Wednesday, February 29, 2012

4 tahun sekali

29 Februari 2012.

Mengambil kesempatan untuk update blog di petang hari di hari yang hanya muncul 4 tahun sekali.

Ternampak satu kata-kata di FB yang buat hati saya tersentuh.

"tidak mungkin pemilik hati yang sarat cinta dan keimanan, pada saat yang sama ia adalah seorang yang berhati gersang, kasar, serta menyimpan rasa dengki dan kebencian kepada pihak lain."
[Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas as-Sisi)

Moral of the storiy, jangan pernah biarkan perasaan dengki dan benci merebak dalam hati kita. Jangan juga jadi manusia yang kasar dan berhati batu. Asuh diri untuk lembutkan hati. Tak rugi kalau kita jadi manusia yang pemaaf. Semua orang nak jadi macam Rasulullah yang hatinya suci bersih dan akhlak dan cara layanannya terhadap manusia sangat hebat.

Hari tu masa tengok Fattabiouni, Habib Saqqaf ada menceritakan kisah tentang bagaimana Baginda melayan isteri Baginda. Cerita yang simple tapi ini akhlak Rasulullah dalam melayan isterinya. Setiap kali isterinya ingin menaiki unta, Baginda pasti membantu mereka menaiki unta dengan merendahkan diri Baginda dan menawarkan lutut agar isterinya dapat naik ke atas unta.

Unta itu kenderaan pada zaman dahulu. Kata Habib Saqqaf, kalau pada zaman sekarang, para suami sepatutnya membuka pintu kereta pada para isteri. Itu cara untuk mengikut sunnah ini. Siapa sangka kan? Tapi sekarang, agak-agak ramai tak suami yang selembut ini melayan isteri? Biasanya tengok dalam cerita orang Barat je kan, walhal, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah :)

Itu satu contoh tentang indahnya akhlak Rasulullah. Banyak lagi contoh lain yang saya rasa anda semua lebih tahu. Indah juga akhlak manusia-manusia yang mengikut segala sunnah Baginda di akhir zaman yang ramai meninggalkan sunnah Nabi.

Satu lagi saya jumpa gambar yang sangat menarik. Cara menjaga kesihatan menurut cara Nabi. Sambil jaga kesihatan, kita dapat pahala sebab ikut sunnah! Awesome kan!




notakaki :: Sekarang menjinak-jinakkan diri ke library. Athirah, jangan jadi budak malas lagi dan suka ikut hawa nafsu lagi.

Monday, February 27, 2012

ayoh yang tersayang

25 Februari 2012. Hari Sabtu. Dapat mesej dari Imran, "Kakak, beli tiket flight terus balik Kelantan hari ni. Ayoh sakit tenat. Balik cepat takut tak sempat nak jumpa".

*Ayoh itu merujuk pada Atuk belah umi.

Allah! Masa tu ada hal lain. Tak boleh balik dengan segera sebab ada perkara yang mesti diselesaikan dahulu.

Tiba-tiba dapat lagi mesej. "Ire sampäi doh airport KB. Kakak cepat lah balik".

Maghrib baru sampai airport. Memang lewat. Sedih, tak ada direct flight ke Kelantan. Kena pergi Subang atau KLIA dulu. Lagi sedih sebab kalau naik FireFly memang tak sempat untuk saya yang di Kuantan ni untuk naik flight ke Kelantan bila sampai di Subang. MAS pun sama. Dah la tiket MAS tu kan MAHAL kot! Almost RM 800. Tu bukan tiket pergi balik. Mujur jugak ada masalah tiket ni. Kalau tak melayang RM800 tu. Kami ni bukannya orang kaya nak buat macam tu.

Jadi at last naik lah jugak bas. Alang-alang dah lambat baik sampai lambat je. Kalau naik flight sampai malam bukan boleh nak pergi lawat Ayoh yang sakit kat hospital tu terus. Kena jugak melawat pagi esoknya kan. Baik la naik bas sampai pagi jadi boleh terus pergi hospital.

Pagi Ahad, ke HUSM melawat Ayoh yang sakit. Keadaannya lebih baik dari hari sebelumnya. Tapi yang sedihnya, penyakit stoke yang dialami sejak 6 tahun yang lalu jadi makin teruk. Ayoh tersayang tak mampu bertutur dengan baik. Setiap kali nak bercakap, dia pasti menangis. Dia tak mampu bercakap seperti sebelum ini lagi.

Sedih :(

Lagi sedih bila pegang erat tangannya, sambil kata, "Ni kakak ni. Kakak baru sampai. Ayoh kenal dok?", air matanya gugur. Dia sebak. Aku menahan air mata dari mengalir. Bila berhadapan dengan orang yang sakit dan tengah emotionally unstable, kita harus kuat. Jangan mudah tunjukkan perasaan kita yang sedih tu.

6 tahun yang lalu, separuh badannya diserang stroke. Terlantar di katil. Allah tarik nikmat berjalan. Kini, Allah tarik nikmat bertutur, juga akibat stroke.

Moga Allah berikan yang terbaik buat Ayoh. Mohon doa sahabat semua agar diberikan yang terbaik buatnya. Moga diberikan kesenangan dan kemudahan untuk anak cucunya menjaga Ayoh tersayang tanpa kenal erti penat dan letih.

Ayoh yang dahulunya petah bercakap dengan kami adik-beradik, saya, Amir dan Imran. Ayoh jugalah yang mengajar kami mengenal Alif, Ba, Ta, hinggalah kmai mampu membaca Al-Quran. Ayohlah yang menghantar kami ke tadika dengan naik basikal. Klassik kan? Tapi itulah yang berlaku belasan tahun yang dulu. Aku berusia 5 tahun, Amir 4 tahun dan Imran 3 tahun.

Itu dulu. Kini, Ayoh terlantar sakit.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan.

Kita yang sihat ini, bila melihat yang sakit, syukurilah nikmat sihat yang kita masih punya ini.

Bila kita sakit, baru tahu siapa yang sayang kita atau tak sayang kita. Orang yang sayang kita akan terus menjaga dan membelai kita walaupun kita dah tak sempurna lagi. Kagum dengan Mek yang sejak bertahun lamanya menjaga suami tercinta. Selama bertahun-tahun itu juga, saya tak pernah dengar dia merungut letih.

Kalau kita yang tukar lampin atau nak angkat orang yang sakit stroke ni pun lepas tu akan sakit belakang, itu baru buat sekali dua, bukannya selalu. Mek hari-hari menukar lampin Ayoh dan dia tak pernah merungut sakit dan letih. Moga Allah berikan ganjaran pahala buat Mek yang gigih menjaga dan berbakti buat suami tercinta.

*Mek itu panggilan buat nenek tersayang.

Ya, baru aku tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu.

Ada hikmah aku balik ke Kelantan. Allah nak ajar aku sesuatu. Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Bila aku besar nanti, bila umi abah tua, aku pula yang akan berbakti pada mereka.

Allah, ampunkan dosa aku yang telah aku lakukan pada kedua ibu bapaku. Moga aku jadi anak yang baik dan mampu memberi mereka kebahagiaan dunia akhirat.

Moga aku menjadi insan yang menghargai setiap nikmat yang telah Kau kurniakan padaku. Dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat yang ku ada.


notakaki :: Buat Amir yang jauh di Canada sana, insyaAllah, sempat jumpa Ayoh kalau dia panjang umur. Dia semakin stabil sekarang. Don't worry ok.

notakaki :: Imran naik flight malam ni jadi sempat ke kelas pagi esok. Aku, dengan relaxnya ponteng kelas Physiology esok. Mujurlah lab petangnya tak ada. Buat Ummu, thanks sebab tolong siapkan report :)

Sunday, February 12, 2012

air mata Syria yang perlu kita tahu


Fakta yang perlu kita ketahui berkenaan isu Syria sekarang :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri.

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar.


Siapa Basyar Assad?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafeez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad, Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

Inilah yang berlaku di Syria sekarang ini. Rasanya anda patut tahu, kalau tak memang anda langsung tak menghiraukan dan mengendahkan saudara seakidah kita di Syria sana. Rasanya sekarang ni ramai kot tengah cuti, kalau yang dah start belajar tu mungkin baru start semester baru. Eloklah luangkan masa untuk tahu dan update keadaan terkini di Syria.

Rasanya isu ni dah lama, bukan berlaku dalam minggu ini sahaja. Rasanya sebelum cuti semester lagi tapi tak meluas. Seolah-olah berita ni tak disebarkan. Lebih-lebih lagi di media kerajaan. Sebab dulu pernah terbaca di Facebook tentang kanak-kanak yang tak bersalah dihukum oleh pihak kerajaan dengan mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Kejamnya kan. Kalau kat binatang yang hidup pun kita tak berani nak buat, sanggup mereka lakukan perkara ni untuk anak-anak kecil tu :(

Rasanya tak perlu bercerita panjang lebar lagi. Silalah update isu tentang umat Islam di Syria ni. Boleh 'like' page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria untuk update tentang isu ini. Boleh juga klik SINI untuk tengok gambar-gambar sepanjang revolusi.

Gunakan kemudahan Facebook untuk tahu tentang hal umat Islam di sana. Silalah panjangkan tangan anda untuk tekan 'like' di FB tu. Once kita dah tengok keadaan di Syria di Homepage Facebook kita, kita akan lebih teringat untuk baca Qunut Nazilah untuk mereka.

Ayuh sama-sama kita panjatkan doa Qunut Nazilah terhadap saudara-saudara seaqidah kita di bumi Syria sana! Semoga Allah menguatkan saudara-saudara kita di sana. Moga syurga milik para syuhada' yang terkorban di sana.

Bagi yang tak hafal lagi, boleh tengok bawah ni. Nak salin ke nak print ikut suka hati tapi nasihat saya, BACALAH! Boleh juga baca di SINI untuk tahu cara nak nak membaca Qunut Nazilah ini. Spendlah masa yang hanya beberapa minit yang anda ada untuk tahu kalau anda masih lagi tak tahu. Ini senjata doa yang kita ada untuk robohkan rejim Basyar Asad.


Mereka saudara kita. Saudara kita bukan hanya bangsa Melayu dan di Malaysia sahaja. Saudara kita seluruh umat Islam di dunia ini. Ukhuwah Islamiyanh tidak terkekang oleh warna kulit dan bangsa, bukan hanya wujud pada semangat perkauman dan kebangsaan.


notakaki :: Hari ini 12 Februari, genap 63 tahun syahidnya Hasan Al-Banna.

Wednesday, February 8, 2012

wahai orang yang malas dan suka tidur

Baru balik kelas Physiology. Prof Dr Ridzwan Hashim lecturer untuk Physiology. Tadi try Google rupanya hebat jugak lecturer saya ni. Pernah masuk Malaysian Books of Record sebab researchnya tentang gamat. Dia nampak humble je.

Terus online. Bukak FB, Prof Dr Muhaya ada share satu article dalam satu blog ni. An interesting article. Tajuknya macam yang di atas.

Untuk sem ni, selain dari Physiology, kami budak Biomed ambil subjek Molecular Biology, Cell Signal and Transduction dan Anatomy selain dari subjek requirement UIA yang lain macam Bahasa Melayu Kerjaya dan Study Circle. Semua subjek ni ada lab. Kalau sem lepas satu subjek je yang ada lab sekarang ni 4 subjek yang ada lab.

Kalau yang memang kenal saya, akan tahu yang saya sangat admire Prof Dr Muhaya. Sebab bagi saya dia berjaya dalam segenap aspek. Suka dengar dia dalam Ikim dalam slot Islam Itu Indah. Suara dia sangat motherly.

Awal-awal sem ni eloklah baca artikel ni supaya lepas ni tak malas lagi dan tak banyak tidur lagi ok.

Jom baca artikel yang saya cakap menarik tu :)

*****************************************


Lepas Isyak, Jumaat 9 Rabiulawal 1433.


Kali ini majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya fokus kepada tafsiran surah al-Alaq. Kerana mendapat jemputan tiga hari lebih awal, saya bercadang menghadiri majlis itu dengan membawa sedikit kefahaman tentang surah tersohor itu. Sempat jua saya merujuk kitab tafsir oleh ibnu Katsir dan Sayyid Qutb. Lalu, sewaktu Ustaz Fauwaz membentangkan huraiannya, saya mengharapkan akan lebih cerah dan jelas jadinya kefahaman terhadap surah yang menjadi detik mula kerasulan Muhammad SAW.

Hebat ustaz muda ini, dibacanya tafsir terus daripada kitab bahasa Arab. Tentu begitu jauh bezanya dengan saya, yang mendapat kefahaman daripada terjemahan bahasa Indonesia kitab tafsir al-Quran karangan ibnu Katsir dan Sayyid Qutb.

Malam itu, pokok pembicaraan menyentuh soal perintah menuntut ilmu. Lima ayat pertama al-Alaq diberikan penghuraian.

'Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.'

Saya fikir, elok benar kita renungi sebahagian intipati huraian Ustaz Fauwaz:-

1) Orang yang malas, suka tidur dan gemar berseronok tidak akan memperoleh ilmu.


Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Ilmu dicari bukan untuk keseronokan. Mendaki Jabal Nur dan beribadah di dalam Gua Hira adalah gambaran betapa Muhammad sebelum kerasulannya, meninggalkan kemewahan dan keseronokan kerana mencari kebenaran (ilmu). Dalam konteks ini, kemewahan itu sebagaimana yang disediakan Siti Khadijah (pedagang yang kaya). Manakala keseronokan itu pula adalah segala nikmat duniawi yang tersedia dalam sebuah masyarakat jahiliyah.

2)Menuntut ilmu itu suatu dugaan besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu.

Sifat penting menuntut ilmu ialah ketabahan menghadapi kesukaran. Maka benarlah ungkapan pujangga 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Tidak mudah mendaki Jabar Nur, dan tentulah sukar beribadah di dalam Gua Hira yang boleh memuatkan dua orang dewasa saja itu!


Tentulah lebih sukar apabila dipeluk sangat kejap oleh Jibril sehingga Muhammad menyangka dia akan mati. Bertambahlah seksanya kerana dipaksa pula membaca sesuatu yang Muhammad tidak faham dan tidak tahu apa-apa!

Iktibarnya, menuntut ilmu bukan perkara entengan. Pengorbanan, ketahanan diri, sokongan keluarga, iltizam dan istiqamah adalah antara faktor menentukan kejayaannya.

Yang paling penting, kita sebagai Muslim mesti memahami bahawa yang mendasari usaha pencarian ilmu itu ialah 'Bacalah dengan nama Tuhanmu...!'

Permisi. Bisa ketemu lagi.


notakaki :: Terbaca satu doa ni, doa untuk mendapat suami yang baik dan soleh. Instead of baca doa yang kita selalu baca yang dalam Surah Al-Furqan tu boleh jugak amal doa ni kan. Kan dah besar dah semua. hehe :)

اللهم سخرلي زوجا صالحا وأن يخطبني ويتزوجبي وأن يكون صاحبا في الدنيا والأخرة


allahumma sakkhorli zaujan soolihan, wa an yakhtubni wa yatazau wajubi wa an yakuu na soohiban fid dunya wal akhirat

"YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA."

Thursday, February 2, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Baru selesai tengok cerita ni. Dah lama dah cari tapi baru hari ni jumpa yang full. Minggu lepas try cari novel cerita ni di kedai-kedai buku tapi tak jumpa. Nak sangat baca. Minggu lepas masa beli buku ada dua buah buku yang saya sangat nak baca tapi tak jumpa, antara yang lain ialah Dalam Dakapan Ukhuwah. Memang nak sangat baca buku tu :)

Oklah, tadi tengok cerita ni dengan Lutfi dan adik, kebetulan adik balik dari asrama sebab MTS cuti.

Kawan-kawan yang free, jom tengok movie ni. Penuh pengajaran, termasuk diri ini yang masih belum sempurna solatnya.

Jom jom siapa yang tak tengok lagi cerita ni sila tengok ok. Sure nanges :(

Nak jadi ummi sebaik ummi Delisa dan anak sebaik Delisa.


Suka dengan OST cerita ni yang bertajuk 'Lagu Ibu',

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu
mengalir di setiap nafasku

"Kakak sayang umi kerana Allah"


notakaki :: Pantasnya masa berlalu. Cuti dah nak habis :(

Wednesday, February 1, 2012

golongan yang pertama


Ada 3 golongan manusia :
1. Golongan yang berjaya - iaitu manusia yang mengamalkan "hari ini lebih baik dari semalam"
2. Golongan yang rugi atau terpedaya - iaitu golongan manusia yang mengamalkan "hari ini sama seperti semalam"
3. Golongan celaka - iaitu manusia yang mengamalkan prinsip "hari ini lebih teruk dari semalam"

Aku mahu jadi golongan yang pertama. Thanks Aqilah atas perkongsian ini.

Orang beriman dia sentiasa positif. Positifnya itu tidak pula dia lembik.

Result kita tu Allah bagi sesuai dengan usaha dan kesungguhan kita. okbai~


notakaki :: Sekarang kita berada di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mari perbanyakkan selawat. Moga kita mendapat pahala dari amalan ini. Allahummasalli'ala Muhammad wa 'ala a-li Muhammad. :)

Sunday, January 29, 2012

fenomena Ustaz Azhar Idrus


Kalau di Dataran Shah Alam semasa sambutan tahun baru yang lalu, 70 000 yang hadir. Kalah program di iCity. Hehe. Sape ntah yang datang. Kalau nak tengok video yang full masa malam tu, sila klik PART 1, PART 2 dan PART 3. Saya pun baru lepas tengok :) Gabungan Zizan dan Ustaz Azhar Idrus memang terbaekkkk.

Tadi, ada kuliah Maghrib Ustaz Azhar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam. Malam ini juga, ada Anugerah Juara Lagu. Sebenarnya, sempat jugak bukak tv tengok mende alah tu, tapi abah marah hehe. Pastu bila online baru tahu ada live streaming ceramah ustaz. Terima kasih kerajaan negeri Selangor. Ni pun tahu bila terbaca status FB Najah. Thanks a lot Najah.

Masa habis kuliah, pihak penganjur mengumumkan yang seramai 30 ribu orang yang hadir di masjid dan 34 ribu yang tengok di live streaming (Luckily, i'm one of them). Ramai kan? Rupanya masih ramai yang sukakan majlis ilmu :)


Saya ni pun antara yang terbabas nak tengok AJL. Oh, how bad i am. Sama-sama la kita bermujahadah ye. Kalau ikut nafsu memang tengok AJL. Memang nafsu ni suka benda-benda macam ni kan. Ni nafsu orang macam saya la. Tapi bila tengok ceramah ustaz, BEST ape! Ilmu baru pun dapat :)

Fenomena Ustaz Azhar Idrus memang menyesakkan nafas sekularisme. Cara dakwah yang santai tetapi serius. Kalau ada yang cakap tengok ceramah ustaz hanya banyak gelak je, cuba compare kalau kita tengok movie ke drama ke, even tak gelak pun tak ada ilmu langsung yang kita dapat kan.

Pada yang tak sempat tengok, boleh klik SINI untuk tengok dan hayati soal jawab ustaz di masjid tadi.


Semoga ustaz diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus menyampaikan dakwah.


notakaki :: Sila la like page INI, INI dan INI di Facebook ye! Ni semuanya page yang berkaitan dengan Ustaz Azhar Idrus. :)

notakaki :: Gambar tu gambar family ustaz. Sejuk hati tengok kan.

proud of being Muslim women


When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father.
When she is a wife, she completes half of the Deen of her husband.
When she is a mother, Jannah lies under her feet.
If everyone knew the true status of Muslim woman in Islam, even the men would want to be women.

Daughter > wife > mother. A journey of a women.

Alhamdulillah. Proud of being Muslimah


notakaki :: Target habiskan 3 buah buku cuti ni masih tak tercapai. Oh, susahnya bila malas menguasai diri.

Saturday, January 28, 2012

jangan pandang hina


Sesetengah dari kita, mudah sangat pandang hina pada orang. Orang tu tak tutup aurat, terus tak dekati mereka. Orang bercouple, terus jauhi mereka, takut terjebak katanya. Orang tak solat, terus dikata mereka ini bukan orang yang harus didekati. Mudah sangat pandang hina pada orang. Mungkin mereka ni rasa mereka lebih mulia dari orang lain barangkali.

Kita ni muda lagi, jauh lagi perjalanan kita di masa hadapan.

Jangan pandang hina orang yang sedang lalai, yang jauh menyimpang dari agama. Siapa tahu, kelak dia akan balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang sedang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu di surau, masjid, bagaimana akhir usia kita? Hidayah itu rahsia Allah. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya.

Teringat kata-kata yang saya pernah baca dalam buku Orang Bijak Berkata : Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa. Tajuk Cara Berprasangka Baik sangat menarik hati saya. Helaian mukasurat 57 dan 58 itu di penuhi dengan kata-kata hikmah dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani.

Ini dia cara berprasangka baik oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani ;

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".

Jika bertemu orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan pernah kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia leih baik dariku".

Jika bertemu seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku".

Jika bertemu orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memelukIslam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".


Indahnya akhlak para ulama'. Akhlak kita? Hurmmmm~


"Satu maksiat yang menyebabkan kamu berasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik daripada melakukan ketaatan yang menyebabkan kamu berasa agung, bangga dan hebat (sehingga menjadi ujub)"

~Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari~



notakaki :: Petang ni ke rumah Kak Husna insyaAllah. Barakallahu lakuma, wa barakallahu ‘alaykuma, wa jamaa baynakuma fee khair. Bukan Kak Husna kawen, tapi abang dia hehe :)

Thursday, January 26, 2012

cinta Rasul


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab: 56]

Tadi sempat tengok 30 Minit Bersama Ustaz Don. Tajuk hari ini, Cinta Rasul. Allah, sayangnya Baginda pada kita. Kita? Adakah kita sayang pada Baginda.

Sangat tersentuh bila Ustaz Don cakap, "Hina sangat ke Nabi sampai kita tak ceritakan sirah-sirah Baginda pada keluarga kita." Seolah-olah Rasulullah tiada tempat dalam hati dan keluarga kita.

Saat tu, rasa macam kena tembak. Betapa saya sebagai kakak sulung tak menjalankan tanggungjawab untuk ceritakan kisah-kisah Rasulullah pada adik-adik tersayang.

Rasa macam tak layak bercakap mengenai ini. Betapa selama ini hanya bibir mengucapkan cinta pada Baginda tapi perbuatan dan amalanku? Hanya Allah yang tahu.

Kalau kita sayang Rasulullah mesti kita tak malu untuk buat sunnah Baginda tatkala manusia hari ini benci dengan Islam. Kalau kita sayang Nabi mesti kita selalu berselawat kan. Telinga kita bukan dengat lagu tapi dengar selawat. Kalau kita sayang Nabi mesti kita tahu segala sirah Baginda serta para sahabat. Jangan hanya kata dimulut cinta Rasul tapi langsung tak menunjukkan yang kita ni cinta akan Baginda.

Marilah sahabat, mulai hari ini, hidupkan hari-hari kita dengan amalan dan perbuatan yang akan menambahkan kecintaan kita pada Baginda.

Peringatan khas buat diri sendiri.......

Wahai athirah, berubahlah! Ya Rasulullah, syafaatiku di akhirat kelak.....



notakaki :: Ingat hari Jumaat baca Surah Al-Kahfi. Kalau boleh, jangan pernah tinggal. Jadikan ia sebagai amalan. Sekali seminggu je pun kan, It just take a few minutes :)

Wednesday, January 25, 2012

still standing



Hari pertama di KB Mall, hari kedua di Pengkalan Kubor dan Pantai Seri Tujuh. Ziarah dan lunch di rumah sahabat di sana. Pertama kali bertandang ke rumahnya.

Had a two fun day with them :) 9 tahun bersama, moga ianya akan terus kekal selamanya. Berkongsi kisah suka duka sejak Form 1 hinggalah sekarang.

Untuk Wani di UiTM Dungun, Tirah di Manipal India, Epi di Belfast UK dan Tikah di Alexandria Egypt, sila jeles ok!

Sayang semua! Vivians still standing!

Terima kasih Allah kerana hadiahkan mereka dalam hidup saya


notakaki :: Tak dapat pergi Bicara Selebriti malam ni. Jelesnya pada yang dapat pergi. Letih sebab balik dah nak dekat maghrib + Jiha si driver balik kampung. Btw, thanks to Hanis sebab sanggup susah payah hantar sampai pintu pagar rumah :)

Monday, January 23, 2012

ketika bertemuNya



Ihfazillah yahfazka. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Macam mana nak jaga Allah? Caranya jaga solat. Paling kurang pun, 5 kali sehari, wajib kita berada di tikar sejadah untuk menunaikan solat yang fardhu. Itu tak masuk yang sunat kalau rajin buat kan.

Muhasabah diri seketika, saat kita bertemuNya, adakah hati dan fikiran kita benar-benar khusyu'?

Ini tips hasil dari perkongsian seorang rakan yang mendengar ceramah di TV AlHijrah. Ni buat saya makin sayang channel tu :)

Jom sama-sam kita amalkan. Ini pesanan khas buat diri yang menulis. Pesanan buat hati dan diri ini. Moga bermanfaat!

Tips mendapatkan khusyu' dalam solat :

1) Setiap jam, luangkan masa, walau 10 saat untuk berzikir. Sila setkan alarm anda. Itulah gunanya phone anda yang canggih-manggih tu.
2) Ketika berwudu', bayangkan keadaan di hari kiamat. Sambil berdoa.
3) Beli baju khas HANYA untuk solat.
4) Beli minyak wangi khas HANYA untuk solat.
5) Perlahankan pergerakan solat untuk menghayatinya.
6) Lelaki, solat di masjid. Perempuan, solat tepat pada waktunya.


~ Sewaktu angkat takbir, tinggalkan dunia di BELAKANG, bayangkan keadaan KIAMAT depan mata ~



notakaki :: Reunion Naim batch SPM 2008 @ tempat biasa kami berkumpul. Can't wait to see them!

notakaki :: Alhamdulillah, pada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk mengikuti ceramah maulid Syaikhuna Ustaz Muhadir di radio IKIM haritu boleh download dan dengar di SINI. Tajuknya, Rahsia Hari dan bulan maulid Nabi صلى الله عليه وسل.

aku pernah couple dulu



Rasa terpanggil untuk berkongsi catatan yang ringkas ini. Bukan suka sangat saya nak bercerita tentang cinta cintun ni, tapi melihatkan ramai kawan-kawan yang tergelincir ke lembah ini buat saya jadi sangat sedih. Lazat sangatkah maksiat yang anda lakukan hingga lupa bahawa itu adalah dosa sayang-sayangku sekalian? Sekarang ni, couple jadi isu biasa. Orang tak anggap mereka sedang melakukan maksiat. Sungguh, saya sangat sedih dengan keadaan ini.

Hari tu terbaca blog Farah Lee, wife kepada Ally Iskandar, suka dengan kata-katanya,

"Kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."

Oklah, jom baca catatan yang pendek ini. Sangat pendek dan ringkas tapi bagi saya ada mesej besar yang nak disampaikan.

Membaca kisah ini, rasa bersyukur sangat-sangat sebab diri ini tak pernah melalui episod cinta cintun remaja masa kini.

Moga Allah terus beri kekuatan untuk kita jaga diri dan maruah kita semua :)

************************

Ada sepasang suami isteri ni window shopping kat satu tempat, diorang cadangnye nak buat majlis kesyukuran sempena ulang tahun pertama perkahwinan.
Wife: abang, kita nak masak apa ya?
Husband: masak apa yg sayang senang lah. nanti sayang penat.
Wife: (tersenyum sambil memikirkan apa yg mereka nak masak)

Tiba-tiba..
.....: eh youuu..how are u? lame xjmpe you larhhh (ala2 gedik)
Husband: baik. u sehat ke? u look sexy today
Wife: (terpinga-pinga)
Husband: oooh,lupe plak. ni wife i.

5 minutes after..
Husband: (masih dlm mood senyum2)
Wife: siapa tu abang?
Husband: dia ex-gf abang dulu. haishhh, kenangan lame..hehehe
Wife: (gurlllllp) adakah sebab aku pernah couple dulu maka aku mendapat pasangan yang pernah couple..monolog hati

"dan wanita-wanita yang keji buat lelaki-lelaki yg keji,
wanita-wanita yang baik buat lelaki-lelaki yg baik"

-An-Nuur,32

...........kita adalah cerminan pasangan kita................


notakaki :: Semalam kami sekeluarga dinner di Restoran Ukir Seni Anjung di Pulau Melaka. Sebelum tu, sempat bersolat isyak di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka selepas sekian lamanya berhasrat solat di situ berimamkan Tok Guru Nik Aziz. Semasa bersalam selepas selesai bersolat, baru perasan yang saya bersolat di sebelah Datin Sabariah, isteri Tok Guru. *tetibaexcitednakcerita*

notakaki :: Aku tak pernah couple ok! haha~

Thursday, January 19, 2012

babai sem 1

5 hari sudah berada di rumah bersama mereka yang tercinta setelah lama menanti. Hari ni baru tergerak hati nak update blog. Pagi tadi terbaca post tentang Optimist by my brother. Yes, i'll try to be an optimist person. Selalu cakap pada diri benda ni. Suka dengan ayat ni ;

"There are two ways how people react to failures. One is that, he or she are more determined to achieve success than ever. The failure provides him motivational boost to work harder since now they know that, apparently their previous efforts are insufficient. This is the scoring people. They strive for success regardless what."


Family Biomed

13 Januari lalu, berakhirlah sudah final exam untuk kami student Biomedical. Petangnya, kami ada rehlah batch di Pantai Sepat. Jadi, rehlah menjadi penutup buat sem 1 saya di Kuantan. Seriouly, rehlah itu sangat osem okeh!

Konvoi 5 buah kereta untuk sisters. Brothers berapa buah motor diorang datang saya tak tahu. Kempville nama tempat tu, sangat cantik dan sesuai tempat itu untuk kami bersuka ria mengeratkan ukhuwah.

Malamnya ada barbeque. Perut masing-masing dah tersangat lapar. 3 ketul ayam, 2 hotdog, beberapa potato bakar dan nasi goreng memang betul-betul mengenyangkan. Sambil makan sam bil berbual, macam biasa, sangat menyenangkan hati. Terus lupa tentang paper-paper final exam yang dah kami jawab. Sungguh, aku teringat saat-saat bersama kalian :)

Lepas makan kami ada sesi taaruf. Taaruf pertama untuk sem itu. Akhir sem baru nak bertaaruf, apedaaa. Sesi yang sangat sempoi. Budak-budak Biomed ni memang sempoi-sempoi semuanya. Moga 4 tahun selepas ni kita semua akan terus mengharungi saat susah senang bersama.

Esoknya, ada Explorace kendalian 4 orang student direct intake, Najwa, Syatila, Nabihah dan Hikmah. Sangat best! Letih berlari-lari terkejar-kejar checkpoint. Last sekali group kami dapat yang paling last. Buat letih je! But we do have a lot of fun :)

Lepas Explorace kami semua ke tasik berdekatan. Pemandangan tasik sangat cantik. Tenang mata melihat. Suka tengok semua kawan-kawan nampak happy je main kayak dan naik perahu. Tetiba rasa nak try. Memang pengalaman yang tak boleh lupa, macam memalukan diri sendiri je. Tapi tak pe, semuanya geng satu batch je, bukan sape pun. Eti, i will remember this moment forever okeh!


Cantik kan ?


Bersama eti dan mai :)


Muka-muka ceria coursemates


Makanan yang dibakar bersama-sama

Sem pertama kita berehlah di Pantai Sepat, nanti sem terakhir a.k.a dah grad kita ke Bandung nak? Sukabumi pun boleyyyyy~~ haha...

Moga tautan ukhuwah yang terjalin ini diberkati olehNya.

Sekian saja coretan di pagi hari,
walau ianya tidak seberapa,
tapi moga menjadi tatapan andai diri ini,
ingin mengimbau memori lama.


notakaki :: Tahniah Iman dan Aiman sebab bakal dapat zuriat. Tak sangka, Iman kawan sekolah rendah yang dok main-main dulu dah pregnant :)

notakaki :: Tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Adik lelaki balik dan esok dapat pergi kuliah Jumaat setelah lama rindu nak pergi.

Tuesday, January 10, 2012

beberapa hari lagi


Beberapa hari lagi, bakal menduduki exam terakhir sem ini, beberapa hari lagi, ada rehlah batch, Genuine X-Pert 2011, dan beberapa hari lagi, diri ini bakal pulang ke rumah bertemu mereka yang tercinta.

Beberapa hari ini, selalu teringat adik-beradik. Balik rumah pun, bukan boleh jumpa, nak skype, susah la jugak. Yang jenis tak online, yang seorang lagi, waktu 7 jam berbeza dari Malaysia, jadinya pengubat rindu bacalah blog mereka ataupun tengok je FB mereka.

Tadi baru register Goodreads untuk 2012 Reading Challenge. Hari ni baru teringat nak register. Lama dah berazam kalau masuk tahun 2012 nak register benda ni untuk motivatekan diri supaya lebih tekun membaca. Azam saya tahun ni nak habiskan baca 24 buah buku. Kan ada cuti after sem 2 ni, jadinya masa tu nak gunakan untuk habiskan target.

Oh ya, sape nak ikut pergi Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ? Tiket kalau beli sebelum 15 Januari 2012 (Ahad) hanya RM100 je. Mahal la jugak tapi rasa macam berbaloi je bayar sebab program ni nampak macam best. Saya pun tak beli lagi, setakat ni baru bercadang nak pergi.

Semalam cakap dengan Ummu. The point is, be an optimistic person. Sebab tu letak gambar yang kat atas tu.

Terbaca satu artikel, entah kenapa, sangat suka ayat ini. Saja nak berkongsi,

"Saudari, bersabarlah. Biarlah Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya"

Ok, dah dah. Masa untuk study Epidemiology :)

Doakan saya buat yang terbaik.


notakaki :: Mother's voice and hug are the best medicine in the world.

notakaki :: Cucimata tengok benda yang sangat comel ini. Bestnya kalau pandai buat :)

Sunday, January 1, 2012

buat izzati ♥


01012012. Genaplah umurnya 21 tahun. Sweet 21 (erkkk, sweet ke, tua kot!). Happy Birthday buat Izzati tersayang ♥

Berjaya jugak plan untuk buat prank pada si bithday girl. Seminggu dok fikir, tapi mujur dapat idea terbaek punya dari kak Husna dan Najah. Terima kasih pada semua yang terlibat, Kak Husna, Kak Wirdah, Kak Syakirah, Kak Munirah, Kak Hani, Zaleha, Najah, Najwa, Ilyana, Shaherah, Aina, Ummu, Raja, Fat, Wawa dan Syiela. Terima kasih juga pada yang menelefon. Prank menjadi! Yes! Berjaya buat dia nangis. Huhu~

Hadiah kejutan dan kek SR Chocholate Indulgence yang yummy tu dari kami yang harapnya dia gembira. Hadiah pink dari aku mesti kena ingat okeh! Tak jumpa bantal hijau bantal pink pun ok kan :)


Moga berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan, moga berjaya dunia akhirat. Moga bersahabat hingga ke syurga :)

Thank you for understanding and trusting me so much. But most of all thank you for standing by my side and believing, I was right even when everybody thought otherwise. Happy Birthday to you. I wish the best of best comes to you.

May you be gifted with life's biggest joys and never-ending bliss.


notakaki :: Baru boleh update sebab berazam kena habiskan baca MGT dulu dan juga kena siapkan assignment MGT yang kena hantar pada tarikh yang sama dengan exam, 3/1/2011 aka hari selasa ini.

notakaki :: Hari ni jadi nak online sokmo untuk update isu semasa tentang kes saudara Safwan Anang berkenaan Demo Talkin untuk AUKU.

Tuesday, December 27, 2011

exam fever


Bila kita dah berusaha keras dan sehabis daya kita, pastinya kita mahukan sesuatu balasan untuk setiap usaha itu. Namun, apakah balasan yang lebih baik selain dari amal itu diterima Allah dan mendapat keredhaan-Nya dalam setiap detik kehidupan kita?

Dan ingatlah: " Di antara keberhasilan pada akhir perjuangan adalah berserah diri kepada Allah sejak permulaan " (Ibnu Ata'illah)

Bakal menghadapi exam pada 3, 5, 9 dan 13 Januari 2012. Mohon doa semua agar dimudahkan urusan dan diberikan yang terbaik. Lepas exam, kami ada rehlah batch kami, GX 111. Woot, woot, BESTNYA!

Pada saim-saim di UiTM, UIA Gombak, UDM, Manipal, Belfast, Alexandria dan serata dunialah, good luck juga buat kamu semua okeh!

Time spent to study proportional to pahala. Mujahadahlah engkau wahai athirah melawan nafsumu. Jangan mudah mendengar bisikan syaitan yang menghasutmu untuk rebah di katil atau lakukan perkara yang langsung tak penting buat masa ini.

*Selamat bermujahadah mengulangkaji lecture notes! Allahumma yassir wala tu'assir*

Hidup untukMu, apalagi matiku :)


notakaki :: Kalau saya rasa malas-malasan, dan saya taip mesej kepada kamu-kamu untuk kuatkan semangat saya, sila balas ok!

notakaki :: Setiap kali umi mesej, "Study sungguh-sungguh ye sayang", rasa macam nak nangis je. Oh patutnya aku bukan nangis, patut lagi semangat la nak study kan! Chaiyok tirah!

Friday, December 23, 2011

It's Jumuah

Curi masa update blog lagi :)

Sebenarnya, sekarang ni saya tengah menyiapkan assignment MGT yang perlu dihantar lusa. Hari Ahad ini juga, kami kena buat presentation regarding on the topic of assignment. Tajuk yang kami dapat, Facebook. Ingat senang la, rupanya sangat susah. Memang susah la jadi manager ni ok. Tak pasal-pasal saya tahu segalanya tentang Facebook, siapa CEO, COO, organisasinya, keadaan office Facebook, pekerja di Facebok. Huh! boleh dah ni kalau nak apply kerja kat Facebook ni.

Doakan kami buat yang terbaik untuk presentation hari Ahad ini!

Ya, hari ini hari Jumaat. Sekarang ni tengah melayan lagu It's Jumuah. So sweet lagu ni :) Lagu ni pun Aqilah yang introduce. Paling suka part ni ;

It’s Jumuah, Jumuah
Gotta make dhikr on Jumuah,
Everyone is reading Suratul Kahf, Kahf
It’s Jumuah, Jumuah
Gotta make dhikr on Jumuah
Everyone is reading Suratul Kahf


Dan marilah kita luangkan masa baca surah Al-Kahfi yer. Banyakkan juga selawat pada Rasulullah yang tercinta
Minggu ini, dapat markah quiz yang sangat meyedihkan. Minggu depan mungkin, akan keluarlah segala carry marks untuk exam. Ya Allah, jadikan aku orang yang mengejar kecemerlangan dunia untuk kecemerlanganku di akhirat. Moga aku ikhlas lakukan segalanya keranaMu.

Dan, marilah studi selagi ada waktu.

Semalam, berlaku sesuatu yang sangat membuka mata dan hati. Katanya, kamu semua ni bagaikan dalam gelas yang tinggi, sedang merangkak keluar dari gelas yang tinggi itu, untuk kamu tahu apa yang berlaku di luar gelas tinggi itu, tanyalah orang yang sudah nampak betapa luasnya pemandangan yang berlaku, bukan tanya orang yang masih sedang merangkak. Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita dongeng yang boeh bawa kamu jatuh.

Dia, seorang yang saya sangat hormati sejak dari itu.

Tak pe, tak pe kalau anda tak faham. InsyaAllah satu hari akan saya kongsikan sepenuhnya. Jangan sibuk-sibuk nak tanya :)

Tahniah adikku Hanif, dapat juga 7 A walau dapat B untuk BM. Dah cukup baik dia skor, sebab kerjanya main game tiap-tiap hari. SPM nanti tak boleh buat macam tu ok! Kena usaha jugak! PMR tak pe la, senang kot.

Satu lagi, tahniah buat rakan-rakan Medic yang pass semuanya dalam block 1.


notakaki :: Teringat kawan-kawan NAIM. Rindunya dengan mereka. Dulu kami pernah masuk paper ok! Muka terpampang kat Berita Harian kalau tak silap. Congratz Naimians, 92 orang dapat 9A :)

notakaki :: Selsema. Ni jadi sangat rindu nak balik rumah, dapat special treatment dari umi abah.

Sunday, December 18, 2011

cherry blossom



Subhanallah, cantik kan pink cherry blossom ni. Terjumpa kat blog INI. Pink itu cantik kan :)

Pagi tadi, sempat dengar Prof. Dr Muhaya di Majlis Ilmu. com. Tertarik dengan kata-katanya,
"Muslim yang baik, dengan Allah, dia bertaqwa, dengan manusia, dia berakhlak, bila melakukan pekerjaan, dia itqan (melakukan dengan bersungguh-sungguh"
Berada di minggu terakhir lecture. 2 minggu lagi akan final. 2 assignment perlu dihantar. 2 quiz menanti. 1 presentation hujung minggu ini. Rabbi yassir wala tuassir.

Final exam is coming. A lot to study. Ya Allah, make it easy for me to face it :)

I miss my family. Hope everything fine at home. They went out to celebrate Hanif''s birthday last night. So jealous. Miss the moment where we went out together to celebrate the members of family's birthday :(


notakaki :: Update blog lagi sebab berusaha untuk tak tidur di waktu pagi yang nyaman dan sejuk dan sangat lah sesuai untuk tidur. Huh!

Saturday, December 17, 2011

Oley vs Sembang Rakyat

Sekali lagi, bercakap mengenai ini, seperti dalam entry sebelum ini. Tapi, ini bukan hasil tangan saya, ini karya Najah. Gembira dengan cerita di sebalik artikel ini. Tak perlu dicerita, tapi cukuplah anda tahu bahawa ia satu berita yang sangat positif. Moga penghijrahan mereka ada maknanya dalam kemenangan Islam.

Untuk baca artikel menarik ini, sila klik gambar di bawah ok!



notakaki :: Sedih dengan berita pelajar Perubatan Malaysia di Ireland yang gay, dia lelaki dan kahwin dengan lelaki. Allah, teruknya remaja-remaja hasil didikan sistem pembelajaran Malaysia ni. hmmmmmmm~

notakaki :: Jatuh cinta dengan lagu, Its Jumuah, nyanyian artis baru di Awakening Records :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com