarang orang yang kahwin tanpa perlu bercouple-couple Bahagia je. Satu lagi, persoalan anda tentang ada ke orang yang tak couple sekarang ni. Ada, ramai je. Mereka inilah yang percaya akan jodoh mereka. Percaya kan pentingnya doa dalam mereka mencari pasangan hidup mereka. Pentingnya satu jalan yang HALAL dalam usaha untuk mereka membina mahligai mereka. Pentingnya konsep berkat untuk membina keluarga yang sakinah dan mawaddah.

Mungkin juga ada di antara yang kenal saya akan cakap, "Kau tak pe la tirah, kau tak pernah pun diuji dengan lelaki. Lelaki ni susah tirah. Kita mudah untuk layan mereka. Mudah untuk kita cair dengan mereka" . Ya, saya akui. Saya tak pernah diuji dengan cinta lelaki. Alhamdulillah, tak pernah membuka runag untuk dekat denagn mereka. Alhamdulillah, tak pernah terjebak dengan jalan permulaan zina,couple. Pada saya, kita yang membuka jalan untuk mereka senang nak confess perasaan kat kita. Kita yang membuka jalan dengan balas mesej, selalu berym, berchatting, dan yang sewaktu dengannya la. Lelaki dan wanita ni ibarat magnet. Sebab tu lah, kita bertanggungjawab untuk menutup jalan agar magnet itu tak bertaut. Yelah, kalau dah selalu bermesej-mesej, berym dan seumpamanya, masakan hati kita tak bertaut. Syaitan orang ketiga. Ingat, syaitan yang menghasut nafsu kedua-duanya untuk sedikit demi sedikit memasuki fasa yang haram.

Sekadar mengemukakan apa yang terbuku di hati.

Saya minta agar anda luangkan sedikit masa untuk membaca artikel di bawah. Kejap je, rasanya lagi lama anda menonton movie kan. Saya rayu, bacalah. Artikelyang panjang, tapi sangat bermanfaat. Ditulis oleh rakan saya, Najah Solehah. Thanks to her.

Bacalah... Harap ia menjawab segala persoalan yang terbuku di hati kalian semua.

===========

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"


Sesungguhnya, terdapat 3 peringkat cinta di dalam Islam sebagaimana dalam surah at-Taubah, ayat 24.

1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.

2) CINTA PERTENGAHAN: cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.

3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.


Mana satukah pilihan cinta kita??? cinta pertama atau kedua atau ketiga??

Syeikh Yusri:

"Sekiranya kamu diberi pilihan oleh Allah untuk membuat pilihan sendiri. Katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku memilih apa yang Engkau pilihkan untukku, supaya aku bersama dengan apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai".


Begitu besarnya pengharapan dan tawakkal mereka pada Allah. Kita pula bagaimana?? Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha sewaktu beliau datang ke UIA: "orang yang mabuk bercouple ni tidak percaya akan qada' qadar Allah". Benarkah?? Jadi, jawapannya ada pada kata-kata Datuk Hasan Din Al Hafiz dalam al kuliyyah: "Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA".


Jadi, kiranya x perlulah untuk kita mencari cinta kerana semuanya telah Allah tetapkan?? Cinta akan datang sendiri? Boleh percaya ke??? Nanti jadi bujang terlajak pula?? Bagaimana ni?? (O_o).


Saya tak puas hati bila tidak dapat mencari jawapan bagi soalan killer di atas. Lalu, saya bertanyakan seorang ustaz tentang soalan tadi. "Adakah kita tidak perlu mencari cinta??" Lalu, dengan berhikmah, ustaz tu menjawab: "Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslimpun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?? Saya terdiam sambil merenung jauh kata- kata ustaz tersebut. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?"


Waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu. Hal yang patut fikir kemudian, fikirlah kemudian. JIKA KITA NAK PAKSA ANAK AYAM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Pentingkan yang terpenting dahulu, ikut kesesuaian masa. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru.


Lalu ustaz tu bertanya lagi, kenapa anti tanya soalan begini? Dah bersedia untuk tahap kedua ke? Masya Allah, sungguh malu dengan ustaz waktu itu. Jawabku dengan jujur, "Bukanlah ustaz. saya hanya mencari jawapan yang boleh saya jadikan sebagai panduan, sebab sebelum ni ada seorang sahabat datang bertanya, cinta tu kan fitrah, jadi semua orang pasti akan rasa minat pada golongan yang berlainan jantina dengan kita. Kalau x, pasti ia bukan manusia normal. Jadi, saya tidak tahu apakah jawapan terbaik untuk melegakan dan meyakinkan hati saya dan sahabat itu".


Ustaz itu hanya tersenyum sambil bibirnya terus laju menuturkan mutiara hikmah: "Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah.


Sebagaimana firman Allah dalam surah al Isra' ayat 32: Jangan kamu dekati zina'. "Ulama' menafsirkan ayat wala taqrobuzzina ini akan terjadi melalui dengan 7 cara:

1) nazoro (memandang) - Oleh sebab itu, Allah menyarankan agar lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan kerana demikian itu lebih suci bagi mereka (An Nur: ayat 30-31)

2) ibtasama (senyum) - senyum itu ibadah, tapi hati-hati kerana ia dapat menjadi fitnah jika disalah gunakan

3) salaam (mengutuskan salam)

4) kalam (bercakap) -

5) irsaalun (mengutuskan surat/ message/ chat)

6) liqo' (dating tanpa mahram bersama)

7) fa waqo'a (maka zina akan berlaku kerana apabila sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang ketiga).


Jadi,bagi pasangan yang belum halal statusnya, anda berada di tahap mana? Rasanya sudah ramai yang berada di tahap keenam. DATING.. Fikir-fikirkanlah, cuma tinggal beberapa tahap sahaja lagi untuk anda sampai ke tahap kemuncak yang mana ia adalah dosa besar di sisi Islam. Ingat, syaitan itu licik. Nabi Adam pun boleh terpengaruh dengan pujuk rayu iblis agar memakan buah larangan Allah di syurga, bagaimana agaknya kita???


..........................................


Sedarlah sahabat,

Islam itu agama syumul.

Islam bukanlah mengharamkan cinta, tapi ia memuliakan cinta.

Islam tidak mengongkong umatnya, tapi ia menjaga umatnya,

agar kita semua terselamat daripada cinta dusta,

namun,

malang sekali nasib umat Islam kini,

batasan pergaulan tidak dijaga,

pasangan dating tidak malu menayangkan dosa,

kes zina pula makin berleluasa,

Tapi ingat !!!

sunnatullah telah menetapkan,

mungkar dibalas dengan azab,

masih ingatkah kisah kaum Nabi terdahlu?

apakah kita mahu seperti mereka?

diseksa keras di dunia,

dikeji Allah dalam kalamNYA,

di akhirat pula diazab di neraka.

Ya Allah, dahsyatnya azabMU

Jadi ayuhlah sahabat,

kita bangkit dari kejahilan diri,

usah malu untuk berubah,

usah bertangguh untuk bertaubat,

semuanya berada di tangan kita,

syurga atau neraka, mana satu pilihan kita???


............................................

Jadi, andai sekarang kita sudah bergelumang dengan cinta lelaki, mujahadahlah. Jangan sesekali kita mengotorkan kesucian fitrah ini dengan maksiat hati yang dapat mengeraskan hati kita daripada melihat kebenaran, sebagaimana kata Imam Ghazali: 3 perkara yg dapat mengelapkan hati ialah:

1) banyak berdebat dengan orang jahil.

2)banyak bergaul dengan ajnabi.

3) banyak bergaul dengan orang mati iaitu orang yg tidak mengikuti majlis ilmu selama 40 hari. Imam Ghazali dengan sinis berkata, sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati. Sungguh tajam kata2 imam hebat ini.

Maka,apabila hatimu keras, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabburlah maknanya, namun jika hatimu masih keras juga, dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu zikir penyucian jiwa. Namun, jika masih keras jua,bangunlah waktu dinihari. Berwudhu' dan berdoalah, pintalah pada TuhanMu agar dikurniakan hati yang lain.


Ayuhlah kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran, ingatlah pada Allah sentiasa.IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK. (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah?? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan padaNYA. Bila diri terasa ingin membuat dosa, segeralah istighfar,

baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu', dan dekatkan diri dengan teman yang baik.


MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS


"SESUNGGHNYA, WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA"

MUSLIMAT POWER !!!!!!!



notakakki :: Normal jika kita tertarik pada golongan yang satu lagi. Tapi, pandai-pandailah menjaga nafsu anda semua.


naimians SPM 2008


001) A'ATTIYYAH

002) A'ISYAH

003) ABIDAH HANANI

004) AINAA AMIRAH

005) AINEEN AMALEEN

006) ALYANA FARHAH

007) AMALIA

008) AMIRATUL LIYANA

009) ANIS

010) ANIS AMIRAH

011) ATHIRAH (A)

012) ATHIRAH (R)

013) AZLIN AZNIZA

014) FAIEZAH

015) FAIQAH HAZIRAH

016) FATHIN NABILAH

017) FATIMI

018) FATIN BAZILAH

019) FATIN HAZWANI

020) FATIN ISMAH

021) FATIN RABIHAH

022) HAFIEFAH

023) HAJAR FARHANA

024) HANIS FARHANA

025) HANIS WANA

026) ILANI

027) IMRAATU BARZLAA

028) ISNA ATHIRAH

029) KHALATI

030) KU NOR EZZATI

031) LINA

032) MAISARAH

033) MARNI AMALINA

034) MARYAM JAMEELAH

035) MAS AFIFAH

036) MASTURINA

037) MUTIA NURUL HUSNA

038) NADWAH SYAFIQAH

039) NAJIBAH

040) NAJIHA

041) NAJWA ZAWANAH

042) NAZIRA HANIM

043) NIK AFIFAH

044) NIK NAZIHAH

045) NIK NUR SYAZANA

046) NIK NURHAFEEZAH

047) NIK ROSATIQAH AZEREEN

048) NIK SYAHIRAH

049) NISA SYAZANA

050) NOOR AFIFAH

051) NOOR AIN

052) NOOR FADHILA

053) NOOR HARUMI

054) NOOR HAZWANI

055) NOOR NADIAH

056) NOOR SAKINAH

057) NOR AMALINA

058) NOR ASILAH

059) NOR HANANI HADINA

060) NOR ILIYANA

061) NOR IZZATIE

062) NOR SAMIHAH

063) NOR SHARMIMI

064) NOR SHUHADA

065) NOR SYAHIDAL ARSHAINI

066) NORFAIZAH

067) NORSARA AKMA

068) NUQAYYAH

069) NUR 'AFIFAH

070) NUR AFIFAH

071) NUR AISYAH

072) NUR ALIFA

073) NUR ALYAA

074) NUR AMALINA

075) NUR AMIRAH (A)

076) NUR AMIRAH (K)

077) NUR ATIKAH

078) NUR AWATIF

079) NUR AYUNI

080) NUR FADHILAH (A)

081) NUR FADHILAH (M)

082) NUR FARAH HANIS

083) NUR FARHANA

084) NUR FATIN EMIERA

085) NUR HAZURA

086) NUR HAIZUM

087) NUR HIDAYATUL AKMAL

088) NUR IFFAH ILANI

089) NUR INSYIRAH

090) NUR IZZATI

091) NUR IZZATI SYAZWANI

092) NUR LIYANA

093) NUR MAHERAN

094) NUR RAIHAN

095) NUR SYAFIQAH

096) NUR SYAZNI HASNI

097) NURA SHAKIRA

098) NURAIN

099) NURAIN SYAZWANI

100) NURAKMAL

101) NURIN JAZLINA

102) NURNASUHA NAJWA

103) NURSHAIRAH

104) NURUL AFIQAH

105) NURUL ARTIKAH

106) NURUL AYUNI

107) NURUL FAREHAH

108) NURUL HIDAYAH

109) NURUL IZZAH

110) NURUL NABILA

111) NURUL SAKINAH

112) NURUL SYAKILA IZZATI

113) NURUL SYAZWANI

114) NURZEEHANIS

115) RADDATUL AIN

116) RAHMAH

117) RAHIMAH

118) RAIHAN ADLIN

119) ROSFATINAH

120) SITI AFIQAH IZZATY

121) SITI ATIRAH

122) SITI FAIZAH

123) SITI FATMA HAWARIA

124) SITI HANISAH

125) SITI HAZIRAH

126) SITI MARYAM

127) SITI NADIATUL AISYAH

128) SITI NOR ATHIRAH

129) SITI NOR FATEHAH

130) SITI NOR MAIHANI

131) SITI NORAINI

132) SITI NORDIAYANA AMIRAH

133) SITI NUR HAJAR

134) SITI NURLIEZA

135) SITI NURSHAKIRAH

136) SITI NURSYARAFINA

137) SITI RUQIAH

138) SITI SALMA

139) SITI SOFIA

140) SITI SUHAILA

141) SITI ZULAIHA HASMIMIE

142) SITI ZULAIKHA

143) SUMAIYAH

144) SYAHIRAH (C)

145) SYAHIRAH (H)

146) SYAZA FATNIN

147) TENGKU HASIFAH

148) UMMU HANISAH

149) WAN NOOR ANIS FARHANA

150) WAN NOR 'IZZAH

151) WAN NOR AISYAH IZZATI

152) WAN NOR HAYATI

153) WAN NOR IZZATI

154) WAN NUR AFIQAH

155) WAN NUR AMALEENA

156) WAN NUR ASHYIKIN

157) WAN NUR FARIEHAN

158) WAN NUR TASNIM

159) WAN NURUL HUMAIRA

160) WAN QISTINA

161) WAN TASNIM

162) WIDAD

163) YULIA ESHA

164) YUSMALIZA

165) ZAKIRA IMANA


Naimians Batch Spm 2008. 165 orang semuanya.


Sungguh! Saya amat rindu kenangan di Naim. Rindu kenangan bersama kalian. Moga kita kekal dengan identiti Naim. Moga kita membawa imej yang baik untuk Naim, untuk ISLAM khususnya. Ingat, nama sekolah kita ada perkataan AGAMA. Kita membawa imej AGAMA itu sendiri. Jangan kita jadi lalai dan mnegikut arus sekeliling. Tetapkan pendirian. Kita belajar agama di sekolah bukan hanya untuk diaplikasikan hanya di sekolah, tapi ia sebagai bekalan untuk dunia kita, menuju akhirat.


Jom berjaya dunia akhirat. Jangan kita hanya pakar dan pandai dunia, tapi rugi akhirat. Kejar dunia, kejar akhirat.


Sama-sama ingat memperingati sesama kita.


Rindu kalian semua!


Itu sahaja.


Picture by Diayana Amirah. Compilation of names by Hajar Farhana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com