Tuesday, March 29, 2011

freedom

Freedom by Maher Zain. The melody was so catchy, it was a beautiful song by Maher Zain with a very meaningful lyrics. Honestly, my tears fall while listening to this song and watching the music video. Not because of the music, but because of the lyrics. The music video below is an official version from Awakening Records.


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason, we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us


Meruntum jiwa mendengar lagu ini. Lagu ini di dedicatekan khas buat pejuang-pejuang pembebasan negara-negara Asia Barat seperti Tunisia, Mesir dan Libya dari pemerintahan kuku besi dan zalim.

Semoga dengan kehadiran lagu ini akan membakar semangat pejuang-pejuang di sana untuk terus bertahan bagi menggulingkan pemimpin yang korup dan zalim tersebut. Moga perjuangan mereka berjaya.

Juga buat pemuda-pemudi Malaysia, teruskan perjuangan kita. Walaupun landasan kita berbeza, tapi matlamat kita sama.


notakaki :: Comel je tgk budak kecik tu jatuh masa part last klip video ni. Semangat je dia bawa bendera ^^,

notakaki :: Jiha ajak pergi Pesta Buku kat mana entah. Ikut je la. Nanti dia datang ambil kat rumah. Best ada driver ni. Huu~~

Monday, March 28, 2011

jaga hatimu hanya untuk yang layak memiliki

Dalam berpasangan, cinta seorang wanita hanyalah untuk suaminya sahaja, begitu juga cinta seorang suami hanyalah untuk isterinya sahaja. Bukan untuk aweks, balaks, gf, bf, mahupun tunangan sekalipun, selagi tiada ikatan yang HALAL bersama. Jika tidak, hati itu sudah dinodai oleh yang tidak berhak ke atas kita. Nak ke gitu? Mesti semua tak nak kan. Kalaupun dialah lelaki yang menjadi suami anda nanti, tapi tidak gentarkah anda dengan jalan zina yang anda pilih sebelum membina masjid.

Allahurabbi, jangan kita leka dengan cinta manusia hingga sanggup mengenepikan hukum hakam Allah. Tahu, saya tahu ianya sangat indah, walaupun saya tidak ada pengalaman, sebab ianya memang fitrah manusia. Tapi, jangan kita membuat endah tak endah dengan firman Allah. Tidak takutkah anda dengan azab neraka?

Sekadar perkongsian hati yang diedit dari sini. Jangan marah ! Saje je la nak post.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Terkadang ada rasa di benak fikiran, mengapa ramai perempuan yang suka menarik perhatian ramai lelaki?

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ini? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik? Jangan ragu wahai diri, tak perlu bersusah-payah menggoda lelaki bak wanita tiada iman dan tak percaya akan takdir Allah kerana jodohmu sudah Allah tetapkan saat kau dilahirkan lagi.

Tidak kunafikan sebagai remaja, memerlukan kesabaran dalam mendidik sehingga disebut nabi dalam sati senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. Zina itu banyak cabang, dan aku tak mahu terjatuh walau dalam satu cabang zina sekalipun. Aku mahu menjadi yang bersih dari fitnah zina.

Aku juga punya rasa untuk disayangi dan menyayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu semata-mata untukmu. Semata-mata untuk kau yang tidak aku ketahui siapa.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. Kerana itulah, aku menjaga hatiku dari dicemari dengan cinta yang tak halal. Ya Allah, kekalkan keadaanku ini.

Diriku yang memang lemah ini mungkin akan diuji dengan lelaki yang ingin berkenalan denganku. Hanya satu prinsip yang aku pegang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Wanita fitnah bagi lelaki. Dan aku tidak mahu menjadi agen syaitan yang terus menyambut cinta yang datang dengan cara yang tidak halal.

Andai ada lelaki yang ingin mendekatiku dengan cara yang tidak halal, ku katakan pada hati ini, mahukah kamu membina masjid dengan jalan zina? Mahukah kamu mendapat zuriat dengan jalan zina? Mampukah lelaki yang memilih untuk membina masjid dengan jalan zina membimbingmu ke syurga? Mahukah kamu memilih jalan yang dimurkai Allah ini untuk membina syurga duniamu?

Hanya padaMu aku bermunajat, jauhkanlah aku dari babak-babak hitam ini dari hidupku. Aku tak mahu ada kisah gelap dalam mencari cinta seorang lelaki yang bakal menjadi imamku. Aku tak mahu Kau murka Ya Allah.

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusof Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Sallallahu' Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan bazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan yang tidak baik memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupu sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semnagt juangmu, menulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenagan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau pasti mencintaiku keranaNya.

Moga kita dijauhkan dari cinta yang tak halal sebelum akad dilafazkan. Moga kita selamat dari segala fitnah dunia. Moga kita menggapai cinta Allah sebelum mencari cinta dunia ini.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Accept me the way i am.. ^^,


notakaki :: Gunakan masa sekarang untuk mempersiapkan dirimu ke arah itu, bukan dengan membuang duit dan masa, menggadai iman, semata-mata kerana insan yang bernama lelaki.

Sunday, March 27, 2011

ustaz azhar idrus @ kelate

Hari ni baru dapat update blog. Liat sungguh tangan ni nak menaip.

Alhamdulillah, hari khamis malam jumaat yang lalu, saya sekeluarga berkesempatan untuk pergi ke kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kampung Chekok, Panji, Pengkalan Chepa.

Sesudah solat jemaah maghrib di rumah, kami bertolak ke masjid. Agak lewat la, sebabnya plan kami nak solat maghrib kat sana. Nak masuk lorong masjid tu dah jam, menandakan ramainya orang datang. Memang ramai sangat yang datang. Tempat parking pun tak ada. Saya dan umi duduk dalam kereta je, yang lain pergi kat area masjid. Ramai sangat kaum Adam, takkan nak masuk celah-celah mereka kot. Heh!





p/s :: Gambar diambil di Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Honestly, suka tengok suasana begini, ramai yang menghadiri majlis ilmu. Kan kita tahu, melawat majlis ilmu umpama melawat satu dari taman-taman syurga.

Menurut pihak masjid (ni saya tengok kat wall facebook ustaz), anggaran yang datang dalam 5 ribu orang. Whoaa~~ Hebat penangan ustaz! Kutipan derma yang diperoleh malam tu untuk membesarkan masjid dianggarkan RM 11, 500. Sape cakap rakyat Kelantan miskin heh?

Ok. Sebenarnya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya grab malam tu.

Sebab datang lambat, tak tahu ustaz baca kitab apa. Tapi yang pasti, ustaz bercakap mengenai solat. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Betapa pentingnya solat itu. Sepertimana yang kita belajar sejak dari kecil, solat tu tinag agama.

Ustaz bagi satu analogi, kalau orang buat rumah mesti orang buat tiang dulu. Tak ada la orang akan buat tingkap dulu.

Di padang mahsyar kelak, orang yang tidak solat akan berada bersama 4 individu ini, iaitu, Fir'aun, Haman, Qarun, dan Ubay bin Khalaf.

Sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun.

Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman.

Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun.

Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam
neraka.

Betapa ramai manusia hari ini yang merasakan mereka sangat 'sibuk' hingga menganaktirikan solat, hingga sanggup meninggalkan solat. Ingatan buat diri ini juga.

Satu lagi ustaz pesan, tak boleh nikahkan anak perempuan dengan lelaki yang tak solat. Anak perempuan tu amanah yang Allah bagi, jadi kena kahwinkan anak perempuan dengan orang yang selayaknya untuk membimbing anak perempuan itu dunia dan akhirat. Kalau dah memang tak jaga solat, agamanya entah ke mana la kan. Dengar baik-baik ye umi abah, kahwinkan anak perempuanmu ini dengan lelaki yang soleh yer. Hehe..

Ustaz juga ada menyebut yang betapa keadaan masa kini sudah semakin teruk. Penyanyi wanita semakin ramai, menandakan kiamat makin hampir. Ustaz menyebut akan satu hadith yang mana menyebut bahawa di akhir zaman ini, kepala umat-umat Muhammad akan bergoyang-goyang (terlalu lagha dengan hiburan) kerana adanya penyanyi wanita. Dan Allah akan menghancurkan umat di negeri tersebut.

Allahurabbi, betapa kita terlalu leka dengan dunia yang sementara ini.

Ustaz juga ada berkata bahawa sebagai seorang daie kita perlu mendampingi segala jenis orang, jangan hanya berada di zon selesa dengan berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Selamanya kita tak akan dapat berdakwah kepada orang yang betul-betul dahagakan ilmu Islam. Contohnya, bagi pihak muslimin, cuba berkawan dengan mat-mat rempit, ajak mereka ke masjid. Jangan kita rasa kita ni baik dan mereka ni hina, tak berkawan terus dengan orang yang sebegini rupa.

Ustaz juga ada cakap, kita ni jangan rasa kita ni baik, sebab kita tak tahu tempat kita nanti di syurga atau di neraka. Kerana itulah, lakukan segala apa yang Allah suruh, dan tinggalkan segala apa yang Allah larang.

Ada yang bertanya ustaz, bolehkan budak hafiz Quran yang berusia 10 tahun menjadi imam solat, walhal budak tu masih lagi belum berkhatan? Menurut ustaz, boleh kerana dia telah mumayyiz. Mumayyiz maksudnya dia boleh membezakan antara baik dan yang buruk.

Ada juga yang bertanya tentang berkhitan untuk wanita. Menurut ustaz, ianya adalah wajib menurut beberapa mazhab. Menurut ustaz, berkhitan bagi perempuan adalah untuk merendahkan tahap nafsunya. Sebab tu la ustaz cakap, kalau ibu bapa yang tak ada pengetahuan agama ni tidak mengkhitan anak perempuannya semasa kecil, bila dah besar, pelik-pelik jadinya. Kita ambil contoh negara barat, remaja seawal belasan tahun pun sudah hilang daranya. Same goes to our country.

Isu kontroversi masa masa kini, iaitu isu akad nikah dalam masjid. Ada satu negeri ni mengatakan akad nikahdalam masjid tidak dibolehkan. Menurut ustaz, ini perkara khilaf, ramai ulama muktabar membenarkannya. Nikah dalam masjid hukumnya HARUS di sisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali, dan Maliki. Antara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskannya dan tidak melarang nikah di dalam masjid ialah Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Rafi'i, Ibnu Qayyim, Syeikh Ibnu Hajar, Syeikh Hasanain Makluf, Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiga-tiganya adalah bekas mufti Mesir).

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang hal inim sila klik SINI. Klik jangan tak klik ye. Ianya penjelasan panjang lebar oleh ustaz pada malam itu yang telah dihardcopykan menjadi sebuah artikel.


Ustaz menyeru agar kita jangan mempersoalkan hal khilaf ini. Tumpukan kepada hal yang memang dah sah-sah HARAM, contohnya arak, judi, konsert yang makin menjadi-jadi di negara kita ni. Ni tidak, kilang arak makin bertambah, disko-disko makin bertambah (siap nak buat hub hiburan lagi), konsert yang bercampur lelaki perempuan pun makin banyak yang diberi permit. Adoi, nazak, nazak...

Banyak lagi yang ustaz cakap malam tu. Tapi, digest yang ini la dulu ye. Speed tangan yang menaip pun dah makin slow ni.

Moga beroleh manfaat ^^,


notakakaki :: Ustaz akan datang lagi ke Kelantan pada 24 April 2011 di Masjid Wakaf Bharu kalau tak silap.

Thursday, March 24, 2011

tahniah !


Tahniah pada calon-calon SPM yang dapat result semalam. Walau apapun result anda, yakinlah bahawa ianya adalah yang terbaik buat anda. Itu adalah perencanaan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, atas berkat doa umi abah, adikku Imran berjaya mendapat 10A+ dalam SPM, pelajar terbaik SIC (Sultan Ismail College). Dulu, adikku, Amir mendapat pelajar terbaik SIC. Kini, giliran Imran pula.

Bukan ingin membangga diri, kerana ini bukan kejayaan aku. Ini memang bukan kejayaan aku, namun aku titipkan bicara di sini seikhlasnya buat tatapan adikku, Imran, juga adik-adikku yang lain.

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan padaMu. Betapa aku tahu dia sangat ingin membuktikan seorang yang hafal Quran bukan hanya mempu melontarkan ayat-ayat suci Al-Quran, berhujah mengenai Islam, tapi mampu untuk mendapat gelaran pelajar terbaik.

Post ini khas aku tujukan buatnya. Betapa aku ingin dia tahu yang aku selalu mendoakan kejayaannya.

Dulu, masa umi mahu pindahkan Imran ke sekolah lain, atas sebab umi mahu Imran tinggal di rumah, Imran memilih untuk belajar di SIC, bukan di Maahad Muhammadi Lelaki. Berpindah semasa Tingkatan 5, dari pelajar Maahad Tahfiz Sains ke sekolah kawalan biasa, yang semuanya lelaki. Bukan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK), bukan jua sekolah agama.

Pelik kan, dari sekolah tahfiz sains ke sekolah biasa. Tapi aku tahu, dia ada harapannya yang tersendiri. Di SIC, dialah imam solat, dialah jua imam solat tarawih di bulan Ramadhan di masjid. Dia ingin menunjukkan bahawa orang yang menghafal Quran mampu melakukan segalanya, baik dari segi sukan, bahas dan yang lain-lain.

Dia ingin buktikan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bukan sembarangan. Tahniah pada Tok Guru Nik Aziz kerana dialah yang mengasaskan Maahad Tahfiz Sains (MTS).

Tahniah juga pada 2 orang pelajar MTS yang berpindah ke SIC, Kamil dan Amirul, atas kejayaan 10A.

Tahniah juga buat seorang lagi pelajar terbaik SIC, Liew Hong Kheng atas kejayaan 10A+.

Tahniah juga pada 2 orang pelajar di MTS yang mendapat 10A+, even aku tak kenal siapa mereka.

Tahniah juga buat SMKA Naim Lilbanat kerana mendapat tempat ke 2 di negeri Kelantan. Haa, hebat sekolah aku!

Tahniah juga buat pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Farhan yang berjaya mendapat keputusan 11A+. Aku tahu sebab dia adalah kawan sekolah rendah adik aku dulu masa di Sri Aman.

Berita pasal kecemerlangan budak YIK ni tak akan pernah diceritakan dalam berita semasa negara kita. Pelik betul ! Walau aku bukan budak YIK, tapi aku suka dengan mereka, dengan perangai mereka. Mereka cemerlang akademik dan cemerlang sahsiah. Lain dengan aku yang sekolah agama biasa ni. Nampak sangat aku ni tak baik kan, kan.

Pesan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam status facebooknya, burulah kejayaan di dunia dan carilah jua kejayaan di akhirat! Ini pesanan buat diri aku jua...


notakaki :: Kalau aku nak husband perangai macam adik aku boleh tak? heee~~

notakaki :: Geram dengan Utusan yang salah melaporkan pasal berita adik aku. Memang aku tak percaya sangat pun Utusan ni.

Tuesday, March 22, 2011

keluarga

Keluarga. Ayah, ibu dan anak-anak.


Keluarga antara elemen penting dalam hidup saya. Umi, abah, dan adik beradik, Amir, Imran, Hanif, Nurul Najihah dan Ahmad Lutfi. Mereka penting dalam hidup saya, melebihi kepentingan yang lain. Kini, cinta saya untuk mereka, kerana mereka cinta yang halal untuk saya.

Betapa saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Reason? Rasanya tak perlu adanya reason bagi setiap perkara yang kita sayang. Berada dalam keluarga umpama berada dalam syurga dunia.

Kini, sedih melihat ramai pasangan umat Islam yang memilih jalan yang halal namun dibenci Allah, penceraian. Tidak boleh saya bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang ibu bapanya memilih untuk mengikut haluan sendiri. Menurut JAKIM, pasangan yang bercerai kian meningkat dari hari ke hari.

Pelik, kata cinta, tapi bila kahwin, jalan cerai yang dipilih. Kata ingin bercinta hingga ke syurga akhirat, tapi memilih untuk lari dari syurga dunia. Ada juga kadang-kadang terfikir, mungkin ini akibat atau kesan dari jalan yang tidak halal yang mereka pilih sebelum membina masjid. Apabila jalan haram yang dipilih untuk membina masjid, tunggang langgang la imam beserta makmum dalam masjid itu kan.

Cuba lihat, berapa banyak artis-artis yang meggembar-gemburkan percintaan mereka, tup, tup, at last, kahwin tak sampai setahun, anak pun tak dapat lagi, bercerai. Banyak kan? Tak perlu la nak cakap satu persatu, tapi itulah hakikatnya. Tak faham dengan orang-orang yang mengambil artis sebagai idola mereka, walhal kita nampak betapa porak-perandanya kehidupan mereka.

Ada seorang yang keluarga saya kenal ni, rasanya tak perlu untuk cakap siapakah dia. Berkahwin, dapat anak 6 ke 7 orang, saya pun dah tak ingat, tapi ramai la. Kemudian bercerai. Rasanya perkara ni terjadi masa saya Form 4 ke Form 5, tak sure. Dengan keaadaan ekonomi yang tak berapa baik, anak-anak ingin diberi kepada orang lain. Sampai satu tahap, umi abah bercadang untuk ambil salah seorang dari anak mereka sebab kesian dengan nasib anak mereka.

Tapi, tak jadi. Mujurlah, susah untuk saya menerima orang lain dalam family. Fikirkan pasal aurat la, pasal pergaulan dengan adik-adik lelaki saya yang lain. Bukan tak ingin menolong, tapi, susah..susah... Umi cakap, bila jaga anak orang ni, bukan setakat jaga makan minum dan pakaian je, tapi kena mendidik. Tugas mendidik tu jadi amanah kita, Yup, that's right, i am totally agree.

Tengok, betapa porak perandanya sebuah keluarga jika ibu bapa memilih jalan untuk bercerai. Anak-anak terbiar tanpa belaian kasih sayang serta didikan seorang ibu dan ayah.

Ya, kita tak tahu nasib kita di masa akan datang, nasib keluarga kita atau nasib kita sendiri setelah kita berkeluarga.

Cuma kini, doa menjadi perkara terbaik. Doa senjata mukmin kan. Kalau ada antara yang membaca ini, ibu bapanya kini dalam masalah dan mungkin ingin bercerai. Kuatkan hati sahabat, doalah yang terbaik buat mereka. Doa seorang anak yang mengharapkan kebahagiaan keluarga akan dimakbulkan Allah, mungkin hati ibu bapa anda akan lebih lembut dan rasional dalam membuat keputusan.

Beserta dengan doa itu, lakukanlah segala yang Allah suruh dan jangan sesekali lakukan apa yang Allah larang. Jangan kita memilih jalan yang Allah benci dalam kita ingin membina sesuatu yang besar, sesuatu yang amat besar bagi saya. Sebab Allah yang pegang hati manusia ni. Masa bercinta dulu tak ingat Allah, buat segala-gala yang Allah larang, tup, tup, bila ada masalah cari Allah. Sebab tu la, pilih jalan yang mengikut syariat. Jaga Allah (dengan mengikut syariat), insyaAllah Allah akan jaga kita dan keluarga.

Keluargalah tempat bermula segala-galanya. Dalam keluargalah dakwah berjalan. Jika sayang kelurga anda, jagalah mereka. Bimbinglah mereka agar mereka berada dalam jalan yang benar. Ingat, Allah pernah berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Allahurabbi... Mahukah kita melihat mereka yang kita sayang dibakar dalam api neraka kelak? Jauhkan aku, keluargaku dan mereka yang aku sayang dari api neraka Ya Allah.

Contohi bagaimana Rasulullah memimpin keluarga. Tapi yang susahnya sekarang, berapa ramai antara kita yang menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Baginda memimpin negara, memimpin ummah, tapi dalam masa yang sama berjaya memimpin keluarga. Jangan kita hanya berjaya memimpin organisasi, negeri, negara, tapi tumpas dalam memimpin keluarga sendiri. Tumpas dalam berdakwah kepada keluarga sendiri.

Semaikan nilai-nilai Islam dalam keluarga. Tak perlu nak fikir nak bina keluarga lagi, praktikkan dalam keluarga yang sedia ada dulu.

Mulakan dengan langkah yang kecil. A small step leads to a bigger step.

Kalau yang tak pernah solat berjemaah dengan family, mulakan dengan solat jemaah. Solat jemaah kan pahalanya 27 kali ganda dari solat biasa. Semua pun tahu. Kalau di universiti kita boleh berjemaah 5 kali sehari dengan roomate atau rakan lain, masakan tidak dengan keluarga sendiri kan.

Kalau yang dah biasa solat jemaah dengan family, terus praktikkan dan cuba untuk lakukan 5 kali sehari. Oh, family saya pun fail 5 kali sehari solat jemaah. Tapi honestly, part yang saya paling suka ialah solat jemaah bersama keluarga, lebih-lebih lagi waktu subuh, tak tahu kenapa. Suka sangat bila budak Lutfi yang paling malas dan bapak susah nak bangun tu solat jemaah sekali dengan umi, abah dan adik-beradik yang lain. Lepas solat, ada la beberapa orang yang akan tidur atas paha umi. Paha saya pun kadang-kadang jadi mangsa kalau paha umi dah full.

Banyak lagi aktiviti lain, contohnya pergi ke ceramah bersama-sama keluarga. Ini dapat mengeratkan ukhuwah dan at the same time kita akan dapat tambah ilmu kan. Lagipun, pergi ke majlis ilmu ni umpama melawat satu dari taman-taman syurga. Oh, tak sabar nak ke kuliah Ustaz Azhar khamis ni!

Bercuti. Ini part yang saya suka. Shopping sekali dengan family. Lagi saya suka. Saya memang suka bab-bab menghabiskan duit nih. Hikhik. Bersenam bersama. Suka, tapi malas nak buat, tu yang sekarang berat makin naik. Abah ajak naik basikal keliling kampung tak nak, nak jugak duduk kat rumah. Umi abah je yang rajin naik basikal keliling kampung. Lutfi pun rajin jugak kadang-kadang. Yang lain, semua hampeh. Malas bersenam semuanya.

Dan, dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh menambahkan kecintaan anda pada keluarga. Baitul muslim, idaman semua orang, tapi jangan lupa mantapkan fardhul muslim!


notakaki :: Berdebar result SPM akan keluar esok. Eh, macam aku pulak nak ambil result. InsyaAllah result Imran ok. Thinking of making surprise to him. Aku tahu dia tak baca sebab blog ni sebab tu berani tulis kat sini sebab aku tahu kat masjid yang dia duduk mana nye ada laptop. Dia dok khusyuk mengaji Quran tu. Petang esok baru pak cik tu balik rumah.

notakaki :: Best kan kalau dapat pergi umrah satu family. Its my dream readers. Doakan. Teringat kat Najah yang pergi buat umrah dengan family dia. Bestnya!!

Sunday, March 20, 2011

menterjemah cinta dengan jalan "Taqrabu al-zina"


Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrah itu tersalur secara mulia dan diredhaiNya.

Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimana caranya?

Kenal pasti dulu kesediaanmu wahai remaja.

Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan? Dirimu belum bersedia untuk berumahtangga kan? Dirimu sedang mempersiapkan dirimu ke arah itu kan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih penting kan?

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikan dengan mujahadah. Apabila "angau" bertandang, cepat-cepatlah istighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibuk-sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang membina diri.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut" (Riwayat Ahmad)

Gentarlah pada firman-Nya ini yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah al-Isra' 17: 32)

Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah S.W.T, "janganlah kamu mendekati zina", maknanya lebih mendalam daripada "janganlah kamu berzina". Firman Allah tersebut bermaksud, " Dan janganlah kamu mendekati sedikitpun juga daripada zina." (Tafsir al-Qurtubi, jil. 10, halaman 253).

Yakni, janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan apa-apa yang membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al-Ma'ani, jil. 15, hlm. 67-68, al-Imam al-Alusi al-Baghdadi, Tafsir Bahr al-Munith, jil. 6, hlm. 33)

Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat. Dan banyak lagi.

Inikah bukti CINTAMU?

Adakah kau ingin membina mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?


Sekadar pengkongsian serba sedikit artikel bertajuk Menduakan CintaNya nukilan Fatimah Syarha yang saya baca di majalah SOLUSI isu no. 29, Mencipta Syurga Rumah Tangga. Bagi yang ingin membaca artikel lengkap, sila BELI majalah SOLUSI. Beli jangan tak beli, tak rugi, malah bermanfaat!

Cinta indah, berkat lagi suci setelah kahwin. No love until akad!

temuduga

Temuduga Sbg Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:

1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.


Selepas membaca ini, masihkah anda rasa, "Oh, x pelah, nanti-nanti la aku tobat, nanti-natilah aku buat segala yang Allah suruh".

Tergamak kita membuat dosa, sedangkan kita juga yang akan diseksa atas dosa yang kita buat.

Peringatan dituju khas buat diri yang ketika ini sedang menulis, selepas merasa ingin berkongsi apa yang telah dibaca di blog Ustaz Azhar Idrus.

Saturday, March 19, 2011

picnic @ pcb

Alhamdulillah, plan untuk berpicnic akhirnya menjadi jugak. Walau berubah tempat dari Bukit Bakar ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), but still, best!

7 orang yang pergi, termasuk saya. Thanks to jiha sebab jadi driver saya yang tak pandai drive ni. Sanggup ambil saya dari rumah dan bawa saya ke PCB.

Best bila bertemu sahabat semua. Gembira juga dapat jumpa roomate. Gembira dapat jumpa orang yang selalu datang bilik kami aka zaleha. Rindu bilik depan surau. Tetiba~~ Cuti 3 minggu tak bersua muka. Akhirnya dapat la jumpa rakan-rakan even ramai yang tak dapat pergi. Kesian kak husna tak boleh join. Nanti lain kali kita buat lagi ye kak husna. Make sure kak husna join kali ni.

Mulanya plan nak ke pantai PCB yang area dekat dengan PCB Resort tu. Tapi masa bercakap dengan mak cik yang jual goreng pisang dia cakap kalau nak berpicnic better ke kawasan pantai yang dekat dengan Perdana Resort. Kat situ banyak pokok kelapa, maknanya lebih teduh dan orang pun tak ramai, maknanya lebih privacy. Kami redah masuk dalam Perdana Resort tu even tak menginap kat chalet. Pak guard bagi jer kami masuk.

Masing-masing bawak makanan. Saya sempat buat spaghetti bolognese dan cheesy chocolate brownies. Tergodek-godek buat specially untuk mereka. Gembira makan beramai-ramai. Lagipun perut masing-masing memang tersangat lapar (lebih-lebih lagi saya yang tak makan lunch ni).

After makan, sesi bermain air. Heee~~ tak main air pun. Bahaya. Ombak besar sangat. Nanti tak pasal-pasal ada yang lemas. Sesi bergambar benda yang wajib. Wajib bagi saya kalau pergi mana-mana mesti kena ambil gambar. Baru ada kenangan kan. Siap ambil video lagi. Pastu bila tengok video dalam video camera tu masa kat rumah tergelak sorang-sorang.

Sahabat, moga ukhuwah ini berkekalan.. Sayang anda semua!

Lets enjoy some of the pics taken!

Memory indah @ pcb.

Sempat tulis nama sendiri.

The food that we brought. Banyak sangat,
tapi yang makan 7 org je. Memang kenyang.

Tengok bulan. Tipuuu... Buat ala-ala candid.

Masa makan still boleh nak bergambar ye.

Mereka dan pantai.


notakaki :: Lain kali tidur kat chalet Perdana Resort pulak ye. Tak pun tempat lain, tapi make sure tidur sekali, tak nak picnic je.

Friday, March 18, 2011

update blog

Tulis entry panjang-panjang berjela. But end up, backspace sampai habis. Tak pun save as draft.

Pernah tak?

Kadang-kadang rasa ragu untuk berkongsi.

Tapi saya perlu ingat tujuan saya buat blog ni pun untuk berkongsi. Berkongsi dalam segala hal yang boleh memberi kebaikan pada readers.

Berkongsi mengenai kisah hidup dan pengalaman. Bagi sesetengah orang tak suka baca akan kisah hidup. Tapi bagi saya sendiri, suka melihat kisah hidup orang lain. Saya suka membaca atau mendengar cerita yang real atau pengalaman yang pernah dialami sendiri oleh empunya cerita.

Ada satu blog ni. Antara blog peribadi yang saya suka baca. Bercerita mengenai kisah hidupnya bersama suami dan anaknya di Lincoln, Nebraska, United States. Suka melihat gambarnya bersama suami dan anaknya. Sebab saya suka ialah dia memakai tudung labuh di negara yang surroundingnya memang tak ada orang pakai macam tu pun. Lain suasana dan cara nak survive dalam keadaan sekelilingnya dah dikira baik dengan suasana yang dikira totally jahil macam di US.

Suka bila lihat gambar dia ke dinner / kursus / seminar yang sekelilingnya semua minah-minah salleh (ganti term mat salleh) yang tak pakai tudung dan pakai baju singkat + ketat, tapi dia still dengan jubah dan tudung labuhnya. Malu la kita yang kat Malaysia ni tak tutup aurat betul-betul. Orang yang tinggal kat US pun boleh survive je dengan keadaan yang menutup aurat sepenuhnya. Dengan gambar yang beliau kongsi, ada terselit unsur dakwah yang ingin dibawa.

Lain bila bercerita pengalaman. Pengalaman ni benda yang pernah dilalui.

Tulis blog. Update blog.

Athirah, andai kau tulis untuk memperingatkan diri kau dan disertakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada mereka yang membaca, mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal. Setimpal dengan apa yang kau niatkan.


notakaki :: Pelik dengan orang yang suka mempromosikan dosa yang dibuat di blog (cth: tunjuk pakwe, tunjuk gambar tak tutup aurat dan bragging dengan segala dosa yang lain la). Seolah-olah nak tunjuk betapa bestnya buat dosa dan mengajak orang lain untuk turut sama-sama buat dosa yang kita buat. Pesan Ustaz Zaharuddin, dosa yang kita buat tak usah digembar-gemburkan. It is just between you (me too) and Allah. Fullstop!

ustaz azhar idrus


Honestly, saya dan family saya sangat suka dengar ceramah ustaz. Adik saya yang malas nak diajak dengar ceramah tu pun kalau ajak dengar ceramah ustaz azhar mesti nak.

Masa dengar dalam kereta mesti gelak-gelak. Kalau tengok video ustaz dalam lappy pun sama. Mesti gelak-gelak je diorang. Normal kalau dengar ceramah ustaz kita akan gelak-gelak sebab ustaz memang lucu. Tapi tak pe, tu cara ustaz nak tarik perhatian viewers dia. Yang tak gelak tu mungkin tak faham kot sebab ustaz ni loghat terenganu dia agak pekat. Budak-budak tu mungkin pada mulanya hanya nak dengar lawak ustaz je, biasalah namanya pun budak kecik. Tapi at the same time dia akan dapat grab ilmu agama. Ini matlamat kita.

Sebenarnya nak cakap ni je. Ustaz azhar idrus akan datang bagi ceramah kat Kelantan. Jadual kuliah ustaz boleh tengok sini. Ustaz akan datang bagi ceramah di Masjid Kampung Chekok, Panji, Pengkalan Chepa pada 24/3/2011 ini, iaitu pada hari khamis. Hari ni jugak result SPM Imran keluar. Walau bukan result saya tapi saya pun berdebar ni.

Pada sesiapa yang rasa dok dekat dengan masjid ni atau yang kenal masjid ni, silalah merajinkan diri anda menghadiri majlis ilmu ni. Oh satu lagi, pada sesiapa yang tak pernah dengar ceramah ustaz bolehlah tekan-tekan nama ustaz kat YouTube tu. Banyak video ada kat sana. Acu cuba try test dulu tengok. Best!


notakaki :: Tadi pergi picnic kat PCB dgn sahabat-sahabat tercinta. Nanti kalau rajin saya update.

Tuesday, March 15, 2011

chim chum

Nak promote restoran boleh?

Untuk orang-orang Kelantan, jom la datang makan kat Chim Chum, Food Village, Pengkalan Chepa, Kelantan. Lagipun kan, pemilik restoran ni orang Islam dan Melayu. Dibuka dari 5 ptg hingga 1 pagi.

Pernah dengar tak chim chum? Chim chum lebih kurang macam steamboat, tapi tak sama. Chim chum ni ada tempat memanggang di tengah, tepinya dikelilingi sup. Pengunjung perlu meletak sendiri bahan-bahan yang anda ambil ke dalam tempat khas seolah-olah memanggang. Kiranya makanan kita tu boleh dipanggang atau rebus dalam sup. Setelah masak, ia boleh di makan bersama sos pedas atau sos cili manis. Selain makanan untuk chim chum ni, mee goreng, nasi goreng, colek buah, laksam, laksa penang juga ada disediakan secara buffet.

Alhamdulillah, dapat juga merasa makan chim chum ni malam ni, umi abah belanja makan sempena Imran khatam hafal Quran. Saya pun tumpang sekaki. Hee~~

Makan secara buffet. Ambil la banyak mana pun, cajnya RM 15 seorang. Amatlah sesuai restoran macam ni untuk family saya yang memang makan banyak. Lepas habis makanan atas meja, hantar wakil pergi ambil makanan. Lepas habis lagi, ambil lagi. Dan banyak kali habis dan banyak kali ambil la.

Ni masa awal-awal

Adik

Lutfi kacau adik tengah makan

Hanif ni memang jenis yang tak sensitif dgn kamera

Jom makan!

Abah dan Imran

Ni dah kenyang ni, tu yang tersengih lebar tu


notakaki :: I think they should pay me for this adds. Don't u think so?

jepun = tsunami dan gempa bumi

Kalau sekarang, dengar je orang cakap tentang Jepun, mesti terus terlintas pasal tsunami dan gempa bumi yang melanda.

Kalau dulu, cakap pasal Jepun, mesti orang fikir tentang kemajuan, betapa modennya dan canggihnya Jepun dan betapa bijaknya orang-orang Jepun.

Subhanallah, betapa senang dan mudah Allah menarik nikmat dari satu kaum.

Gempa bumi berskala 8.9 richter melanda Jepun, juga tsunami 10 meter dialami Jepun. Tsunami di Jepun meragut nyawa sekurang-kurangnya 10,000 orang (ni setakat yang saya baca dalam NST hari ni la).

"When the tsunami struck, i was trying to evacuate people. I looked back, and then it was like the computer graphics scene i've seen in Armageddon. I thought it was a dream. It was really like the end of the world" said Tsutomu Sato, 46.

Membaca apa yang pak cik Tsutomu ni cakap dalam NST hari ni, membuat saya terfikir akan filem 2012, yang kononnya macam hari kiamat la. Tengok iklan pun macam dah sangat takut kita tengok. Itu gambaran manusia tentang hari kiamat. Air dan api, dua unsur yang akan memusnahkan bumi. Itu yang digambarkan dalam cerita 2012 (walau saya masih lagi tak tengok). Kalau tengok kat Jepun pun, dua unsur inilah yang menyebabkan kemusnahan Jepun.

Sekali lagi saya ulang, itu hanya gambaran manusia. Hari kiamat yang bakal berlaku tak terjangkau dek pemikiran manusia. Allahurabbi, takut diri ni bercakap mengenai pengakhiran bagi fasa umat manusia di dunia ini.

Berbalik pada tsunami di Jepun, ianya berlaku selepas gempa bumi melanda Chrischurch, New Zealand, seolah-olah memberi petanda bahawa bumi ini sudah tidak selamat, bumi yang kian hari makin tua.

Tapi berapa ramai di antara kita yang mengambil pengajaran. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat kerana masih lagi bernafas dan masih lagi diberi peluang bertaubat, sebelum ajal tiba. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat hidup selesa yang masih lagi Allah tak tarik. Berapa ramai yang mensyukuri nikmat masih lagi ada orang tersayang, umi, abah, adik-beradik di sisi. Dan banyak lagi nikmat yang kita patut syukuri.

Kemusnahan yang teruk,
kilang minyak dan gas terbakar

Floating cars

Rumah-rumah yang hanyut dan berkecai

Fishing boat di tengah-tengah bandar

Cargo containers bertaburan,
nampak macam kotak-kotak kecil je

Speechless, nothing to say. Allahuakbar!


Allahuakbar ! Mungkin itu balasan Allah terhadap rakyat Jepun. Mereka hanya berkejar-kejar mencari dunia, langsung tak mengendahkan unsur spiritual. Mereka ada segala nilai-nilai Islam (cth: bersih,punctual, bersungguh-sungguh dalam buat kerja), tapi satu yang mereka tak ada, Iman dan Islam. Mereka juga memang sangat menggilai hiburan, ikon hiburan dipuja (erk, macam kat Malaysia ni sama jugak jer).

Terfikir jika satu keajaiban berlaku selepas bencana ini. Guess what i'm thinking? Islam hidup di sana. Tak salah kan saya terfikir akan hal ini.


notakaki :: Jom baca apa yang Ustaz Hasrizal tulis. Just click HERE!

notakaki :: Lepas baca ni baru tahu yang Jepun antara yang pertama menghulurkan sumbangan semasa Malaysia dilanda tsunami pada tahun 2004.

Saturday, March 12, 2011

saya mahu berubah tapi tidak tahu bagaimana



'Saya nak berubah jadi baik'

'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'

'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'

'Dari saat ini. Sekaranglah'.

'Susah'

'Susah kerana kamu tak tahu caranya'

'Habis tu, bagaimana?'

Begini...

Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.
Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.

"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".

Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.
Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.
Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup.

Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?

Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?

Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.

Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.

Tapi bagi layman, susah nak faham kan?

Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?
Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.

Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.

Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.
Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!

Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.

Trust me. Percayalah cakap saya ini.

Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.

Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan
Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.

Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.

Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

Nota Penting.
Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.

Berubah perlu disegerakan!

Article 100% taken from BAYYINAT...

Friday, March 11, 2011

pagi jumaat

Alhamdulillah, pagi jumaat yang penuh barakah ini, saya dan keluarga berkesempatan untuk ke Kuliah Dhuha yang diadakan di Medan Ilmu. Tadi sampai awal, so, bolehlah kami sekeluarga duduk di dalam khemah yang telah disediakan.

Pagi jumaat ini, rasanya sangat tenang berada di satu dari taman-taman syurga ini. Kalau di UIA, hari khamis malam jumaat biasanya ada talaqqi. Tapi bila di rumah, mana ada lagi talaqqi Ustaz Muhadir, walau hati ini sangat rindu untuk mendengar kata-kata dari ustaz

Tapi, alhamdulillah, saya berada di Kelantan, yang mana memang tiap-tiap minggu pada hari jumaat akan diadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Betapa bertuahnya rakyat Kelantan mempunyai Menteri Besar yang sanggup meluangkan masa bersama rakyat dan memberi makanan rohani pada rakyatnya tiap-tiap hari jumaat.

Untuk rakyat-rakyat Kelantan sekalian, anda bertuah! Jadi janganlah lepaskan peluang ni. Rajin-rajinkan diri anda untuk datang ke majlis zikrullah seperti ini. Pagi-pagi tu jangan dok tidur, rezeki lari. I'm telling this to myself too.

Sebelum Tok Guru sampai, kami diberi sedikit tazkirah dari seorang mualaf, orang Cina yang peluk Islam, iaitu Ustaz Idham Lim. First time tengok beliau secara live, sebelum ni hanya pernah baca blog beliau je. Banyak yang ustaz kongsi, banyaknya ilmu beliau. Kagum dengan beliau, kagum dengan orang cina ini. Fasih je mulut beliau membacakan ayat-ayat Quran yang dihafalnya. Then beliau cakap.
"Orang Melayu Islam ni mesti dah hafal satu Quran kan, anda semua kan dah Islam dari kecil lagi". Bedebusshh, rasa macam ada batu je yang menumbuk kepala ni.

Dalam dekat-dekat pukul 9, ada sebuah kereta Mercedes melalui lorong tempat khemah yang saya duduk. Rasanya Tok Guru dah sampai. Terfikir sejenak, kalau MB lain mesti dah bunyi siren dari jauh, siap ada kereta polis, tak cukup lagi, tambah motosikal polis mengiringi.

Sesampai Tok Guru di kawasan itu, ramai kanak-kanak kecil yang berlari ke arah Tok Guru untuk bersalaman dengan beliau. Kalau saya ni masih kecil, memang sure lah saya pun nak berlari dan bersalaman dengan ulama' zuhud ini.


Kanak-kanak tengah
bersalaman dengan Tok Guru

Tenang je melihat wajah beliau, walau kini banyak fitnah yang menimpa beliau. Kalau kita lihat balik sejarah, Nabi Muhammad kekasih Allah dicaci dihina dalam menyebarkan risalah Islam. Syeikh Qutb mati ditali gantung kerana menegakkan kalam Allah. Syeikh Yassin, pemimpin Hamas juga dibunuh oleh tentera Israel, begitu juga dengan Hassan Al-Banna, syahid dibunuh musuh Islam. Mereka mungkin dihina di dunia, tapi, di akhirat, merekalah mulia, merekalah yang mendapat ganjaran syurga Allah.

Allahuakbar, kuatnya mereka menghadapi dugaan dunia dalam menegakkan kalimah Allah, dalam mengembalikan Islam di puncak. Tapi pelik juga dengan orang yang menghina dan mencaci ulama' ni, mereka Islam, tapi sanggup mencaci orang yang ingin menegakkan Islam. Huh, pelik, pelik. Yang menfitnah tu satu hal, yang termakan dengan kata-kata fitnah lagilah saya pelik. Boleh je terima bulat-bulat apa yang difitnah media terhadap ulama' ini. Ulama' pewaris Nabi, mereka yang memperlekeh ulama' seolah-olah memperlekeh Rasulullah.

Pagi jumaat ini, pertama kali saya melihat wajah Tok Guru dari jarak yang dekat. Sebelum ni hanya pernah melihatnya dari jauh. Saya bukanlah orang yang mengenalinya dari dekat, tapi sangat mengagumi beliau. Abah saya bertuah, abah pernah menjadi doktor yang mengiringi rombongan kerajaan Kelantan pada musim Haji yang lalu. Pernah merawat Tok Guru saat beliau tidak berapa sihat masa menunaikan haji. Umi dan adik-adik saya yang lain pun pernah menjadi makmum Tok Guru masa di airport, saat menunggu airplane tiba. Dengar cerita dari orang yang pernah bersama dengan ulama ini, pasti tak tergamak menfitnah dan menelan bulat-bulat fitnah yang digempar-gempurkan.

Nasihat saya, datang ke Medan Ilmu dan dengar mutiara kata dari Tok Guru serta lihat sendiri wajah tenang beliau, nescaya anda akan kagum dengan peribadi MB yang zuhud ini.

Bagi yang dok jauh, i mean bukan dok area Kelantan, tapi mahu mendengar kuliah Tok Guru, boleh klik SINI. Tapi tenet kena laju lar.. Saya pun dah try tapi tak boleh nak buka sebab tenet broadband ni jalan lagi lambat dari siput..huh!



Wajah Tok Guru yang
sempat saya snap dari dekat

Di akhir kuliah, Tok Guru mengajarkan doa selepas membaca Al-Quran. Nasihat beliau, istiqamahlah mengamalkannya setiap kali selesai membaca kalam Allah ini. Betul, kadang-kadang kita tahu tapi tak amalkannya secara istiqamah. Doanya seperti berikut:




Ya Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia imam kami dan cahaya, petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil. Kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.


notakaki :: Makcik-makcik tua yang sakit kaki nak jalan pun ramai yang datang. Yang kita ni kaki masih lagi kuat nak jalan malas nak datang menadah ilmu.

notakaki :: Lupa nak cakap, suka tengok suasana di Medan Ilmu yang mana ramai muslimin yang berjubah dan berserban, terubat rindu dengan suasana di majlis talaqqi di UIA, yang mana ramai yang ingin mengamalkan pakaian sunnah ini, di saat ramai manusia yang melupakan apa yang Nabi Muhammad pernah pakai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com